Home
tutorial
Tips-Tips

30 June 2012

♥ Preparation For Tomorrow :)

30/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Apa yang Lyssa buat ye hari ni ? Ye . Bangun tidur  , makan  , basuh kain , ajar budak darjah satu buat homework , layan budak-budak and yang lagi penting prepare untuk hari esok !
Yeeeehaaaaaa~


Esok , maksu Lyssa nak buat birthday party . Ajak sedare mara  , kawan-kawan dia . Maknanya esok mesti ramai GILAAAAAA budak-budak kan ? Auwwww . Akanku cubit pipi sama diolang  . ekeke . 


Dan disebabkan itu lah , hari ni Lyssa "DIPAKSA" !! uhukk :'(  oleh maksu Lyssa untuk masukkan cekedis-cekedis yang dia dah beli haritu . Wohooo . Baru teringat . Dulu-dulu masa aku darjah satu  , mama aku selalu sangat pek-pek kan cekedis masuk plastik , stapler !
Then suruh bawak gi sekolah bagi kawan-kawan . wee . Dulu , plastik kosong siap stapler lagi .


Sekarang ......


 


Wowww . Plastik color-color siap bergambar 'spenderman' lagi tu . Untung laa . Untung laaa .. Bebudak zaman sekarang -.- hmm .


Plastik kaler-kaler dah ada ....



 



Cekedis .. Cekedis .. Cekedis pun dah hadooo . Now , masa untuk Lyssa masukkan semua cekelat , sumi , belon , kopok semua sekali lah dalam plastik omey-omey tuuuu ....


 
*Sila abaikan budak pompuan ni . Berlakon je lebih . Ceihh -.- Aku ler tuuu  .
"Ehh , kaki birthday Girl lahhh . haha .

 
Hihokk . Kami saling bekerjasama , gigihkan diri sampai peluh-peluh habis aihh masukkan gula-gula tu semuaa . haha . PULUN !!


 
Ini lah budak tuu . HAHA . "BIRTHDAY GIRL" . hihokk . Syok lah esok eh dapat potong-potong kek . Amboi . hehe .

 

Habis laa . Esok petang , jenohh nak melayan orang datang rumah . hihi . Tapi tak pe . Syok apa makan - makan , minum , sembang-sembang .. Eratkan hubungan silaturrahim . HUHU . 
Nantikan UPDATE Lyssa esok untuk Birthday Partynya yaaa . hihi :O


**Dah rasa macam bebudak lak aku ni . Tahu lah kecik ! lalalala~

Tutorial : Letak Gambar Semasa Komen di Wordpress Bagi Pengguna Blogspot

30/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Sebenarnya , Lyssa tak tahu nak taip apa untuk title entry ni sebab , errr sebab sekarang ni tengah blurr semacam je pun . Title tu pun merapu je rasanya . Alahh . Kasi cincai sudah . Asalkan korang faham ~ muahaha . 


Yupp . Kalau korang ni jenis pengomen tegar tak kiralah selalu komen dekat blog-blog blogspot mahupun wordpress atau apa-apa je lah kan , masa nak komen sudah tentu akan terkeluar muka cun/kachak korang tu kan ?

Ok . Bagi pengguna blogspot , yang selalu komen di entry-entry pengguna wordpress , korang ada perasan tak muka korang masa nak komen mesti tak terkeluar pun kan ? Haaaa . Sebab tu lah kali ni Lyssa nak ajaar korang macam mana nak ada-kan muka korang masa korang komen kat wordpress :) Ikut je step kat bawah ni ek ?


1. Korang SIGN UP dan masukkan EMAIL BLOG korang kat sini -->> KLIK !!


2. Lepas tu , korang bukak email (yahoo/gmail) korang , check emel dari GRAVATAR !

3. Klik link yang tersedia ada kat situ :



4. Dah klik link tu , then akan keluar satu page ni .. Just masukkan USERNAME , PASSWORD and COMFIRM PASSWORD . Terus tekan SIGN UP !!



5. Lepas tu , korang KLIK link yang macam gambar kat bawah ni :

 
 
6. Oke . Lepas tu klik mana tempat yang korang nak cari gambar tu . Browse dan KLIK lah mana-mana gambar untuk diletakkan semasa komen di wordpress .

7. Lepas dah pilih tekan CROP & SAVE/CONTINUE ..

8. Selesai !


**Mudah je kan ? So , lepas ni kalau korang nak komen kat wordpress or kat mana-mana je kan , akan terkeluarlah muka cun/kachak korang tu . hehe . 

 
Kalau rasa nak ikut tutorial ni , ikut je lah . TIADA PAKSAAN ! hihi . peace ~

=Selamat Mencuba , awak !=



28 June 2012

Lyssa dan Sate Kajang

28/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Alhamdulillah . Tengahari semalam , Lyssa semalam sampai di KL  . Naik bas sorang-sorang , tercangak sorang-sorang , tidur dalam bas bertemankan bantal dengan selimut , makan minum sorang dalam bas , pergi toilet sorang-sorang dalam bas . Semua sorang-sorang weh . Al-maklumlah , umur dah makin tua . 90 tahun dah le kata kan . Badan pun dah makin bongkok dah aku ni . Tapi tak pe . Masih lagi boleh dan mampu berdikari (bukan beli kari ye) sorang-sorang :)


Bas berhenti di Corus Hotel . Betul-betul berhadapan dengan KLCC . Sampai je , turun sorang-sorang , tunggu dalam hotel tu sorang-sorang . Dalam 45 minit gak tunggu paksu Lyssa ambik . Fuhh . Legaaa . Nasib selamat sampai kat rumah maksu and paksu Lyssa ni kat Cheras . 


Sebelah malam  , lepas maghrib kami semua perkena Sate Kajang Hj. Samuri . Erhmm . Pernah jugak datang dulu . Last masa 2009 rombongan sekolah . wakaka . nak makan pun buat rombongan bagai  . Ntah pape ntah . Perubahan ? Tak banyak sangat yang berubah . Nampak sama je macam dulu . haha . 


Sate dia ? Dulu sedap laaa  . Now , dah 'kureng' sikit . Sate sejupppp :) hihi . Tapi , apa -apa pun Lyssa layan je . Sejuk pun sejuk lah . Asal kenyang perut , senang hati pun dah bersyukur gilaaa taw dak ? haha . 


 
Macam "STIM" semacam je muka aku makan sate ! haish -.- **Abaikan !

 
Sate tu semua Lyssa bolot ! Tu pun tinggal setengah je taww . Lyssa kuat makan taw ! Jangan pandang sebelah mata je kat budak kechik ni ! haha . 

Syiok bergambar sampai tak perasan mak mertua mak su merangkap mak kandung paksu Lyssa dok usya pelik je . Maluuu i tok mek :P huhu .

Eh , nak bagi korang terliur sat ! Tengokkk ar . huahua . * Harap terliur , walaupun sesaat kau datang , sesaat kau hilang ye :/


 
Terliurrrrrr tak ? theee =.=

 Tergoda takkkk ? hihi +_+

 Ini lah ghupe bahagian depan Sate Kajang nya . hihi . Sempat lagi haku shoot ==


Syiok buncit kan perut tadi . Sampai sekarang , terasa kenyang nya . Mana tak nya , melantak sampai 100 cucuk sate ayam + daging + perut . hihi .


p/s : Kalau lah terasa cam terlius ke hape , korang pritscreen , print sate tu , rebus masuk periuk , agak-agak 20 minit , telan lah kertas tu erk ! hihi . peace~

 

25 June 2012

Lyssa Faizureen Di Kampung

25/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Alahai .  Baru lah dapat update hari ni setelah beberapa hari Lyssa tak update kan ? HAHA ..
Okey , Lyssa nak cerita-in kat korang pasal Lyssa kat kampung Lyssa semalam . huahua .
Kat Tapah , Perak . Ada siapa-siapa stay Tapah kat sini ? Angkat kening korang cepat !


Haaa , Lyssa balik kampung bukan apa . Semata-mata nak pergi kenduri Opah Lyssa buat . Kenduri sebelum menyambut hari puasa di mana bulan Ramadhan yang mulia . Cepat bebenor rasanya nak bulan puasa kan ? Haaa . Bagi kamu Hawa  , dah ganti puasa ke belum tu ? hihi . Lyssa habis dah . Alhamdulillah ^^


Kenduri semalam buat kat rumah Opah Lyssa . Ajak lah budak-budak Tahfiz semua baca Yassin , makan-makan , minum-minum . hihi . *Yang Lyssa ni , usha-usha , jeling-jeling , pandang-pandang . pergh ! haha . 


 
Itu haa Opah Lyssa ! hihi .

 
Baca Surah Yassin ramai-ramai :)


Best sangat balik kampung walaupun tak sampai sehari pun dok situ . Pagi pukul 7 bertolak dari Penang . Pukul 10 pagi , sampai ler Tapah . hehe . Majlis mula tengahari pukul 12 lebih if tak silap . Sebelum Zohor :)


 

Nak AYAM ?? hihi . Nyumm~~Nyummm~~

 

 

Tak payah nak "CONTROL AYU" sangat lah Lyssa oiyyyyyy !


Ehem . edap betul ayam makcik Lyssa buat . haha . Kalau balik awai , boleh lah nak tolong ke apa . Ni takk  , sampai pun pukul 10 pagi . Sampai je tengok semua dah siap . hihi .
Melepas nak jadi anak yang rajin . huahua . "Rajin ke ???? "







Diorang semua dah habis makan , baru lah berani nak lepak makan-makan kat luar . muehehe . Okey , ni Lyssa ngan my adekkkk !


 
 Adik semangat makan bubur pulut hitam . ahak . Lyssa tak suka ! Kalau bubur nasi/lambuk , bagi 10 mangkuk pun Lyssa boleh habiskan oke ! Ye , betul ! Tak tipu ! hihihih =)


 

Rajin metoiii papa Lyssa tolong kemas pinggan-pinggan tuh semua . Anak dia ? Rajin jugak !
Rajin shoot semua muka orang yang lalu lalang . HAHA .


Sempat jugak Lyssa shoot budak comel ni !!



 
Geram pulak aku tengok dua orang budak ni . Picit pipi tu kangggg . Eeeee GERAM !


haha . Tapi memang syiok lah balik kampung semalam walaupun sekejap sajeee . hihi . Happy ! :P

*Lusa (27/06/2012) Lyssa balik KL pulak . Lepak sorang-sorang kat rumah maksu .
Haish ! Tak sabar nak naik bas Aeroline sorang2 ! HAHA . peace =_= 
 

24 June 2012

Lyssa Perlukan Undian Daripada Anda Sekarang ! :)

19/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Ehekk . Apa-apa pun , korang tengok video Lyssa yang tak seberapa ni kejap ehh .
Lepas dah tengok , baru VOTE ! kehkeh .







Err . Sebenarnya agak SEGAN nak upload , tapi tak kira nak upload jugak . lalala~



Haaa . So , macam mana ? Faham ke apa benda yang Lyssa dok merepek kat atas ni haaa ?
Kalau tak faham , meh nak bagitau lain . 


Baru-baru ni Lyssa ada join satu Contest Eh Levi's Curve ID Blogger's Award . Ehek . Ada kat ENTRI NI :)  Dan sekarang Lyssa memerlukan undian dari korang untuk Lyssa terus maju menjadi juara . ceh -.-'




Macam mana cara nak VOTE ? Ikut je step kat bawah ni :




1. Korang pergi ke link ini --->>>  http://www.eh.com.my/levis-curve-id-blogger-award-undi


2. Then korang tekan LOGIN HERE . Klik register to VOTE !

3. Akan keluar FORM kan ? Haa . Korang isilah dulu semuanya .


4. Dah isi . Nanti akan keluar macam ni :


 


5. Lepas tu , korang pergi check email korang (yahoo or gmail .etc) . 

6. Then click warna biru :

 


7. Ok . Apa yang perlu korang buat sekarang , korang klik icon VOTE dekat bahagian nama Lyssa . Alar .. Yang tudung WARNA KUNING tuuuuu :)

8. Then , scroll ke bawah sekali . Ada tulis VOTE blabla% kan ? Haaa . Klik kat situ !!


 


9. Klik sampai dia keluar macam ni :

 


10. Kalau dah keluar macam tu , maknanya korang dah pun BERJAYA dan teruskan mengundi untuk hari esoknya ..

11. Lepas ni , korang just LOGIN SAHAJA . Tak payah nak register dah . Oke ?


VOTE LYSSA SETIAP HARI TAU ?

Sampai 28 JUNE 2012


Mana tahu , korang bertuah nanti , dapat voucher RM300 dari Levi's !  Kan untung tuu . hihi .

Selamat mengundi dan terima kasih . ^^v


Celcom SOX Voting

22/06/2012



STICKY POST 48 jam ! Sila check blog archive untuk entry yang terbaru =)



Selepas sahaja menjelajah seluruh negeri , didapati terdapat banyak bakat-bakat baru dan persembahan yang sangat hebat ! Yeahh . Tersaangat lah hebat ! SOX 2012 , akhirnya telah mencapai tahap kemuncaknya semasa di Grand Finale yang telah berlangsung baru-baru ini . 

Tahun ini , Grand Finale yang telah diadakan pada 3 June 2012 di Stadium MABA , Jalan Hang Jebat , Kuala Lumpur telah menunjukkan pelbagai persaingan yang sengit antara para finalis :) Tahap keazaman dan keinginan yang tinggi untuk menang boleh dilihat dengan jelas terpancar pada wajah pasukan kerana mereka telah pun melakukan persembahan dengan baik sekali !

Tak kira lah dalam dance ke , drums ke , hoops ke , diorang ni semua yang terlibat telah menunjukkan bakat dan kemahiran diorang untuk terus ke Grand Finale . 

Tapi apa-apa pun , I'ts Not Over Yet !! 


Ada satu award yang paling besar untuk dimenangi dan ianya akan diadili oleh korang semua ! Yea . Korang yang tentu kan ! Siapa yang menang award ni dan inilah peluang korang untuk menyuarakan dan terus mengundi mana satu pilihan feveret korang !!


Macam mana nak undi ? Alahhh . Senang je , first sekali , korang pergi ke link ini :



Then , korang tengok lah satu-satu video yang mana korang rasa berkenan dan yang patut menang ! Yeahh . Kalau rasa video tu yang menarik dan boleh dikira sebagai juara , korang terus tekan BUTTON LIKE di video tersebut . Korang boleh VOTE (LIKE) sebanyak mana video yang korang suka . Dan apa yang paling penting , tolong sebarkan kepada semua kawan-kawan dan family korang ye , sebab tarikh untuk VOTE tutup hari ni iaitu (22 June 2012)


So , apa tunggu lagi ? Cepat pergi VOTE !!! :)

Sekian ~~

23 June 2012

♥ BEST CHILDHOOD MEMORY

23/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



 



Dah tengok gambar and dah baca dah petikan kat gambar tu ? Ahaa . Korang pernah tak ada kenangan macam ni time jadi budak kecikk dulu - dulu ?


Lyssa ada . Lyssa ada . Yahhh . Tapi , tak mustahil bagi korang jugak yang ada kenangan terbaik ni . muahaha . Best jadi budak-budak dulu . Umur tigapatlimanamtujuhlapan tahun . Nyot..Nyot..Nyot.. Minum susu sambil baring-baring tengok tv . Mata pun dah lali . Mulalah rasa nak tertidur . 


Esok paginya bangun , tetiba rasa macam mimpi ? Apsal aku tetiba je ada atas katil ni ? Padahal semalam rasanya terbujur tidur nyenyak je kat ruang tamu tu ha . Pernah terjadi tak ? Pernah terjadi tak . hihi . Siapa yang angkat masuk bilik taruk / humban atas katil ? Siapa ? Siapa ? Pari-pari kecik comel ke yang tolong angkat guna batang kayu magic diorang tu ?


Haaa . Mula ada gak fikir macam tu . Bebudak kan . Biasa lahh . Imaginasi memang kuat . Tu pun sebab terpengaruh cerita-cerita kat TV . huahuahua . Tapi , yang sebenarnya PapaAyahBapakDaddyAbah kita lah yang fenat lelah angkat kita time tu . Kan ?


HEHE . Time dulu-dulu masa ayah Lyssa angkat , ececehhh . Memang lah terasa macam ada orang angkat . Bukak mata sikit , tengokk oooo . Papaku ke ? Dan dan buat-buat lembik konon-konon tengah tidur lah tu . Punya malas nak bangun sendiri masuk bilik , last-last ayah yang tolong angkat dukung masuk bilik . HAHA . Betapa nakalnya dahku ni ye .


Eleh  , macam korang tak pernah . werkkk :P  Itu lah rasanya kenangan yang tak pernah pun Lyssa lupa sampai sekarang . hihi . Nakal ye Lyssa ! muahaha . Main - main bukak mata sikit pulak . Ntah pape . haha .


 * Sekarang tunggu nak kawen je suh suami angkat masuk bilik . Pahtu , buat-buat tidur masa kena dukung ! hahaha .



22 June 2012

Agak-agak , Bini Fernando Torres Nak Tak Bermadu Dengan Aku ??

22/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



 


Tu haaa . Torresssss said , "LOVE YOU , LYSSA" ...

Perghhh .  Tetiba cair ! huahuahua~ 

*Harap tak kena ligan dengan penyapu oleh bini kesayangan dia tu sudahh . hahaha . 

 
Related Post : GO GO SPAIN !!



21 June 2012

Jom Beli : Al-Quran Wanita ! Memang berbaloi :)

21/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Chewah . Tadi kemain semangat ye kau Lyssa . <<---  (KLIK LA -.-) . A'ahh . Sekarang semangat nak UPDATE entry baru yang lebih bermanfaat untuk kita semua . 

Serius ! Tak tipuuu . Memang bermanfaat dan banyak faedahnya . hihi .  

Seperti yang tertera tajuk di entry ini , Lyssa nak ajak korang beli Al-Quran untuk Wanita . Al-Quran ni ,  bagi Lyssa memang banyak manfaatnya untuk semua orang terutamanya kaum Hawa . Al-Quran suci yang lengkap dengan 30 Juzu' bersama terjemahannya memang menarik dan tertarik untuk korang baca dan hayati isi kandungannya . 

Korang tengok lah sendiri apa isi kandungan yang terdapat dalam Al- Quran Wanita ni :)


 

 
 




Nampak menarikkan ? Yapp . Sudah tentulah . Sebab siap ada terjemahan lagi . Tips-tips dan kisah-kisah untuk wanita pun ada jugak . Memang banyak betul manfaatnya . Rugi tau kalau tak beli .


Lyssa pun dah beli and dah baca dah sebahagian apa yang tercatit dalam Al-Quran tu . And Lyssa puas hati sebab ada Al-Quran ni . Kecik comel je . Mudah untuk Lyssa bawa ke mana-mana yang Lyssa suka . Kalau bosan dalam kereta , nak baca dalam kereta pun apa salahnya . HEHE . Daripada ternganga tidur , lebih baik baca . Dapat juga pahala ^^


Ehek . And di sini , Lyssa nak kongsikan gambar-2 Lyssa bersama Al-Quran Wanita Lyssa yang berwarna PINK-PINK gitu . Feveret color Lyssa abad ni . (ceh . dulu kemain anti ! -.-)


 Haa . Sila-sila lihat model tak berbayar ni . mueheh =)




 


Harga dia ? Murah je ! RM70 untuk semua jenis Al-Quran. Free postage untuk semenanjung.:)


Macam - macam warna ada weh ! BIRU , PINK , PURPLE . Wowww . Lagi lah menarik .

Kalau nak tahu lebih lanjut , boleh terus TEKAN SINI !!


**Kalau nak tanya apa-apa ke , PM je
Muhammad Arieffahmi ~

SEKIAN . TERIMAKASIHSUDIBACA :)


Go ! Go ! SPAIN ! Kemain Semangat Kau , Lyssa !?

21/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



Oit . Tajuk aku hari ni , kemain rancak weh . Go ! Go ! SPAIN .. Bukan Go ! Go ! Power Rangers tau . Itu masa zaman bebudak dulu minat power rangers kaler pink siap beli pedang dengan topeng power rangers lagi makk auu . muehehe .


Ni Lyssa nak bagi tau korang yang Lyssa sokong TeamSpain untuk Euro 2012 kali ni . Cehh -.-
Apa ? Ingat perempuan tak boleh minat eh bola-bola ni semua ? Ingat perempuan tak boleh berjaga malam layan boleh sampai pukul 4.30 pagi ke apa ? Oppss* Bagi siapa yang selalu on Facebook tengah pepagi buta akan nampak lah nama Lyssa Faizureen muncul di kaca lappy korang tu dengan nada semangat sokong Team itu ini . wakaka . 


Nak buktikan betapa semangatnya Lyssa ni ! Cer usya gambar gila-gila kat bawah ni . haha !


 
Ini bukan PHOTOGENIC tau . Ini PHOTO-GEDIK namanya .
Mana satu yang menjadi pilihan hati kudus korang tu ? Sila-2 pilih . hihi :)



Dah .. Dah .. Jangan usha lelama gambar-gambar tu ye . Kalau korang nak tahu , tu lah baju Spain yang baru Lyssa order dari tenet semalam ! wakakaka .  Nampak tak jiwa Lyssa yang kemain semangat tu ? haaa . kan ? Dah tahu kan ? Lyssa ni memang jenis orang yang semangat waja ! hahaha . *perasan =.=


Baju tu baru sampai tengahari tadi . Papa Lyssa tak tahu yang Lyssa beli baju ni . Lepas tunjuk kan dia , kemain lagi dia suruh Lyssa tolong orderkan dia . Mama Lyssa nak . Adik Lyssa pun nak ! Sibuk je . ishk -.-


Lepas je Lyssa tanya orang tu , tengok stok EURO dah habis . hakhak . Kesian lah kat diorang . Tak kesampaian nak dapat kan jersey Team korang ek . Tak pe , inysaAllah , kalau ada stok baru , boleh leteww order-order kan mama , papa , adik ? ^^ muehehe .


Apa-apa pun , Lyssa yakin , SPAIN yang akan menang tahun ni . wakaka . Dan untuk pengetahuan korang , Lyssa pun penyokong setia Germany , Portugal dan France !


Tapi , apa-apa pun SPAIN tetap di hati . lalalala~


Sekian sahaja / Komen lah kalau BERANI ! *_*


 
Jap ! Say cheeseeee . Nak snap kejap muka kornag yang LIKE and COMMENT this entry !


Terima kasih !! :O



Antara Blogger Yang TERGEMUK !!

21/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Cuba perhatikan gambar ni betul - betul . Kenal ke ? 







Yepp . Inilah salah satu blogger Malaysia yang tergemuk !

SEKIAN =) huahuahua~


20 June 2012

8 Perkara Mendatangkan Pahala Tanpa Beribadat ♥

20/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Jom ketahui apakah 8 perkara yang mendatangkan pahala tanpa beribadat ! huhu .

Bagi sesiapa yang tak berapa nak nampak tu , means "kurang jelas" . Boleh lah godek-godek stor cari Kanta Pembesar ye . Tak pun pergi kedai alat tulis ke cakap , Makcik , Kanta Pembesar satu ! Tak pun , guna teropong je . Ataupun cuba kecik-kecikkan mata korang yang besar tu . Mana tahu , boleh nampak dengan clear nanti . ehekk . Dahh~

Jom . Jom . Baca ! >_<



 


SHARING is CARING  . CARING is LOVING . ♥


Suka ? LIKE laaaah ~