Mengapa Doa Kita Tidak Dimakbulkan oleh Allah SWT ?

10/09/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v






Ini sahaja Lyssa nak share dekat korang kisah seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham yang pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq :

“Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa.” 

Ibrahim Adham menjawab: 

“Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu :

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun tidur dan menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-mu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.


Daripada sepuluh sebab itu, tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sewajarnyalah kita tidak mendapat apa yang dihajatkan dan tak memungkinkan setiap permintaan dikabulkan Allah SWT.


**Doa adalah senjata orang mukmin. Allah akan mangabulkan doa orang mukmin samada cepat atau lambat. Tapi untuk Allah menepati janjiNya untuk mengabulkan doa hambaNya , apakah hamba hambaNya benar benar menepati janjinya sendiri dengan Allah SWT .

Semoga pesanan Ibrahim Adham akan benar benar menjadi obor penyuluh untuk meneliti kembali kesilapan dan keterlanjuran kita dan kembali bermuhasabah untuk meletakkan diri kita sebagai hambaNya yang beramal soleh.

والله أعلم بالصواب


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

14 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
September 10, 2012 at 11:34 AM delete

terima kaceh kak lyssa... sbb berkongsi ilmu :)

avatar
Muaz Faris
AUTHOR
September 10, 2012 at 11:42 AM delete

sedang muhasabah dgn entri ini.. hihi

avatar
misz_eyza
AUTHOR
September 10, 2012 at 12:03 PM delete

kadang2 doa kita lambat dimakbulkan kerana Allah ada perancangan yang lebih baik untuk setiap hambaNya...

sama2 kita ambil pengajaran dari entri ini.

avatar
SHAHZEE
AUTHOR
September 10, 2012 at 12:05 PM delete

perkongsian yg sgt baik..

avatar
Ain Najwa
AUTHOR
September 10, 2012 at 12:20 PM delete

Thanks for sharing Lyssa..so, lepasniy same2 kite muhasabah diri kite..kite Hamba yang kerdil kan sgt kerdil..jgn dipandang bahawa doa utk dimakbulkan itu senang di sisi Allah, tp sbnar nyer ia amat sukar.....

avatar
Iam Yanty
AUTHOR
September 10, 2012 at 12:31 PM delete

nice sharing , insaf sat.

avatar
September 10, 2012 at 2:22 PM delete

terima kasih sis for sharing this ilmiah... manusia mudah alpa, oleh itu kita hendaklah saling mmperingati antara satu sama lain..alhamdulillah, semoga mnjadi lebih baik dari sebelumnya.. Amin

avatar
Nurfatin
AUTHOR
September 10, 2012 at 2:35 PM delete

kongsi ilmu , bagus :)
thanks kakak cantik .

avatar
Faizul Osman
AUTHOR
September 10, 2012 at 5:47 PM delete

bermuhasabah dgn kata2 di atas...

avatar
Myra Abdullah
AUTHOR
September 10, 2012 at 9:51 PM delete

thanks lysa
sgt mmberi kesan pd diri ini.

sekali lg terima kasih =)

avatar

Google+ Followers