Home
tutorial
Tips-Tips

29 November 2012

Seharian Bersama 'Pakwe Baru' !

29/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Holoww . heyp korang . Lyssa datang menghapdet entry ni . Entry ringkas yang akan dihiasi dengan gambor - gambor Lyssa dengan pakwe baru Lyssa . Siapakah 'pakwe' baru Lyssa tu ?
Kalau nak tahu , boleh terus membaca ye . 

haha . Pakwe lah sangat kan ? Nahh hambek kau tengok lah gambor2 ni sampai lobam !

 
Siap pegang tangan haku lagi okeh . Jangan jelosss :p

Memang seharian laaa haku bersama pakwe aku ni . Happy sangat . Ke mana2 dengan dia je ye . Tapi kali ni memang tersangat lah puas kalau nak dibandingkan dengan before ni . Before ni dapat dukung dia sat sat je . Tapi tadi lama haku jadi baby sitter dia . haha !

Aku teman sifu aku Ben Ashaari , dia ada job kat Petaling Jaya tadi . and disuruh jaga Qhaliff . Wahh ! Kemain happy lah aku kan ? Memang lama aku nak jumpe Si Qhaliff debab tuu . Dan tadi , lepas lah rindu haku kat budak boyot yot tu . kihkih . 

So , kalau dah kata seharian , tak sah lah haku tak hambek gambor2 budak tu . Sebab dia super duper comey wehh . Geram dengan pipi budak tuu :p Serius ! geram sangat . 





Lepas dah abes event tu , terus kami ke Alamanda . Makang makang . huish . Ben belanja Secret Recipe wokeh . Thanks ben . haha . Dan lah aku snap satu gambor budak kecik tu . Omey kan ? Omey !


 

Masa banyak lagi . Lepak - lepak pulak kami di Putrajaya . haha ! Sempat haku tangkap gambor dengan si buncit tu dalam kereta . haha . tak habes2 bergambor je aku dengan pakwe kesayangan tuu . wee ~ 


 
Ok . Dia sedang tidorr . shhhh! haha .

Whoaaa . Lepas tu , sampai lah kami kat tempat2 yang serius Lyssa tak pernah jejak . Kesian kan ? HAHA ! Tapi , best lah akhirnya dapat gak Lyssa jejak kat tempat yang dah lama Lyssa teringin nak pi . haha . 
Meronda lah kami kat situu ...


 
Jangan marah ya ben . Lyssa ter-snap gambor Ben ni haa . haha . 

 
Dan akhir sekali , gambarku yang tak bleh blah . haha . 
 

Memang puas lah seharian aku dengan budak Qhaliff Iman tu . Happy sangat sebab dapat jaga budak tu . Nasib tak meragam sangat . Kalau tak , mahu pengsan aku kat situ jugak . hahaha ...



28 November 2012

Sebelum , Semasa dan Selepas Booth Camp Carian Gadis Konfiden Kotex

28/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Huwargh . Dah 7 hari blog tak ber-update terasa macam 7 tahun dah . Ramai yang tertunggu bila la Lyssa nak update blog kan ? Sorry la . Serius tak de masa . Ni pun Lyssa tak nak cerita panjang . Entry ni Lyssa hanya nak hiaskan dengan 3 gambar je . 

Seperti yang korang tahu , minggu lepas (jumaat , sabtu dan ahad) Lyssa bersama 30 finalist Carian Gadis Konfiden Kotex bercuti ke Club Med Cherating . Ok Pengalaman yang sangat menyeronokkan di sana dengan pebagai aktiviti yang menghiasi diri kami masa tu . 

Lyssa yang tak kenal dengan sesiapa pun alhamdulillah , senang je dapat kawan masa tu sebab semua finalist tersangat lah sporting ! Friendly and tak sombong langsung . 

FULL Entry akan Lyssa ceritakan minggu hadapan , maybe . So , korang tunggu je lah heh . 
Untuk entry ni Lyssa hanya sertakan gambar sebelum , semasa dan selepas . Hoyeah . 
Tengok lah . Ramai kan ?!

 Yang ni semasa kami tak berapa kenal satu sama lain . tengok lah . tak kenal pun , macam dah kenal lama kan bila tengok gambar ni . wahaha :P

 


Yang ni pulak gambar semasa party masa booth camp tu . Happy sangat . Kalau korang tak nampak Lyssa kat mana , tu haaa . Lyssa sebelah Nad Zainal dan belakang Johan (Adam & Hawa) . haha . Cari lah !


 Yang ni sesi terakhir kami berphotosoot . Hari terakhir Hari Ahad . Muka semua happy je kan . Tapi disebalik muka yang happy tu kami rasa sedih nak tinggal kawan kat situ . Serius sedih . Macam nak pergi lagi je booth camp tu . huwargh...


 
Ok lah . untuk entry kali ni , Lyssa post yang ni dulu , nanti FULL ENTRY akan Lyssa post kan next week . Lyssa akan ceritakan sekali , siapa pemenang dalam carian gadis konfiden tu erkk . Sabarrrrrrr ....


Jangan lupa follow my instagram : @lyssafaizureen . wuwehuuuu ~


21 November 2012

Wordless Wednesday #12 | Pelangi Yang Indah







p/s : Balik dari shopping semalam , ternampak pelangi . Punya lama la Lyssa tak tengok pelangi .. Semalam baru dapat siap tangkap gambar lagi . Cantiknya !!  



18 November 2012

Majlis Persandingan BroFramestone dan Iera Kan Di Batu Pahat

18/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Wahh..Wahh.. Baru nak taip entry pasal #kahwinbro ke ? haha . Sorry ah wehh . Jari baru terajin nak menaip pasal ni walaupun kenduri #kahwinbro dah lepas seminggu . Lyssa nak story sikit je kot . Nak upload gambar banyak !

Ok . Lyssa mula heh ? Sebelum tu , Lyssa nak tanya , kenal tak ni ? Kenal tak ??


 


HAHA . Siapa tak kenal kan ? Ni lah daddy Lyssa . Opss* Bukan . Bukan . Ni lah daddy baby Qhaliff a.k.a SIFU terhebak Lyssa . SIFU tau ?? SIFU dalam dunia blogging . Siapa lagi kalau bukan Ben Ashaari . hahaha . 

Ok . Kalau korang nak tahu Lyssa pergi kenduri kahwin bro tu dengan dia lah . Ben bersama familynya yang tersayang , wife and Qhaliff. Lyssa kan stay kat Cheras masa tu ,  and pagi Ahad tu Ben ambik Lyssa kat Alamanda dan terus bawak pergi kat rumah dia sebab nak ambik wife dia dan terus bertolak ke Johor . Sebab tu Lyssa ada gambar ni dengan Qhaliff dekat rumah Ben ..

 
Awal awal pagi dah bergambor kan ? haha !


hee . Jangan jeles ! Lyssa bergambor dengan Qhaliff tau ! Pakwe baru Lyssa ni . Comey kan ? Aummm . Bertolak dalam pukul 9.30 pagi .. Sampai Batu Pahat around 12 lebih laa . Serius , memang lama betul perjalanan nak ke rumah pengantin tu . hihi . Tapi lama-lama pun serius Lyssa tak puas lagi nak luangkan masa dengan 'pakwe' Lyssa yang comel tu . auuuu . *rinduuuuuuu*

Sampai je sana , tengok pengantin tengah makan-makan . Wohoo . Meriah je Lyssa tengok . Ramai yang datang . Sampai-sampai , cari meja . Hoiyy . Meja VIP tau . Makan depan meja pengantin . haha . Layanan the best bro :P Like like like .  Dah bergelar suami ye Bro . Kak Iera lak dah bergelar isteri . Lyssa doakan korang bahagian hingga ke akhit hayat ..

hee . Lyssa tengok waaa . Ramai jugak blogger yang datang . Walaupun ramai yang kenal Lyssa and ramai yang Lyssa tak kenal . Lyssa minta maaf sesangat ye . Bukannya tak kenal  . Muka korang Lyssa tak perasan . Nama memang kenal . Muka je tak kenal . haha .

Tapi memang best lah . Alang-alang makan nasi minyak , boleh lah jumpa dengan blogger-blogger yang tak pernah Lyssa bersua muka . Jom layan gambar kat bawah ni...


 
Kami bertiga yang kat depan ni : Lyssa , Oshin dan Amalina ... Best jumpa korang . Sporting ! Masa Lyssa dah duduk , Amalina tu lah yang mula senyum-senyum kat Lyssa . wohoo . 

 
Ni Lyssa dengan Mama Maszull . Huish . Mama Maszull tegur Lyssa . 
"Lyssa kan ?"
"Iye , Lyssa .. Ni sapa heh? heeee"
Pastu Mama Maszull senyum2 tenung mata Lyssa punya lama . Malu i ...
"Ni Mama Maszull le"
"Haa . ye .. Tahuu . Tahuu ..." hehe . Serius , malu Lyssa sebab tak kenal orang . waaa..
Tersangat lah peramah Mama ni sebenarnya tauuu . Suka !! 

 
Ni pulak , Lyssa dengan Kak MiaLiana . Mesti korang kenal kan ? kan ? Kak Mia pun sporting tau . Tengok lah , siap buat peace peace kacang peace sekali tau . hoho . i loike !

 Ni ha dia , Yuyu SayeShukePink . Memang suka leteww kan . Tengok baju and tudung dia laa . Pinkish habis auhhh . hihi . Tersangat lah friendly dan berkepit dengan Lyssa je masa kat kenduri tu . hihi . Peacee :p


 
Ni Lyssa sekali kan gambarnya lah ye . Gambar yang 1st tu , Lyssa dengan Dkna
Yang kedua tu , Lyssa dengan Sis Lin (dah macam anak beranak pulak kan . hehe) dan bersama keluarga Ben Ashaari . 


Dan .. Dan .. Dan .. Semestinyalah Lyssa bersama pasangan pengantin yang secocok secocoknya lah . BroFramestone dan Iera Kan . weewittt ! Dua pasangan merpati sejoli dan si penyibuk ( berbaju pink ke-purple-lan) wahahah ...


3 orang dalam iklan ubat gigi ( masing-masing sebok nak tunjuk gigi) haha !




Heheh . Dah dah . Tu je gambor yang Lyssa nak tayangkan kat korang . Dan Lyssa doakan semoga Bro dan Kak Iera berbahagialah bersama hingga ke akhir hayat . Amin ~~~


 


LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Lyssa hargai . Tq :)


15 November 2012

Celebrate Anniversary My Parents And Birthday My Dad

15/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Huiyoo . Baru dapat update blog ye cik kak sorang ni kan ? Mood giler tak de tadi , so malam ni baru rasa bertungkus lumus nak taip ni . haha . Malam semalam Lyssa baru sampai Penang . Oh My Home Sweet Home . Aku rindu kau lah , rumah ! 

Sampai je Penang semalam my dad terus ambik lyssa kat Queensbay sebab Bas Aeroline yang Lyssa cakap tu berhenti kat Queensbay . Layan jap gambar nih ! haha . 


 
Sambil makan , sambil dengar lagu , sambil layan movie . Lepas tu tidur ! Bantal disediakan . Selimut disediakan . Memang best wokk ! :p


Ok . Dah . Dah . Lepas mama and ayah Lyssa ambik kat QB , kami terus menuju ke Batu Feringghi . Kalau korang datang Penang memang tak sah kalau tak singgah Batu Feringghi kan ? Tahu dah . Kalau malam - malam syiok jugak lepak situ . Jalan jalan cari makan . Memang banyak kot kedai makan kat situ . 

Dan semalam ayah Lyssa bawa kami pergi makan kat The Ship ! Pernah dengar tak ? Ni haaa tempat dia . Cun k . Cun !


 


Actually nak bagitau lah ni . First time lyssa makan kat dalam tuu . Serius unik dalam dia . Macam duk duduk dalam kapal nuh . Waiter semua pakai macam kelasi kapal . hihi . Smart !

Kami makan ala-alam western je . Nak makanan kampung , memang tak de lah dalam ni . Ingat nak lah jugak nasi tomyam ulam ulam ke . haha . (macam lah aku makan ulam -.-)  tak dak plak . Layan western je . 

 
Jangan tengok Lyssa . Tengok Waiter kat belakang tu . Macam Kelasi kapal kan ? haha !
 

Bukan kami 4 orang je heh . Ayah Lyssa ajak kawan dia dua orang makan sekali join kami . haha ! Layan je lah kannn .... Boleh juga jadi photographer untuk shoot gambar kami 4 orang . hihi . 

 


Apa yang kami makan ? Apa yang western sangat tu ? ehemm . Alahai . lyssa macam biasa la . order Chicken Chop je . Macam dalam --->> ENTRI NI ! haha . Adik Lyssa ngan ayah order Lamb Chop . Mama sama je macam Lyssa . haha . Nak makan benda lain , tak lalu pulak -.-


 

 Apa yang aku fokus pun taktau . Pakai tangkap ja . aiyoo  . haha !
  

Celebrate birthday ayah Lyssa . Tapi tak de lah nak buat Kek Kek bagai . Makan dinner macam ni je . Macam last year , ada lah buat kek-kek . This year , tak de . Buat kelainan sikit . Birthday ayah Lyssa 13 November . Anniversary diorang , 10 November . 

 


 

Kalau nak tahu , Lyssa memang suka bergambar pun . alah . Rasanya ramai dah tahu lah kot kan ? huahua . #GadisGilaLensa . *bajet gila* . Puihhh !

Kat atas tu la gambar my dad and my mum . Yo yo oooo je kan muka aku ! Semua sama je . Memang membajet habes lah . Macam cun sangat . Euwww . 

Ni pulak bergambo dengan my adik . Form 4 ! Budak paling mengong dalam dunia -.-" Suka sangat kacau-kacau Lyssa and buli budak kecik ni . Siyes . aku kecik dari dia -.-" Macam adik dia ...

 

 
Daddy : Makan sambil sembang , gitu lah ghupenye . hohoh :p



Itu je gambar - gambar yang nak Lyssa kongsikan . Banyak lagi sebenarnya . Gambar kat atas ni pun tak ber-edit  . Pakai masuk upload je . Tapi memang best lah makan kat The Ship tu . Nanti korang try lah makan masuk situ . tau  ? tau ? hihi .


 
Muka sama je . Tak reti nak ber-posing pun . hakhak !
(kata gadisgilalensa , membajet je -.-)



12 November 2012

Dinner Di Texas Steak House

12/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Blurppppp . Alhamdulillah . Kenyang pulak terasa lepas makan-makan di Texas Steak House dekat Town Park , Bandar Tun Hussien Onn tadi . Punya lah lama kempunan giler nak makan Chicken Chop dan tadi baru lepas kempunan tu . Lega sebab dapat juga makan . Kalau tak , air liur ni meleleh je lahh . hee . 


 


Bagi siapa-siapa yang tak tahu or tengah kompius Lyssa kat mana sekarang ni , oh yeah . Lyssa dekat Cheras . Rumah maksu Lyssa . Semalam Lyssa pergi Batu Pahat , Johor .. kenduri kahwin BroFramestone  . Tapi yang tu Lyssa cerita kat next entry la ye . Maybe hari rabu atau khamis ni baru muncul lah entry berkenaan dengan itu . Rabu ni baru Lyssa balik Penang :p hoyey .

Tadi makan sodap yang amat . Kedai ni actually baru je bukak this year . Unik jugak lah restoran ni . Cantik ! Pekerja semuanya lelaki melayu . *ehem..ehem..

Dan .. Dan .. Apa yang Cik Lyssa ni makan ye ?

Taraaaaaaa........


 


Ni lahh . Ni laah dia Chicken Chop tu . Nampak je macam biasa kan ? Tapi sedap giler hoi !
Betul . Tak tipu punye . kehkeh . 

 
 Ferever drink saya tu . Limau+Asam Boi ! Gelas dia besaq dari orang. haha . Percaya tak ? Cubalah makan kat situ :p


Makan dengan family maksu Lyssa . Kali ni Lyssa belanja . Dah selalu sangat dorang belanja Lyssa makan . Sekarang giliran Lyssa lah pulak nak belanja diorang kan ? hehe . Bukan selaluuuuu ....


 
Seafood Sizzling

 
 Fish And Chip


 Actually , terasa lapar lagi . Tapi perut dah kembung minum air asam gelas besar tu . So tak jadilah nak order lain . haha . Tapi seriusly , memang puas betul makan tadi . hihi . 



 p/s : Rasa macam tak nak balik Penang pulak . HAHA ! Esok jalan-jalan lagi :P bye koranggg ...


09 November 2012

Tutorial : Bullet Comel Di Entry Blog

09/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v



Ok lah . Hari ni terajin sikit nak buat tutorai blog . Dan tutorial kali ni terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk tukarkan bullet hitam biasa kepada icon yang comel lagi kiut . Lyssa terima request dari someone yang menyatakan : suruh Lyssa buat tuto pasal bullet comel . Jom kita tengok pertanyaan dia . 

 


Ok . Untuk memudahkan korang , korang tengok ---->> ENTRI INI <<----

Ada kan Lyssa buat bullet yang comel-comel dekat sebelah tajuk-tajuk kecil . Ada kan ?
Haaa . Itu lah yang dimaksudkan Nur Syafinas tu . Kalau bullet yang biasa , bila korang tekan benda ni , automatik akan keluar BULAT HITAM kan ?




  •   Sekarang ni Lyssa nak ajar korang tukarkan bullet tu jadi icon yang come . Macam yang Lyssa tengah buatkan sekarang ni . hihi . 


1. Dashboard > Template > Edit Html > Proceed > Tick Expand Widget Template

2. Tekan Ctrl F serentak dan cari kod ini :

]]></b:skin>

3. Ada jumpa tak ? Kalau ada jumpa bagus ! Copy kod ni pula :

.post ul li {

    line-height: 1.4em;

        background: transparent url(URL ICON UNTUK BULLET) no-repeat scroll 0px 4px;

    margin: 0.3em 0;

    padding: 0 0 0.8em 20px;

}



4. Paste di bahagian ATAS kod yang korang cari tadi tu .

*Warna merah : Korang masukkan URL BULLET . Kat mana nak dapatkan icon yang comel ?

5. Korang boleh pergi KE SINI !!

6. Klik mana-mana icon cute yang korang suka , then dapatkan URL dia . Macam mana nak dapatkan URL dia ?

7.  Lepas je korang tekan mana-mana icon yang korang , korang akan nampak yang ni kan

 

8. Haa . Klik pada download image . Lepas tu akan keluar image gambar tu , korang copy je URL yang ada kat bahagian atas sekali . Macam ni : (Copy semua sekali tau)

 


9. Lepas copy , gantikan yang yang warna merah tadi tu dengan URL yang korang copy tadi.

10. Sekarang , korang tekan PREVIEW  . Kalau tak ada error , korang boleh lah terus SAVE .

11. Sekarang ni , cuba korang belek balik entry korang yang ada bullet , try tengok . Menjadi tak ? Kalau korang tak ada entry menggunakan bullet , korang pergi kat "New Post" . Korang taip something dengan menggunakan bullet tu , then korang PREVIEW entry korang . Tengok menjadi tak ? Kalau menjadi alhamdulillah . Kalau tak , maaf saya tak boleh nak bantu awak dah ;(

=Selamat Mencuba=


 

08 November 2012

Shopping With My Mum !

08/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Seperti yang sudah lyssa janjikan kat korang dalam status di PAGE LYSSA , Lyssa kata nak update pasal lepak kuar dengan mama Lyssa kan ! Ni la dia . Taraaaaaa . Meh meh jemput baca . Rasanya selalu je Lyssa keluar dengan mama Lyssa tapi jarang update dekat blog . So kali ni dah terlebih rajin nak update pulak . 

Kalau korang nak tahu , Lyssa lebih selesa keluar dengan my mum daripada lepak keluar sekali dengan my dad and my lil bro . Sebab apa ? Haaa . Ni lah nak bagitau . Kalau keluar shopping lah kata , kalau dengan my mum , boleh la dok dalam shop tu berejam-jam pun tak pa . Kami memang sekepala . "Kaki Shopping" ! Kalau ada my dad ke , my adik ke mulalah diorang akan "potpet-potpet" . Lama lagi ?? Ishkk .. Cepat lahh .. Memang time tu rasa nak shopping pun tak de mood . Seriusly kot ! Tapi kalau dengan my mum je , tak kesah nak stay dalam mall tu sampai ke malam pun tak kesah punya . haha . Aman . Tenang je dari sebarang gangguan . Sebab tu kalau nak shopping selalu je keluar dengan mama Lyssa .

 


Itu la mama saya !! Muda tak  ? Muda tak ? Ok . Ramai yang cakap kami macam adik beradik . Adik and kakak . betul ke ? hukhuk . **terbatuk pulak**
 
Kami lepak kat Queensbay Mall tadi . Actually tujuan Lyssa petgi situ bukanlah nak shopping sangat pun . Lyssa pergi sana sebab nak beli tiket Bas Aeroline . Sabtu ni Lyssa nak turun KL . Ahad pulak Lyssa nak ke Johor . Pergi Kenduri Kahwin BroFramestoe . Jom lah ramai-ramai gi kenduri kahwin bro . hoho .



 
Ok . Ini lah tiket bas pergi and balik . Penang - KL , KL - Penang . *serius , tak sabar!*
(eksaited nak tangkap gambar dengan tiket , sampai satu tiket terbalik pun tak perasan! haha) abaikan~


Dah penat bershopping , lepas tu singgah minum and makan-makan yang ringan je . 


 


Syok betul lepak QB tadi . Macam-macam benda kami beli . Baju , kasut , seluar .. Hadiah hari jadi papa Lyssa , (lagi 5 hari je) .. woot~woot~ Sampai kering dah poket . hua3 . Kami tak keluar rumah tak pe lah . Kalau dah keluar , mulalah rasa macam tak nak balik je . haha !

 
Yup . Kalau korang nak tahu , saya memang seorang yang simple . hoho :)



Hee . Time gambar kat atas ni , dah pukul 6 petang . Rehat kat luar kejap . Then , sambung shopping lagi . haha . Memang tak tahu penat kami ni . lalalala . Pukul 8 malam baru balik rumah . *wink-wink* . Tu je nak cerita . 

Kbyee :p



Pantang Wanita , Kalau Lelaki Sebegini

08/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v




Lelaki memang berbeza dari wanita . Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan , gaya, gerak geri , penulisan dan sebagainya . Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk 
Wanita memang pantang apabila lelaki tu mendengar sesuatu cerita , menjadi cepat bosan , hilang sabar dan suka menyampuk . Ceritanya tidak didengar dengan tekun . Wanita tu punyai cerita dengak eksaitednya , boleh pulak lelaki tu menyampuk then buat muka bosan . Memang pantang ar kan ?

Memerintah
Wanita memang pantang kalau diperintah . Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, "buka pintu", "buat kopi" , "angkat kasut" dan TIDAK bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti "boleh tolong buatkan kopi" dan "tolong buka pintu tu".

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel , lelaki marah pula dan berkata , "gurau pun tak boleh".
Memang kena ar lelaki macam ni kan ? Tak pasal2 , perempuan tu boleh merajuk 3 bulan ..

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang , suka mengutuk , mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati . Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka "syok sendiri" memang membosankan . Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman , keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan , sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan . Tidak mahu merendahkan diri .

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran , lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai . Jalan yang terbaik , bila wanita tanya anda apa masalah anda , cuba luahkan kepadanya . At least , hal itu tak membuatkan wanita tertanya-tanya dan kadang tu membuatkan wanita menyampah dengan perangai lelaki seperti ini .

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang , lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik . Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan . Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya...

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran..

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa . Lelaki yang "buat dek" terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot , tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman , gurauan , berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki , peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia.. Oleh itu , anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya . Semoga berjaya!


Jom Shopping di HijrahCouture !!

07/11/2012

.Assalamualaikum


Ladies di luar sana , ada tak sesiapa yang  tercari-cari BAJU KURUNG BIASA / PAHANG / MODEN yang cantik-cantik and up to date seperti contoh gambar di bawah ni ... ??

Jom Shopping di HijrahCouture 

Terdapat pelbagai item yang menarik yang mungkin menjadi pilihan hati korang . Bukan setakat designnya yang cantik , siap ada diskaun lagi !

Dan juga pelbagai size yang ada untuk baju-baju tersebut . So jangan lepaskan peluang untuk bershopping di HijrahCouture



 


Sebenarnya , ada banyak lagi . So apa tunggu lagi , jom terus ke SINI untuk maklumat lanjut dan tengok lagi contoh-contoh baju yang lain .

Lets , Check it out !! :D




06 November 2012

Jom Join Ask.fm !

06/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Hayee korang semua . Entri kali ni Lyssa nak ajak korang semua ramai-ramai jom sama-sama kita join ask.fm . Oh yey . Rasanya ramai dah yang dah ada account ni kan ? Lyssa tahu tu . Tapi ada juga yang tak join lagi kan ?

Apa kata korang meh join ask.fm ni sama dengan Lyssa meh . Sebelum tu , Lyssa nak tanya korang ada nampak tak widget ask.fm dekat sidebar blog Lyssa sekarang ni . Ni haa . 

 


Ok . Sekarang ni sebarang pertanyaan korang boleh terus tanya direct kat situ . Itu lah tujuan Lyssa ajak korang join . Kalau korang daftar ask.fm ni , sebarang pertanyaan yang korang tanya kat Lyssa akan sampai lah jawapannya kat korang  . Tapi , kalau korang tak join , korang kena lah pergi kat profile ask.fm Lyssa tu untuk check balik jawapan . Kan macam menyusahkan .



Apa kata sekarang ni jom join ..

1. Korang boleh sign up kat sini ---->> http://ask.fm/signup 

2. Then korang fill in username , full name , password dan semua yang diminta . 

3. Lepas tekan sign up , korang isi D.O.B korang , upload image and yang diminta .

4. Lepas tekan DONE , maknanya sekarang ni korang dah ada lah account ask.fm tuu ..

5. Sekarang ni pulak Lyssa nak ajar korang macam mana nak letak kat blog widget tuu . Senang je . 

6. Dekat bahagian atas sekali tu ada tulis settings kan ? Korang klik kat settings tu dan pilih button yang tulis Widget .

7. Korang boleh pilih saiz yang korang nak and boleh tukar color kat situ jugak . Lepas dah selesai , korang copy kod yang dah disediakan kat situ . 

8. Then , pergi ke dashboard blog > Layout > Add A Gadget > Html/JavaScript 

9. Paste kan code tadi tu kat situ ...

10. Sekarang SAVE ! Dah siap . 


*Nanti kalau ada yang tanya apa-apa soalan , korang boleh lah check lepas login kat ask.fm tu . Nanti dia akan keluar satu notification . Macam facebook jugak . Sonang kan ?

Kalau ada yang nak tanya kat Lyssa pasal apa-apa je kan . Senang lah Lyssa nak answer back question korang tu . Dan jangan lupa FOLLOW ---->> ask.fm/lyssafaizureen 

Terima kasih . Siapa yang dah join , habaq mai kat comment ni ye . ohokk :p