Home
tutorial
Tips-Tips

31 December 2012

Tips : Memujuk !

31/12/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v




Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.


Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah . Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya. 



ehee . Lyssa saja nak kongsikan artikel ni kat korang . yuhuu . Bagi yag single , boleh guna kan tips ini pada masa akan datang . Untuk isteri and suami pun boleh .. eh  :)

 ** Ada lagi kat entri ini ----->> Bila Lelaki Merajuk :) 


Sekian :p



Jom Shopping di Zea Rea Boutique

30/12/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v





Hai korang semua . Now di hujung minggu ni Lyssa nak ajak korang shopping beramai-ramai di satu ONLINE SHOP ini ---> Zea Rea  . Sebelum korang klik untuk ke page tersebut , jom baca dulu apa yang Lyssa nak ceritakan dan apa yang ada di Zea Rea Boutique tuu ....

Ok . Kalau korang nak tahu , ONLINE SHOP ini akan mula launch dalam Januari next year , insyaAllah . 

Dan buat masa ini , mereka hanya menjual dress chiffon yang tak jarang (rm 35) ,
Brooch (Rm 2) dan shawl medium labuh (rm30+) . Semuanya ready stock.
Ada jugak baju korea tapi ni pre order (Rm 29 )   



 
Ada banyak lagi di ------->> SINI
Tekan button LIKE di bawah ni ya =D



Online Shop ni , fleksibel . Kalau beli banyak ,  harga boleh bincang :D

Selain itu , mereka juga ada mengambil tempahan baju untuk butik/individu seperti baju
kurung
, baju kurung pesak gantung , baju kurung pahang , jahitan lace ,
manik dan sebagainya. 

Harga tempahan baju kurung bermula Rm 35 (biasa)
dan keatas  :D  Mereka terima melalui pos . Sesiapa yang berada di sekitar Melaka
boleh datang tempah sendiri . Jangan risau, tukang jahitnya
berpengalaman berbelas tahun dalam bidang ni. Jahitan dijamin kemas ! hehe . 


Lokasi kami : Bandaraya Melaka
Page : www.facebook.com/reaaderra
blog: http://cikblablabla.blogspot.com  <----- *FOLLOW blog ini - dapatkan update terbaru
emel: diragmj@gmail.com  <----- untuk maklumat lanjut boleh terus emel atau call di
No.Tel : 012-9066091


Sekian . Sekarang pergi lah usha baju-baju yang mereka jualkan tu ;)




30 December 2012

Tips : 10 Perkara ELAKKAN Dalam Bercinta..

30/12/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v





Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang hukum , peraturan mahu pun undang-undang. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah . Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan.

Di bawah ini terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan dalam BERCINTA ..


Bercinta kerana simpati dan kasihan.
Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.

Melirik kepada jejaka/gadis lain.

Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan.

Pura-pura tertarik pada bicara si gadis.
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!

Tidak ingin kalahkan si dia.
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.

Harus sentiasa bersama.
Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?>

Rapat dengan sahabat karib si dia.
Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalau akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.

Berpura-pura tidak cemburu.
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.

Terlalu menerima sikap si dia.
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.

Memafkan sikapnya yang keterlaluan.
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang "kurang" itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.

Biarkan si dia membayar.

Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!  




p/s : Ini adalah satu artikel yang Lyssa nak share kan kat korang . LIKE kalau suka :) muehehe . Kalau korang yang sedang BERCINTA tu , Lyssa harap artikel ni membantu korang sedikit sebanyak ye . hek :O

Raikan Kulit Anda Secara Semulajadi Dengan Rangkaian Pure & Natural NIVEA Yang Baru

29/12/2012

.Assalamualaikum




Baru-baru ini , iaitu pada 13 Disember 2012 , NIVEA yang merupakan salah satu jenama produk penjagaan kulit yang terbesar di dunia telah melancarkan rangkaian Pure & Natural yang baharu dalam satu pratonton media untuk meraikan kulit secara semulajadi .


 


Rangkaian penjagaan asli yang lembut namun berkesan ini menggabungkan 8 manfaat terhebat daripada alam semulajadi untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat . 8 manfaat tersebut ialah kandungan Vitamin E tiga kali ganda lebih banyak , perlindungan tahap kelembapan dan seimbangkan warna kulit , pembaikan lapisan kulit , ciri penyembuhan yang berkesan serta kelegaan dan perlindungan antibakteria untuk kulit .


Ianya terdiri daripada siri produk penjagaan wajah , losyen badan dan deodorant . Rangkaian Pure & Natural ini mengandungi sehingga 95% bahan-bahan semula jadi seperti Minyak Argan , Gel Lidah Buaya (aloe Vera) , dan Kamomil.


 


Pelbagai siri produk yang telah dilancar pada hari itu . Ianya termasuklah Body Lotion , Cleansing Lotion , Cleansing Toner , Facial Cleansing Wipes , Moisturising and Cream dan Deodorant . Dan setelah beberapa hari Lyssa menggunakan produk daripada NIVEA ini ternyata ianya sangat berkesan . Apa yang berkesan Lyssa maksudkan di sini ialah , ternyata kulit Lyssa menjadi semakin lembap , licin dan segar sentiasa . 




Produk di atas ini bebas daripada Paraben , Silikon , Pewarna dan Minyak Mineral sekaligus mengelakkan sebarang kesan sampingan kepada kulit . Maka , produk ini memang sesuai untuk semua jenis kulit . 




Antara produk yang Lyssa sebutkan tadi di atas , Lyssa paling suka Body Lotion . Losyen ini mengandungi Minyak Argan yang membantu untuk menggalakkan kesihatan kulit ,  dan Vitamin E yang berfungsi untuk mencegah kedutan dengan meminimumkan kesan radikal bebas . Bagi sesiapa yang ingin meraih manfaat daripada NIVEA Pure & Natural Body Lotion ini  , korang  boleh menggunakannya setiap hari di atas permukaan kulit yang lembap . 


 


 




Lyssa tertarik akan baunya yang segar dan Lyssa pasti , ramai yang menyukainya juga . Apa yang paling best , losyen ini tersangat lah mudah untuk menyerap masuk ke kulit anda tanpa meninggalkan rasa melekit pada badan anda .



 
* Yang Lyssa sapukan pada muka tu , Facial Cleansing Wipes tau ..
Botol yang Lyssa pegangkan tu lah Body Lotion yang Lyssa cakap kan tadi tuu ..





Dan produk yang kedua Lyssa suka ialah Facial Cleansing Wipes .




 



Facial Cleansing Wipes ini amat sesuai digunakan oleh semua jenis kulit . Apa yang best nya , ianya dapat membersihkan muka dan dapat merasakan nikmat kesegarannya . Facial Cleansing Wipes ini juga dapat membuang segala make-up yang terdapat dimuka . Terasa segar dan nyaman selepas menggunakannya . hihi . Produk dari NIVEA memang semuanya terbaik . 


Anda boleh dapatkan nya di kedai-kedai farmasi seperti Guardian . Korang cubalah beli ^^