Pantang Wanita , Kalau Lelaki Sebegini

08/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v




Lelaki memang berbeza dari wanita . Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan , gaya, gerak geri , penulisan dan sebagainya . Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk 
Wanita memang pantang apabila lelaki tu mendengar sesuatu cerita , menjadi cepat bosan , hilang sabar dan suka menyampuk . Ceritanya tidak didengar dengan tekun . Wanita tu punyai cerita dengak eksaitednya , boleh pulak lelaki tu menyampuk then buat muka bosan . Memang pantang ar kan ?

Memerintah
Wanita memang pantang kalau diperintah . Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, "buka pintu", "buat kopi" , "angkat kasut" dan TIDAK bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti "boleh tolong buatkan kopi" dan "tolong buka pintu tu".

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel , lelaki marah pula dan berkata , "gurau pun tak boleh".
Memang kena ar lelaki macam ni kan ? Tak pasal2 , perempuan tu boleh merajuk 3 bulan ..

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang , suka mengutuk , mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati . Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka "syok sendiri" memang membosankan . Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman , keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan , sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan . Tidak mahu merendahkan diri .

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran , lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai . Jalan yang terbaik , bila wanita tanya anda apa masalah anda , cuba luahkan kepadanya . At least , hal itu tak membuatkan wanita tertanya-tanya dan kadang tu membuatkan wanita menyampah dengan perangai lelaki seperti ini .

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang , lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik . Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan . Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya...

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran..

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa . Lelaki yang "buat dek" terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot , tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman , gurauan , berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki , peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia.. Oleh itu , anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya . Semoga berjaya!

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

28 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
November 8, 2012 at 12:06 PM delete

EGO SEBESAR GAJAH ITU LAH BF AKAK .. I LOIKE .. MENCABAR KESABARAN N DPT BELAJAR BYAK KESABARAN

avatar
November 8, 2012 at 12:11 PM delete

perempuan tak suka semua sifat2 diatas, haha

avatar
amaLina
AUTHOR
November 8, 2012 at 12:21 PM delete

huhu.. betul2...tak suka lelaki yg sexist. sangat2..

avatar
Mohd Afif
AUTHOR
November 8, 2012 at 12:22 PM delete

Memang ada lelaki yang seperti ini.. supaya laki laki diluar sana dapat ubah sikapnya jika ada yang seperti di utarakan dalam post ini..

pape pon post ini sangat berguna tuk semua..tidak kira la laki or ppuan..

So nice.......

avatar
Mohd Afif
AUTHOR
November 8, 2012 at 12:25 PM delete

mmg ada laki yang seperti dalam post ini tapi tidak semuanya bersikap begini..

pape pon post ini sangat berguna tuk smua laki diluar sana.. ubah sikap anda.. hargai la diri pasangan anda or ppuan lain...

nice post utk semua tak kira laki or ppuan...

avatar
Remy hazza
AUTHOR
November 8, 2012 at 12:37 PM delete

ada kebenaran.... tapi ada juga kelemahan kaum wanita yg tak disukai lelaki......
hidup tu kan saling melengkapi......
saling memahami....

avatar
November 8, 2012 at 12:43 PM delete

xske laki yg ego.kenapa ye laki sll mcmtu? :(

avatar
Nyue
AUTHOR
November 8, 2012 at 1:58 PM delete

hahahha..berbezaplak nk dgn nyue...fh suka becerita tp nyue yg selalu double line..hahahahhha....

avatar
Afiq deLover
AUTHOR
November 8, 2012 at 2:15 PM delete

aku yg llaki sendiri x suka kawan dgn llaki ego... Kita maafkan kesalahan seseorang itu walaupun menyakitkan hati kita jg bermakna 'perhubungan' kita tersebut mengalahkan 'keEgokan' kita..so cool right~

avatar
Hidayah
AUTHOR
November 8, 2012 at 2:36 PM delete

akak paling paling sentap bab lupa tarikh istimewa tu.. tapi nak wat cemana ... itu la yg akak selalu kena hahaha... yang lain ok.. tak tersenarai kat cik abang akak...
;)

avatar
Hidayah
AUTHOR
November 8, 2012 at 2:37 PM delete

eh..eh...jari lyssa ke tu ? ;)

avatar
MarliaMarble
AUTHOR
November 8, 2012 at 2:41 PM delete

part yg memendam tak suka luah dekat kita pompuan ni tu paling betul..! kita ni care kan dia..apa salahnya cerita..=D

avatar
Atin
AUTHOR
November 8, 2012 at 2:56 PM delete

betul betul. tak suka lelaki yang suka cakap besar! bosan nak dengar dorang cakap pasal diri dorang je!

avatar
boni kacak
AUTHOR
November 8, 2012 at 3:01 PM delete

hmmm... sebab tu kena give n take.. kena bertolak ansur.. kalau semuanya salah dan tak boleh, macam mana ye? susah untuk kita membina hubungan...

avatar
maszull
AUTHOR
November 8, 2012 at 3:09 PM delete

assalamualaikum lyssa....mama sokong 100%...:)

avatar
November 8, 2012 at 3:15 PM delete

ena paling tak suka bf yg kerek... lepas tu, apa dia cakap semua nak betul... cam hape je.. tapi Alhamdulillah, tunang ena elok orangnya.. insyaAllah

avatar
November 8, 2012 at 5:56 PM delete

Woahhh , nice entry meyh , heeee!

avatar
steffany daph
AUTHOR
November 8, 2012 at 9:39 PM delete

tak suka pengotor :P heeheh.

avatar
November 8, 2012 at 11:08 PM delete

setuju sangat. lelaki nak tengok dia permbersih tak, tengok kuku and gigi dia. petuaa nenek saya . ngeee :D

avatar
November 9, 2012 at 7:32 AM delete

Absoutely rite :))
Suka entry nih <3

avatar
November 21, 2012 at 6:08 PM delete

Nice entri kak Lyssa (y) Nice info I support you 100%

avatar
ketikketok
AUTHOR
December 10, 2012 at 9:43 AM delete

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

avatar
Nabila Aziz
AUTHOR
December 22, 2012 at 9:08 PM delete

emmmm ..what can I say? semuanya betul.. well actually hampir semua betul kalau ikutkan dengan hidup saya lah.

avatar

Google+ Followers