Anggota Bomba Di Sambar Api Kilang

05/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


 


Laungan Allahuakbar berulang-kali mengiringi suasana cemas di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di Kawasan Perindustrian, Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, selepas sebuah tangki minyak pelincir terpakai berkapasiti antara 16,000 hingga 25,000 liter meletup sehingga ‘memuntahkan’ minyak bersama api dan membakar anggota bomba yang cuba memadamkan kebakaran di kilang berkenaan.

Kilang itu yang ditawarkan untuk dijual pada harga RM5 juta pada mulanya terbakar pada jam 8 pagi sebelum anggota bomba tiba pada jam 8.11 pagi, namun ketika menyudahkan tugas memastikan api di tangki berkenaan padam sepenuhnya setengah jam kemudian, minyak dari tangki itu memancut meletuskan api setinggi lebih 30 meter dan membakar beberapa anggota bomba yang berada berhampiran tangki berkenaan.

Akibatnya, tercetus suasana kelam-kabut apabila ada anggota bomba terbakar bersama pakaian dan ada pula yang berlari, berguling sebelum terbaring.

Seramai 10 pegawai dan anggota bomba cedera termasuk seorang anggota bomba wanita dengan lima daripadanya parah selepas melecur di muka dan badan. Sekumpulan wartawan dan jurugambar turut bertakbir apabila berdepan detik cemas kerana kejadian itu berlaku hanya beberapa meter dari tempat mereka berkumpul.


“Saya bingkas bangun untuk melarikan diri sebelum menyedari api menyambar belakang baju khas memadam kebakaran. “Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya melihat beberapa anggota yang berguling-guling di atas tanah bagi memadamkan api di pakaian mereka dan ada yang melecur di muka, badan, dan tangan sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.

Sumber : Bharian 

* Alahai , takut nye jadi macam tu . Terkejut juga bila tengok gambar kat atas tu sampai boleh terbakar baju bomba tu .


 
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

14 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
dhiashahida
AUTHOR
November 5, 2012 at 9:23 AM delete

kesiannya encik bomba tu..smpai terbakar dan cdera....hargai khidmat bomba!!!..:'(

avatar
November 5, 2012 at 9:32 AM delete

rasanya ni kejadian pertama, pihak bomba kena sambar dgn api di baju.agak2 nya msti da minyak pada baju bomba tu kan.

avatar
♥nrina♥
AUTHOR
November 5, 2012 at 9:50 AM delete

mmg seramlah... dasyatlah.. aduh.. camnalah nak benarkan anak yg bercita2 nak jadi bomba ni huhu..

avatar
Nurul Afiqah
AUTHOR
November 5, 2012 at 11:33 AM delete

Dahsyatnya, mesti panas gile kan ? (soalan bodoh -,-)

avatar
Dunia Wilma
AUTHOR
November 5, 2012 at 12:19 PM delete

Kesiannya anggota bomba tu...Hargailah jasa2 mereka nie...

avatar
shidaR
AUTHOR
November 5, 2012 at 12:34 PM delete

huhu..simpati ngn dia...

avatar
November 5, 2012 at 12:56 PM delete

Allahuakhbarr...masya'Allah....kesiannye

avatar
Atirah ★
AUTHOR
November 5, 2012 at 3:56 PM delete

ni lah tugas penyelamat, kena berkorban :D

avatar
Remy hazza
AUTHOR
November 5, 2012 at 5:01 PM delete

dugaan waktu bertugas..... harap2 semuanya selamat dan tak serius .....

avatar
November 9, 2012 at 3:04 PM delete

Eeeee...seramnyaaaa... huhu... lyssa jgn jd bomba ye.. kehekhekehehkkk :3

avatar
November 21, 2012 at 6:10 PM delete

Siannya(: Pengorbanan dia sangatlah besar

avatar

Google+ Followers