Home
tutorial
Tips-Tips

31 May 2012

Celcom SOX Drum & Bass (Penang)

Gadis Kidal Berceloteh...
30/05/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



Yeahhh . Celcom SOX datang lagi . Sebelum ni , Lyssa pernah juga hadirkan diri ke event dari Celcom ni yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur 2 minggu lepas . Dan kali ini Lyssa dijemput oleh pihak nuffnang sekali lagi untuk ikut serta dalam event yang dijalankan di Penang . Kebetulan Lyssa memang stay dekat Penang ni , apa salahnya Lyssa menyibukkan diri untuk join that event kan ? hee~


Untuk pengetahuan semua , event Celcom SOX Drum & Bass ini diadakan pada 26 Mei  dan 27 Mei 2012 yang bertempat di Dewan Tunku Komtar Dome .


 
Cantik kan Dome ni ? Dalam tu lah semua aktiviti dilakukan . Drum , Hoops & Dance



Actually ,  memang masa 26hb hari banyak dugaannya . Diorang kata event ni semua dilangsungkan di Han Chiang High School , Penang . Memang tepat jam 10.30 pagi Lyssa ada depan-depan pintu Han Chiang High School .  Tapi , satu batang hidung orang pun tak da . Whoaa . Betapa hancurlah hati ni ! Tu yang mengamuk Lyssa dalam fesbuk itu hari . haha .  Nasib Lyssa dan tanya pihak nuffnang dan mereka kata dah tukar tempat ke Komtar . Pergilah Lyssa sengsorang dengan hati yang sedih gitu . huhu ~


Ingat ke start awal , tengok – tengok sampai je sana , diorang baru practice je . Aikk ? Mulalah nak buat muka pelik gitu . huahua . Dan jugak snap pic diorang berlatih ! Opppss*



 


Then tanya salah seorang blogger kat situ . Dia kata event 9.30 malam ? Arr . Malam ke ? Tak dapek lah den nak join kalau malam . Lagi pun masa tu hanya Workshop @ Mini Prom je . Terus balik rumah and cadang nak join esok je . Sebab competition memang berlangsung 27hb tuu . 


Esoknya , datang dengan hati yang senang . weee~ Dengan muka yang tersenyum bermatakan sepet , tangkap satu gambor . Nahhh ! Bukti aku datanggg  . haha ! PEACE ^^v


 


Ni lah baru betul-betul dinamakan event ! haha . Ye ke ? Best tengok competition ni semua . Basketball pun memang gempak ahh . Diorang yang main , Lyssa yang jadi gelabah tak ketahuan . haha . Banyak jugak lah sekolah yang join competition ni .  Antaranya Sekolah Menengah Macang Bubuk , Sekolah Menengah Georgetown , Sekolah Menengah Aminuddin Baki , Han Chiang High School dan banyak lah lagi …




 



Ini pula Drum & Bass dari Penang Free School ! Terbaikkk lahh ~ hihi .





 
Ini – ini cheer dance . muehehe . Diorang menari pun sempoi ! Dari SMK Union ~




 




 
Walaupun agak diam tetiba sunyi je masa perlawanan Basketball pada mulanya , tapi Lyssa berpuas hati jugaklah dengan acara-acara yang dijalankan semasa competition ni . *ayat tungganglanggang dah . hihi .


Ok . Tutup cerita pasal tu . Sekarang Lyssa nak korang tahu ,


 Apa benda S.O.X 2012 ni sebenarnya !??


Dalam Bahasa Inggeris :
 The biggest event in the school calendar, S.O.X. 2012 combines moves, rhythm and skills on one stage, one court for YOU to showcase your talents.


Paham tak ni ? Kalau tak paham , meh nak translate kan ! haha .
S.O.X 2012 ni merupakan kempen gabungan di antara pergerakan, irama dan kemahiran peserta yang bertanding bagi merebut gelaran juara S.O.X 2012 .  Lebih kurang lah tu . Paham-paham lah  ye.


Sebelum ini CELCOM S.O.X 2012 telah diadakan di Melaka (28 & 29hb April 2012), Kuching (28 & 29hb April 2012) dan Kuala Lumpur (5 & 6hb Mei 2012) . Memang sangat meriah tau semua aktiviti yang dijalankan di lain negeri .. Penang pun apa kurangnya . hewhew .


Tahun lepas , ramai jugak yang join-kan diri mereka untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam S.O.X All-Star Drum & Dance 2011 . Bakat mereka yang terpendam selama ini banyak yang telah dipertonjolkan dalam Celcom Drum & Bass . Memang menarik kan ?


Tahun ni pulak , Celcom S.O.X  menggegarkan lagi dengan Drum , Hoops and Dance di mana competition ini telah berlangsung di Melaka , Kuching , Kuala Lumpur dan Penang .  Dan mereka di setiap negeri  akan cuba yang terbaik untuk teruskan bertanding hingga ke Kemuncak Celcom SOX Drum & Bas Grand Finale di MABA stadium, KL pada 3 June nanti !




Jangan lepaskan peluang anda untuk terus melihat aksi yang gempak di KL nanti yeah !
Jom lah ramai-ramai memeriahkan lagi ye . eceh =)
Pernah tak korang dengar mengenai Pelan Baru S.O.X ni ? Pelan baru SOX ni merupakan pelengkap sempurna untuk gaya hidup belia yang digalakkan dalam SOX 2012. Dengan kadar paling rendah , sesuai dengan anggaran seorang pelajar dan ianya pasti akan menyebab 24 jam handphone di tangan korang ! haha .

Dengan pelan baru ni , korang boleh buat panggilan dengan hanya 28 sen bagi setiap 3 minit untuk semua rangkaian .  Selain tu , korang juga boleh menghantar SMS serendah 2 sen dan 35 sen per MMS .
Menarik bukan ? Bertuahlah korang yang berumur 12-17 tahun tu . Lyssa ? hah ! bencikk . huahua~
 



Lagi ? Korang tak perlu risau expired bila kredit korang tu . Sebab kalau korang topup RM5 pun ,  kredit korang tetap akan bertahan selama sebulan ! Itu yang best tu . hee . Makin banyak korang topup , makin bertambah lah korang punya expired date tu . 





Tapi , apa yang lagi menarik pasal Pelan S.O.X  baru ni kan , bila korang guna RM1 sebelum 8pm setiap hari , korang boleh dapat FREEBIES termasuklah FREE Voice call , video calls , SMS or MMS from 8am to 8pm .



Kalau nak tahu lebih lanjut , korang boleh terus ke http://www.xpax.com.my/sox/

Thank you ! :P

Jalan-Jalan Penang !

Gadis Kidal Berceloteh...
31/05/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Woot~Wott~ Datang Lyssa berceloteh lagi . haha . Kali ni saja nak berkongsi keriangan  , kegembiraan Lyssa musim cuti sekolah ni . Tapi agak sedikit kebosanan lah jugak sebab tahun ni bercuti kat tempat sendiri je .  HAHA . Jadilah dari tak ke mana-mana .  Kalau dulu-dulu kira nak hentak-hentak kaki paksa mama papa bawak ke luar negeri . erk . Tapi sekarang ikut je lah ke mana pun . * konon dah habis matang lah ni tak nak merengek lagi . Ciss -.-' 


Memang setiap tahun , kalau cuti sekolah je mesti Lyssa and family Lyssa akan bercuti bersama adik beradik belah papa Lyssa . Syiokk ! Sebab diorang semuaa sporting . A'ah  Sporting sangat ! Actually rancang nak bercuti ke Langkawi lah kan . Tapi .. Tapi .. disebabkan baru-baru ni pak sedara Lyssa meninggal dunia , terpaksa batalkanlah niat nak bercuti jauh-jauh . Penang pun , Penang lah ~


Dan apa yang paling best , adik-adik papa Lyssa semusa datang rumah Lyssa . Tidur semalam . Semalam lagi lepak hotel ! The Krystal Suites . Dalam Penang , tak de lah apa saaangat yang menarik . Rasanya banyak tempat untuk budak-budak kecik comel lote je kot . Satu Penang Lyssa dah jelajah . Dah naik muntah dah tengok tempat-tempat yang "best" kat sini . haha .


Tapi .. Lagi sekali .. Means untuk kali ni merupakan kali kedua Lyssa pergi Toy Museum . Eh , korang pernah tak sampai kat Toy Museum ni ? Tempat yang agak tersorok sampai dua tiga kali juga lah kami pusing-pusing area batu feringghi nak cari tempat ni . Padahal before ni pernah sampai dah . Tapi ntah kenapa sesat pulak kali ni . wakaka.  



 

 


Tak da apa pun yang berubah . Sama je masa Lyssa pergi tahun lepas . Tapi apa yang best diorang kata bulan 10 ni diorang nak berpindah ke Teluk Bahang . Toy semua akan bertambah and museum dia laagi besar lah kan ! Nanti pergi lagi .. Walaupun tempat ni untuk bebudak je . *Terasa diri daku ini seperti kanak-kanak ribena yang comel lagi menyerlah ni . haha . Dengan baju kepurple-purple-an nya . Dah nampak macam kartun ribena yang bolat-bolat dalam iklan TV tu lah pulak -.-'



 
Dengan spec besaq kaler "PINK" lagi . Ishkk ! Dah macam budak darjah dua pulak aku tengok ! Kan ? Kan ? hewhew .




 
Makcik-makcik and adik sedara ~


 
Ni yang TAK TAHAN ! Budak ni nampak lebih besaq dari aku pulak ! -.-



 
ONE BIG family . BIG sebab penuh dengan budak-budak je . hehe :)



Then bergerak ke Gurney Drive cari makan ! Wee~ Kami makan Nasi Ayam Berempah Nusantara dengan Air Sirap Kelapa je . Eh , sedap tau , Air Sirap Kelapa ni .... !





 Lepas dah perut kami dah jadi muncet , geraklah kami check-in Hotel Krystal Suites tu . HAHA . Siapa yang rasmikan dulu masuk hotel tu kalau bukan Cik Lyssa Faizureen ni . Masuk terus snap SATU gambar .  hekk . Pantang betul . Kalau bergambar , Lyssa lah no 1 ! haha .


 
Niat bergambar sebab suka tengok kusyen tu . Purple color mehh ~ Sama warna dengan baju! hihi .


Sebelah malam pulak , lepak Padang Kota Lama ! Sebenarnya dah lama teringin nak makan Sotong Kangkung , Kerang Bakar , Pasembur , Ais Kacang , Cendol Pulut !! Sebab rasa macam berabad dah tak makan menda ni . *Padahal baru sebulan lepas makan . Haaaa . Masa ni lah pun nak mentedarah . Tak kira lah orang nak kata apa  , main sumbat masuk mulut je ! hehe .






 Memang happy sebab dapat kenyangkan perut comel Lyssa ni . Dah tu , lepak lah kami tepi-tepi tembok tu . Sebab makcik - makcik Lyssa ni semua nak urut-urut kaki . Fuhh ! Berejam gak tunggu diorang semua habis urut . 12 tengah malam baru kami balik . Sempat lagi bergambor ! kahkah .


 


 Paksa mama pakai spec ! Cun jugaaaakkk . hewhew =)


Dah .. Dahh . Habis dah cerita . 
Rasa nak komen , komen .. Tak nak sudahh . HEHE =)
Terima Kasih sudi baca ~ LIKE SIKIT!~ (secara paksaan!hehe)

24 May 2012

Belajar Dari Buku Adobe Photoshop !

Gadis Kidal Berceloteh...
24/05/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Eh , hari ni Lyssa nak share kat korang beberapa buku Adobe Photoshop yang Lyssa beli masa kat PWTC hari tu .. Alar , yang Lyssa dapat baucer itu hari . Lupa eh ? Meh nak gosok-gosok kepala korang bagi ingat balik . Lyssa gosok dengan berus sabut ok ? Tak sampai sesaat , kompen ingat dah . thee ==

Ada 3 buku Adobe Photoshop yang Lyssa beli . Saja nak perhabiskan baucer tu sebenarnya . Erkk . Korang yang pergi Pesta buku tu pun mesti ada juga ternampak buku Photoshop ni jugak kan ?


 

100% Halaman Berwarna . Itu yang Lyssa buat keputusan 100% untuk terus beli buku ni . Eh!


Buku-buku ni ajar macam kita macam mana nak edit gambar menggunakan photoshop ! Actually , Lyssa tak de lah pakar sangat dalam menggunakan photoshop ni bagai . Banyak lagi yang Lyssa kena belajar dan disebabkan masa melampau-lampau banyaknya , Lyssa cuba untuk pelajari sedikit demi sedikit supaya ilmu photoshop akan terus lekat kat dada/otak ni sampai bila-bila . 


Lyssa dah belek - belek jugak buku-buku ni semua . Ada yang basic and Lyssa dah tahu .  Ada juga yang Lyssa tak tahu . Actually , kalau nak belajar dekat youtube pun boleh . Tapi disebabkan tengok dalam buku tu macam menarik lagi tertarik je , tu yang terus beli tu . muehehe .


 


 
 And sekarang cuba untuk belajar dari buku-buku Photoshop tu .  Belajar perlahan-lahan tak pe . Asalkan puas dengan hasil tangan kita sendiri .  Sebuah buku tu harga dia RM30 . Tiga buah , RM90 lah kan .

Tapi , Lyssa ada jugak jual DVD tutorial Photoshop . Kalau siapa-siapa yang teringin dan berminat nak belajar photoshop boleh baca maklumat lanjut di --->> KLIK SINI CEPAT ! 


Lepas ni , kalau Lyssa terlebih rajin Lyssa akan buat banyak entry mengenai tutorial photoshop . InsyaAllah kalau rajin ! ehekk :O


Like kalau sudi =)

22 May 2012

Dah Besar Dah Adik Aku Dua Ekor Ni !

Gadis Kidal Berceloteh...
22/05/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Alhamdulillah ! Lega rasanya .. Sampai jugak aku kat rumahku , syurgaku ni . hehe . Dalam pukul 8 malam tadi Lyssa baru je haa sampai kat rumah Lyssa ni . Penat sungguh naik Bas Aeroline sorang diri . Buat-buat berani je aku sebenarnya . erkkk . 


Sampai je rumah , apa yang ada kat kepala otak aku ni hanya dua ekor adik aku ! Errrkkk  .
Siapa ? Siapa ? Siapa lagi kan kalau bukan "Sweety" and "Noty" . Serius ! Rindu banget sama mereka dongggg .


Mama parking kereta depan rumah , aku nampak je 2 ekor adik aku atas meja depan rumah . Cuba panggil-panggil nama diorang . Swetyyyyyy ! Notyyyyyyy ! Diorang tengok aku tercengang-cengang je . Mata bulat gilaaaa .  Mesti dalam kepala otak diorang . 

"Siapa lah minah yang sebut-sebut nama aku niiii ? Bising ar ! "


Serius ! Cara diorang pandang Lyssa macam dah tak kenal dah siapa tuan dia . Ciss ! -.-'

Dah dah . Aku terus keluar kereta dapatkan , belai-belai diorang . Kiss-kiss mulut diorang . Eeee . Geram . Lama tak jumpa . Kat luar gelap . Tak nampak lagi rupa diorang . Masuk rumah tengokkk ... Makkkk aiiii ! Besaqqq gilaa dah diorang ni . Al- Maklumlah , dah sebulan Lyssa tak jumpa diorang tuu . Masuk rumah terus snap gambar ! HAHA . 


Tengok lar . Tengok lar . 




 


Besar kan diorang ? hewhew . Makin gebu tambah comel lah . Geram i ! Wuuu ~
Habis dah lah rindu Lyssa kat diorang . muehehehe~


p/s : Rumah baru ! Bertukar dari semua biru jadi pink-purple-putih dah . hehe . "3P" !  



21 May 2012

Celcom SOX Kuala Lumpur

Gadis Kidal Berceloteh...
19/05/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v

 
############ This is Sponsored post ##################




Baru-baru ini , ada satu entry ni yang mengatakan Lyssa pernah terima jemputan daripada pihak Nuffnang untuk hadirkan diri di satu event iaitu Celcom SOX Kuala Lumpur yang telah berlangsung pada 6 Mei 2012 bertempat di PWTC , Kuala Lumpur . Memang niat Lyssa untuk ke situ pada pagi tu dan sudah tiba pun di tempat itu untuk turut serta dalam event tersebut dan disebabkan masalah tertentu , terpaksa juga Lyssa batalkan niat untuk join sekali event gempak tu ! Serius menyesal gilaaa !

Event tu bermula pukul 11.45 pagi dan masa itu , ramai sangat berkumpul di groundfloor PWTC untuk menyaksikan persembahan yang telah dianjurkan oleh pihak Celcom SOX . Serius ! Memang meriah sangat dengan kunjungan oleh beberapa orang yang terdiri daripada pelajar , ibu bapa dan kanak-kanak kecil . Kebanyakan persembahan banyak dipersembahkan  oleh pelajar-pelajar sekolah untuk menunjukkan kehebatan dan bakat yang mereka ada . Woww ! Terjojol bijik mata juga tengok persembahan mereka tu . Sungguh menarik ! Menyesal tak tengok sampai habis ~ -.-‘

Memang bermacam-macam persembahan yang telah berlangsung seperti Sketsa , Tarian , Nyanyian , Berpuisi dan banyak lagi . Lyssa sempat lihat beberapa persembahan sahaja dan disebabkan ada sedikit masalah yang tak dapat Lyssa elakkan , terpaksa Lyssa meninggalkan event tersebut .  umphhh . Sedih saangat ! :)

Tengok lah ni … Best tau ! Memang meriah sangat ! Ramai betul orang yang pakai baju-baju oren ! hewhew . 



Drumm Droommmm Drummmm ~ Horeyyyy~



Masing-masing nak pegang kotak tu haaa . Tangkap-2 gambar ! Say cheeseee =) Yeah ! SOX !



Yeahhh ! I’m on The Cube ! >___< Eh , promoter sedang mencari mangsanya . huhu~




Time Lyssa ada kat situ pagi tu , memang ramai gilaaaa lah orang kan berbaris masing-masing nak dapatkan SIM SOX ! Apa kelebihan SIM PACK SOX ni ?


Sumber :  http://www.xpax.com.my


Nampak tak ? FREE VOICE CALLS , VIDEO CALLS  , SMS OR MMS Setiap hari ! Best kan ? :P Beli laaa ! :)




Sempat jugak Lyssa jenguk benda ni . Ingat ke apa , kot boleh lepak depan laptop online Facebook ke , update blog ke .. Ada jugak angan-angan nak sentuh benda ni , tapi ramai pulak orang dok sentuh laptop ni . Ooooo . Rupa-rupanya diorang semua cari maklumat mengenai  xpax or sox celcom . harhar . Ingat ke boleh FREE online kat situ ? hahakk ! Kan best kalau hatiku keras macam bola buat muka tak malu pakai online je kat situ . Mahu kena cepuk dengan SIM PAX SOX tu . FREE-FREE je .muehehe .




Ahakks .Tengokk tuu . Diorang menari ! Comel kan ? 
Lenggok sana .. Lenggok sini .. Olor Omey nye !


Putar…Putar… Wang besar ! Wang besar ! Lagak macam masuk TV rancangan roda impian dulu-dulu tu ? haha . Pihak Celcom juga adakan FREE Spin untuk semua mencuba nasib diorang . Macam best ! Dapat hadiah lagi tuu ! Kan ?


Memang banyak sangat aktiviti yang dijalankan semasa event tersebut . Dengan suasana yang cukup meriah GIMIX gitu .. Lyssa boleh cakap … “Woooooowww!” Memang terbaik lah .. Seronok dan sangat teruja dengan sambutan yang cukup meriah .  Pendapat Lyssa , aktiviti sebegini memang patut diteruskan setiap tahun ! Memang sangat berfaedah untuk pelajar-pelajar sekolah di negara ni . Dapat pulak hadiah-hadiah FREE lagi . Siapalah yang tak nak kan ? Haaa .

Dan untuk pengetahuan korang , bukan dekat Kuala Lumpur sahaja yang ada event menarik + gempaksss ni . Penang , Melaka dan Kuching pun ada juga melangsungkan event dari Celcom ni . Yang best nya kebanyakan pelajar sekolah yang join benda ni . Mesti lah best !

KL , Melaka dan Kuching dah lepas .. Tinggal event dekat Penang pula yang akan berlangsung pada 26 – 27 May 2012 di Han Chiang High School . Yeahh . Tempat Lyssa ! Boleh lah menyibukkan diri nanti kat situ pulak . haha . Saja buat muka tak tau malu -.-‘

Kat sini , Lyssa sertakan link video yang telah berlangsung di Kuching dan Melaka . Selamat Menonton !


Dan sekali lagi , Lyssa nak ucapkan terima kasih kepada pihak nuffnang dan penaja celcom kerana memberi kepercayaan terhadap Lyssa dengan memberi  sponsored post ni . Jangan segan silu bagi lagi banyak-banyak ! hewhew. Lyssa suka menaip . Tengok lah . Dah panjang berjeler dah ni . Peace :)

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke ---->>  Eh , CEPAT KLIK SINI !!


Dan jangan lupa , "Grand Finale in KL on 3rd June" okehh ?

Terima kasih ! ~