Home
tutorial
Tips-Tips

30 April 2012

1 Mei 2012 | Esok Cuti Hari Pekerja .. Blogger Cuti Jugak Ke ??

Gadis Kidal Berceloteh...
30/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v




Curi doodle daripada Fizgraphic .  Curi warna PINK ! Sebab Lyssa Anti-Pink ! muahaha~




Waaaa . Seronok ye korang .....  Yang kerja , CUTI ! Yang sekolah pun CUTI ! Tapi , blogger pun cuti juga ke ? hekk -.-'


Eh .. Eh .. Bukan blogger ni pun satu pekerjaan ke ? muahaha . Cuba bayangkan kalau semua blogger CUTI esok ! Senyap je dashboard . Senyap je Facebook dengan cerita-cerita terkini . Senyap je Geng Blogger dekat group fesbuk .  Apa akan jadi eh ?


Haiyakkk ! Macam best je kalau gitu . haha .  \\ . Tapi boleh ke benda macam ni berlaku ?
Kalau tak update blog sehari mau gigit-gigit jari sampai putus ooo . Sebab tak tahu nak buat apa kan . Nak pula yang update blog sehari 10 entry . Tak ke 10 - 10 jari nanti luruh kena gigit ! hekk -.-'


Cuti umum macam ni nanti mesti jalan jem giler . Sesak dengan orang sampai jadi macam dalam tin sardin tu haa. Esok dah lah nak pergi lepak dengan member dekat The Mines tu . Erkk :/ comfirm ramai . Dah tak nampak orang dah . huhu .


p/s : Kepada blogger , esok kita semua CUTI tau ? Tak payah UPDATE lah !! HAHA :)


 

Takkan Nak Kena Buat Tutorial Lain Kot ? :'(

Gadis Kidal Berceloteh...
30/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Sedih je rasa title kali ni . Siap buat muka ala sedih gitu :'( wuuuuu T_T ~


Hari ni dah 30 April 2012 kan ? Last day for this month ! Errr . Cuba tengok benda kat bawah ni :


 


Pernah nampak benda ni ? Kalau dashboard korang guna style lama macam Lyssa .. Ala biru-biru gitu ada lah menatang ni keluar dekat bahagian atas sekali kan ? Ah ! Mencikkk -..-

Maknanya , start bulan depan .. Old Blogger Interface dah tak de dah ? Maknanya , dekat bahagian SETTING dalam ENTRI INI tak ada dah ler kan ? eeerrr . ye ke ? 

Susah ar macam ni . Kan semua tutorial Lyssa guna cara old blogger interface . Takkan nak kena buat lain kot tuto-tuto tu semua . Ishk ! Nak tukar satu-persatu pun malaih aih . Kalau tak tukar , mulalah orang tertanya itu ini ?

"Lyssa ! Mana nak cari design ni ? Tak de pun ! Mana nak cari edit html ni ? Tak de pun !"

Errhh .  Semenjak dah jadi new blogger interface ni , dah banyak soklan gini yang Lyssa dapat . Jenoh aih nak balas satu persatu suruh tukar balik old blogger interface ikut TUTORIAL INI . Lepas ni , dah tak boleh dah ler kan ?

Nak mintak pendapat korang ni .. Macam mana ...??? :'(

 
  

29 April 2012

Lyssa Di PBAKL 2012 - Shopping Buku !

Gadis Kidal Berceloteh...
29/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Fuhhh . Dalam ENTRI INI Lyssa ada cakap yang Lyssa nak ke PWTC . Ehekk . Dan sememangnya , semalam Lyssa pergi PWTC untuk ke Pesta Buka Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) . Bertolak dari Cheras (rumah maksu) tepat jam 1.30 tengahari terus menuju ke PWTC . Jalan clear je . Nasib tak jem ! muehehe . 


Sampai PWTC , pening kepala otak dah . Tiba-tiba jadi blurr semacam je . Eh , rasa macam pernah datang sini . Ohhh , ye ! Memang pernah pun .. HAHA . Masa yang Bicara Bersama Tun Dr. Mahathir tuuu . Dan dewan yang sama untuk Lyssa dapatkan baucer dari PTS . Eksaited kemain lah Lyssa . Jalan laju terus je menuju ke Dewan Tun Hussein Onn . Mama papa adik maksu Lyssa tertinggal kat belakang . (Itu menunjukkan saya yang terlebih ke-eksaitedannya ! haha )


Sampai-sampai je , Fuhhhhhhh ! Penuh giler dalam Dewan ni . Dah macam duduk dalam tin sardin dah . haha . Mulalah Lyssa nak tercengang-cengang tak ketahuan hala . Kat mana nak dapatkan baucer PTS ni ? Err . (Blurrrr...) Merata Lyssa tanya . Kaunter tu lahh . Kaunter ni lahh . Last-2 dalam pun jumpa dengan Encik Aizat selaku orang yang mengelola mengenai baucer ni semua  .. 

Tiba-tiba ... 

"Oh , inilah Cik Lyssa ye ? Saya lah Aizat !"

Dengan malu-malunya , Lyssa jawab :

"Oh , ye ker ? hehehe"  ------>> Sengih-sengih senyum kambing lah pulak aku ni . 

Masa tu lah Encik Aizat tu nak blah ke toilet . Tak sempat nak sembang panjang ! haha . Terus dia suruh eksisten dia mintak IC kat Lyssa . Tandatangan dan ..............


 
Tersengih senyum kerbau dapat baucer RM250 ! haha .


 ....... Ini lah Baucernyaaa !!! hehewww . RM250 kesemuanyaa . Shoppinglah kau Lyssa buku-buku tuu . hewheww~


Macam - macam buku beli . Novel , Buku Ilmiah , Buku Motivasi , Buku Adobe Photoshop ! Perghhh . Rasa macam tak cukup RM 250 tu tau ! InsyaAllah , kalau ada rezeki Lyssa dapat hadiah utama bernilai RM1000 tu .. Lyssa tak teragak nak pergi lagi Pesta tu ! Shopping lagi . hihi . 


 


Memang eksaited beli macam -macam . Papa Lyssa lagi lah .. Ambil buku itu ini .. Mengalahkan anak dia . HAHA . Lyssa dah rabun mata dah tengok banyak sangat pilihan buku kat situ .

Dah habis shopping buku saja nak jalan-jalan dalam PWTC tu tengok apa ada . Tiba-tiba je , ada orang call . Oooo . Boni ke ? Ehemm . Siapa Boni tu ? Blogger jugak le . Banyak entry dia ada je selit nama LYSSA . huhu . Bagi yang tak kenal , boleh ke sini ------->> TERJAHHH !!  


Kenal ke ? Kalau tak kenal , berkenalan lah dengan dia . Haaa . Nak sambung cerita . Dia call , ingat nak jumpa Lyssa ler nih . Kemain eksaited dia datang PWTC dari Bukit Beruntung tu . (jaoh ok!) Sampai je , call Lyssa . Ada mana ni ? Err . Pening dah Lyssa bagitau dia Lyssa kat atas . Macam-macam .. Last-2 , Lyssa suruh dia tunggu dekat depan CIMB Bank . muahaha .


Sampai je  , eh ... Tiba-tiba je keluar dari mulut dia ...


" Eh , nampak lain ler ... "


Aku pelik . Ishk . Apa yang lain nya . Apa yang tak kena dengan aku ni ? haha . Malu siot . Tapi buat-buat tak malu je haaa . Sembang-2 sekejap je dalam 15 minit ada kot ? ehh  . Dan lagi snap gambor !


 
Ehem . Ehem . Baju sama hitam nampak ! Ada apa-apa ke nih ? Muahaaha .
Tak de apa-apa . Cuma rakan blogger je :) Baju boni tu .. Tengok ar .. Lyssa baru perasan ... denaihati.com ! Amboih . Orang kuat Abang Ilham ke nih . hihi . 

  

Gambar 1st tu , nak buat peace .. Tapi , namapak tunjuk "SATU" je . 1 Malaysia ke hape ?? haha . Best jugak borak dengan Boni ni . Peramah kemain . Kami rajin dok gelak je  . Gelak pasal apa pun tak tahu lah . Adeyy . Maluuuu >__< . Nanti , ada masa kita jumpa lagi . haha.


Dah habis sembang dia ke Pesta buku .. Lyssa terus balik . Tapi dan lagi snap gambar itu ini . hakhak .

 
Lyssa dengan maksu Lyssa ... Ehh .. laki tu , adik lelaki Lyssa . Ok !!! "SAYA PENDEK!" haha .


 
My mum and my dad :) Diorang kecik ! Anak-anak pun mesti kecik ! haha . kan ? :)
 

Memang best sangat shopping buku dekat situ . Banyak sangat buku sampai tak terbeli  . hakhak . Dan baru sekejap ni ,Lyssa terima message dari pihak PTS yang menyatakan :

 


Ye . Lyssa pun seronok sangat shopping buku PTS semalam ! hehe :)
Korang pun .. Nanti kalau ada masa , pergi lah ye . Pesta tu sampai 6 Mei 2012 :)
Pasti korang puas hati ^_^v


 
 

 

28 April 2012

Keputusan ‘Hebah & Menang PBAKL 2012’ - Minggu ke lima (16 - 22 April 2012)

Gadis Kidal Berceloteh...
28/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



Update blog pagi-pagi , Oh SELAMAT pagi ! haha . Pantun dua kerat yang tak menjadi . Ehh..Ehh.. Tak nak cerita panjang . HAri ni  , Lyssa nak umumkan keputusan Hebah dan Menang PBAKL 2012 bagi minggu kelima . 

Alhamdulillah . Bersyukur ke Hadrat Ilahi , dari minggu pertama hingga minggu kelima .. Lyssa tersenarai dalam 10 pemenang tu . Maknanya , setakat ini , Lyssa dapat dah kumpul sebangan RM250 baucer buku PTS :)

Nak tahu siapa yang menang untuk minggu ini ? Lihat di bawah :


 


Tahniah juga kepada setiap pemenang ye . Jumpa kita nanti bi Booth PTS . muehehe .
Eh , Lyssa nak ke PWTC tu , hari ni lahhh . Ehemm~Ehemm~

Ada siapa-siapa nak join ke ? HAHA . Ouke . Itu saje :) KLIK ONE !!! 



*** Jangan lupa VOTE Lyssa setiap hari ye ---->>  Blogger Of The Year !! 



  

27 April 2012

Tutorial : Banner Bergerak Menggunakan Photoshop

Gadis Kidal Berceloteh...
27/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Hey-yoo :) Ehh , Tetiba rasa rajin pulak hari ni nak buat tutorial . Tuto apa ek ? Ehem . Banner gerak-2 gitu . Alarr . Masih keblurr-ran ? Macam banner yang Lyssa punya nih . hihok !

  


Agak complicated kot kalau guna photoshop . Err . Tapi , kalau dah kemaruk nak sangat banner macam ni , korang boleh ikut je kat bawah ni :


1.  Buka photoshop korang . Bagi yang nak buat banner ada gambar sendiri , korang tak tahu nak crop macam mana gambar korang ? Ikut step 1 hingga 7 dari TUTORIAL INI !! 


2. Bila dan copy , pastikan photoshop korang tick bahagian animation . Macam ni :


Klik untuk nampak lebih jelas


 3. Tekan NEW , pilih saiz width 125 pixel ; height 125 pixel dan berada dalam keadaan transparent .

4. Pilih Paint Bucket Tool , dan pilih color background . Klik pada permukaan transparent tadi tu :)

 


5. Tekan PASTE . Nanti , gambar yang korang copy mula-mula tadi akan terkeluar . Then , resize dia bagi kecil sesuai dengan size banner tadi .


6. Macam mana nak resize ? Tekan Move Tool (V) then , tick bahagian Show Transform Control . Then , akan keluar garis putus-putus dekat gambar . Korang perkecilkan sizenya.


7. Sekarang masanya nak letak tulisan . Senang je . Korang kena tambah layer dekat bahagian Animation dengan create new layer di bahagian Layers.


 



8. Lepas tu , korang tekan Horizontal Type Tool (T) , then , type lah apa yang korang nak taip kat dalam banner tu . 

9. Ulang step yang sama dalam no.7 jika korang nak tulis tu , jadi satu persatu .

10. Dekat bahagian Animation bawah tu , korang boleh tukarkan second/saat dia . Paling ok , 0.5 saat rasa nye itu normal kot :)

11. Lepas dah tulis setiap ayat korang , pergi dekat gambar animation yang pertama , untick perkataan yang korang tak nak di bahagian layers (gambar mata) .

 


 12. Kemudian , korang pergi pula di bahagian Animation (Frame) no 2 pulak . Klik kat situ , dan tick balik perkataan yang tertinggal di bahagian Layers macam kat atas ni haaa . Macam Lyssa , Lyssa tick bahagian "Terjah".

13. Semua ni , ikut kreativiti korang lah tau . Lyssa ajar ni pun yang simple je . Kalau korang nak tambah shape ke , nak tulisan ber-glow ke , itu ikut korang . Ini hanyalah banner bergerak yang basic je . 

14. Sekarang , kalau nak save pulak macam mana ?

15. Pergi tekan File > Save For Web & Devices

16. Lepas tu tekan SAVE ! :)
17. Macam mana nak dapatkan pulak URL banner tu ? Korang boleh UPLOAD dekat sini ---->> TEKAN SINI ! . Copy direct link  :)

18. Kalau nak letak dekat sidebar , sekali dengan kotan banner , boleh follow TUTORIAL INI !


  =Selamat Mencuba=


*** Jangan lupa VOTE Lyssa setiap hari ye ---->>  Blogger Of The Year !! 



 
 
 

26 April 2012

Aktiviti Harianku Selain Berblog ... Buat Kek !

Gadis Kidal Berceloteh...
26/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


hewheww . Gelak pulak ! huhu . Opsss !* Ingat dok rumah , 24 jam berblog ke ? Aihh . Tak kot . Banyak lagi keje lain yang boleh buat tu . Selain berblog , Lyssa buat kek tau . Haaaa . Setiap hari . Eh . Betul lah . Nak tipu apanya . Tengok kek kat bawah ni .. Nyummmyy ..



Hasil tangan Encik Google je ! haha


Ehh . Percaya je Lyssa buat kek cam gini setiap hari ? haha . Merepek ahh . Gurauu*
Selain berblog , Lyssa buat kek dalam Tab Lyssa je . haha . "Bakery Story" . Haaa . Siap bukak kedai okey . Jangan jeles ar . errr . Nak tengok ke kedai kek Lyssa ? Nahhhh ...





 

HAHA  . Tak de lah cantik sangat kedai kek Lyssa ni haaa . muahaha . Setiap hari renovate tak elok-elok jugak  . haha . 

Tahu . Mesti ramai yang ada jugak pernah main game ni kan ? Then akan kata , "Boringgggg!!"  .. Eh , mana de boring . Best ohh . Mengisi masa lapang . haha . Tak bosan . Best jelajah masuk kedai orang lain . Semua cantik-cantik . 

Ni online game ! Lelaki ada main . Perempuan pun ada . Dalam Malaysia . Luar negara semua main benda ni . Hewhew .  Bila masuk bakery shop orang lain , semua cantik - cantik ...





 


Haaa . Tengok lah diorang punya shop . Cantik belaka . Penuh sesak dengan meja yang cantik . Gerammmm betul tengok ! Tu yang main ni Lyssa tak rasa boring langsung sebab Lyssa target nak shop macam diorang . Nak kumpul duit semua tu pun dok merangkak lagi oiy . Macam berangan je lah nak bakery macam diorang . haha .


Main ni juga boleh disiplinkan diri dalam menguruskan masa ! huwaaa . Nape lyssa cakap macam tu pulak . Mana tak nya .. Nak buat kek tu pun kena tunggu masa untuk kita serve . Dari situ kita boleh disiplinkan diri juga pa . haha . Best ! 


Patut Lyssa jarang UPDATE . Buat kek rupanyaaa . haha . Tau tak pa :) *Opss!


Err . Kalau Lyssa tak update tu  , jangan pikir lain pulak . Banyak lagi keje lyssa tertunggak ni haa . Ni pun merajinkan diri taip entry merepek ni . huhu . Siapa yang ada main bakery shop ni , add Lyssa jadi neighbour korang ye :)  ------>> lyssasecret


Bubyee~ Sambung UPDATE esok pula -.-'

 
 
 
 

24 April 2012

Tips : Cara Mencuci Barang Kemas Agar Kelihatan Lebih Bersinar

Gadis Kidal Berceloteh...
24/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Heyy u ollss . Ececeh . Malam ni , Lyssa nak bagi tips sikit macam mana nak barang kemas korang tu kelihatan lebih bersinar-sinar . HAHA :) Ada barang kemas tak ? Kalau tak ada , mak , nenek makcik jiran sebelah rumah sah ada . Ajar lah diorang guna cara ni . Memang berkesan okeh :) Muehehe~



1. First , masukkan barang kemas korang ke dalam satu bekas . 

2. 1 sudu besar pencuci pinggan "Sunlight" . Jangan ingat sunlight hanya untuk guna cuci pinggan je ye . Nak bagi emas bersinar pun boleh . HAHA . Tak tahu menatang apa Sunlight tu ? Tengok ni haaaaa :

 


3. Lepas tu , masukkan air panas ke dalam bekas tersebut separas dengan barang kemas korang .

4. Rendam dan biarkan selama 20 minit . Macam ni :


 


5. Selepas 20 minit , ambik barang kemas korang tu ... Beruskan satu arah dengan menggunaka berus gigi yang tak digunakan lagi .

6. Bilas dengan air biasa .

7.Letakkan di atas kain untuk dikeringkan . 


HEHE . Dah ? Percaya lahhh . Barang kemas korang akan kelihatan like "blink-blink" gitu . Cubalah tauu . Ini tips daripada mama Lyssa . Emas/emas putih ... dua-2 boleh :)


=Selamat Mencuba!= hehe
 
  

*** Jangan lupa VOTE Lyssa setiap hari ye ---->>  Blogger Of The Year !! 

 

Penipuan Di Internet ! Cegah Sebelum Terlambat

Gadis Kidal Berceloteh...
24/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



Gejala penipuan di internet semakin bermaharajalela . Jika korang tak ketahuinya , kemungkinan korang juga bakal menjadi salah seorang daripada mangsa penipuan tersebut . Penipu yang terlibat , biasanya mampu membuat apa saja termasuk mendedahkan aib orang lain , penipuan duit dan memfitnah . Kesedarang tentang masalah ini perlu diambil kira. 

Berikut adalah contoh-contoh penipuan yang berlaku di internet dan cara pencegahannya:


Hadiah Undian
Selalunya , korang akan menerima e-mel daripada pihak yang tidak dikenali yang menawarkan pelbagai hadiah undian . Dalam e-mel tersebut , turut diletakkan maklumat korang memenangi sesuatu tidak kira dari Yahoo , Microsoft mahupun yang lain . Jangan percaya dengan e-mel tersebut jika korang tidak betul-betul yakin .

Pencegahan :
Jangan terlalu cepat untuk memindahkan wang korang kepada akaun yang tidak dikenali . Pastikan hadiah undian tersebut datang daripada sumbe yang boleh dipercayai.


Perniagaan Palsu
Perniagaan dalam talian (online) sudah menjadi 'trend' sekarang dan para pengguna juga semakin mempercayainya . Dalam pada itu , masih ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan secara haram . 

Pencegahan :
Kenal pasti sumber ( blog,laman web dan lain-lain ) apabila ingin membeli barang secara online . Jika sumber tersebut adalah sah , maka urusan jual bei boleh diteruskan :)


Pencerobohan Laman Web
Ketika korang nak mendaftar masuk akaun sendiri , tiba-tiba password korang salah ataupun halaman utama yang muncul di skrin nampak lain . Dalam hal ini , jelas sekali akaun korang telah dicerobohi ! Si pelaku yang suka menceroboh akaun orang lain mempunyai niat jahat tidak kira ia berunsur peribadi ataupun tidak .

Pencegahan :
Pantau akaun laman sosial/blog korang dengan cara kerpa menukar password . Untuk langkah keselamatan , jangan letak maklumat peribadi terlalu banyak.


Perisian Bervirus
Kegilaan memuat turun perisian percuma (FREE DOWNLOAD) menjadi satu perkara yang sering pengguna Internet lakukan . Macam-macam yang benda yang korang download sehingga tidak sedar virus turut menular ke dalam komputer . Cara ini memang mudah tetapi haruslah berhati-hati apabila proses muat turun berlangsung .

Pencegahan :
Gunakan anti-virus untuk mengesan virus yang masuk . Pastikan juga antivirus tersebut dikemas kini.


E-mel Palsu
Adakalanya korang akan menerima e-mel daripada 'admin Yahoo' dan enjin carian yang lain . E-mel ini menyatakan korang harus mendaftar masuk dan verify data .  Seterusnya , korang haruslah meletakkan password dan bermacam-macam lagi .  Apabila sampai ke satu tahap , korang rasakan yang korang telah ditipu .

Pencegahan :
Jangan sesekali klik pada 'link' yang korang tak pasti . Ini kerana data peribadi korang mungkin boleh dicerobohi oleh si pelaku yang tidak bertanggungjawab.


E-mel Berantai
Ramai pengguna Internet yang gemar menghantar e-mel berantai dengan harapan apa yang mereka baca turut dikongsi bersama orang lain . Tetapi , mereka tidak sedar bahawa ada sesetengah e-mel boleh mengaibkan orang lain dan boleh mencetuskan fitnah.

Pencegahan :
Jika tidak sahih kebenaran e-mel yang diterima , jangan panjangkan ia agar tidak timbul sebarang masalah kelak .


Status di laman sosial
Status dan komen yang dipaparkan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter kadang kala mengundang bahaya dan masalah besar antara satu sama lain . Tanpa disedari , macam-macam luahan yang ditulis di status masing-masing . Ini mengundang bahaya !

Pencegahan : 
Jangan terlalu mengikut perasaan apabila hendak menulis sesuatu di status laman sosial . Pelbagai andaian yang boleh ditafsirkan oleh pihak yang membacanya .


Sumber diambil daripada Majalah Remaja :)
 

 Apa yang Lyssa baca , insyaAllah akan Lyssa kongsikan kepada semua :)


*** Jangan lupa VOTE Lyssa ye ---->>  Blogger Of The Year !! 

 

10 Magis Cinta

Gadis Kidal Berceloteh...
24/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



Sekian alam mengetahui bahawa cinta itu indah dan membahagiakan . Apabila dia datang dalam kehidupan seseorang itu , segala yang pahit akan menjadi manis , segala yang sakit akan terawat dan segala yang buruk akan menjadi cantik  .Itulah antara magisnya sebuah cinta . Ececeh . Nak tahu banyak lagi keajaiban cinta ? Boleh Baca 10 perkara Magis Cinta :)


flying,heart,valentine,love  Cinta mampu mengubah hidup seseorang dengan sekelip mata , antaranya mampu membuatkan seseorang yang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya .
flying,heart,valentine,love  Hanya dengan cinta , seseorang yang tidak penah senyum , pemarah dan panas baran boleh mengukir senyuman setiap saat .
flying,heart,valentine,love  Cinta boleh menjadikan satu saat itu begitu membahagiakan tetapi cinta juga sebenarnya boleh menjadikan satu saat itu begitu menyakitkan.
flying,heart,valentine,love  Apabila berbicara soal cinta , tiada siapa pun yang mampu untuk menjelaskan bagaimana rasanya sebuah cinta.
flying,heart,valentine,love  Kuatnya cinta adakalanya boleh meruntuhkan gunung yang gah  , bukit yang tinggi dan laut yang luas.
flying,heart,valentine,love  Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya . Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat .
flying,heart,valentine,love  Saat mencintai seseorang , jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya . Ini kerana salah seorang daripada kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang.
flying,heart,valentine,love  Cinta bukanlah sekadar perasaan sayang-menyayangi semata-mata tetapi apa yang lebih penting , harus juga ada keikhlasan kerana perasaan sayang menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu sahaja.
flying,heart,valentine,love  Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan . Ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam .
flying,heart,valentine,love  Bila tiba saat kamu mencintai seseorang , kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan  . Bukan nama cinta andai ia hanya membahagiakan .

 
  
Jangan lupa VOTE Lyssa ye ---->>  Blogger Of The Year !!
 

23 April 2012

Undian Anda Diperlukan :)

Gadis Kidal Berceloteh...
23/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Seperti yang semua orang tahu mulai 23 April 2012 - 13 May 2012 ramai bloggers yang promote blog masing-masing untuk meraih undian yang tertinggi dalam setiap kategori yang mereka sertai dalam Digi WWWOW Awards .

Lyssa pun ! Lyssa dalam kategori "Blogger Of The Year" .  Kalau korang rasa blog Lyssa layak mendapat title Blogger of the year , diminta korang VOTE blog Lyssa seikhlas hati SETIAP HARI tau . muehehe .  :)

Senang je cara nak VOTE . Ikut step di bawah ye :) 


First sekali , korang pergi ke link ini ------->>> KLIK !!



 1.


2. 


3.


4.


5. Then , TEKaN 'OK' ...



Undian Anda Amatlah Diperlukan , SETIAP HARI . Terima kasih sangat-2 ! :)
** Kalau rajin , suruh member-member sekali VOTE . hihi . 

SHARE je ENTRY ini okeyy ? :) Terima Kasih ~