Bagaimana Berdepan Dengan Lelaki Pemalu ?

01/01/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v





Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali . Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk berdepan dengan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda berdepan lelaki pemalu?

1. Anda kena berani memulakan.

Walaupun Anda perempuan , Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu selama ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan Anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.

2. Gunakan cara non-verbal.

Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, Anda boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila Anda buat cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian Anda. Dia akan faham Anda betul-betul suka kat dia.

3. Malu biasanya cuma sementara.

Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila Anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan Anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ni pemalu sebab mereka kurang biasa dengan Anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan Anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.

4. Cakap pasal topik umum.

Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat misalnya membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit gambar,mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, bila dia sudah galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!

5. Santaikan wajah, santaikan suara.

Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana Anda bercerita-cerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walau mata Anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara Anda kena di santaikan – elak jadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak main peranan. Jarak diri Anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh dengar suara Anda.

Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman. 

Like and tweet kalau suka entry ini :p

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

32 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Kodet
AUTHOR
January 1, 2013 at 5:47 PM delete

Percayakah entri ini perli saya?

avatar
Uya
AUTHOR
January 1, 2013 at 5:50 PM delete

Whoahhh , ohseeeem ! x)

avatar
January 1, 2013 at 6:00 PM delete

hye dik ;)

betul. klu suka kat lelaki yg pemalu ,kita start dulu.
mcm akak,dulu berkenan kat sorang laki ni tp susah nya nak dgr dia bercakap..kawan pempuan pun xde langsung.pemalu gila.alhamdullillah kena caranya, dia dh hampir 5 tahun jd husband akk.

jgn malu start dulu! ;)

avatar
Qye
AUTHOR
January 1, 2013 at 6:07 PM delete

macam terkena ja huhu

BTW nice post :D

avatar
Atyra Pink
AUTHOR
January 1, 2013 at 6:48 PM delete

BAGUS ENTRY NI AKAK LYSSA.
LEBIH BAIK LELAKI YG PEMALU DRPD YANG TAK MALU TU.. KDG2 LELAKI YG TAK MALU NI MENYAKITKAN HATI,BETUL TAK AKAK LYSAA? =)

avatar
ct kektus
AUTHOR
January 1, 2013 at 6:48 PM delete

jaranglah nak jumpa lelaki pemalu ni lysa. :)

avatar
RaaRocherr
AUTHOR
January 1, 2013 at 6:57 PM delete

alhamdulillah, saya dah jumpa lelaki yang pemalu ni, dah hampir 3 tahun bersama. hikhik. Memang2 kita yg kena bertindak dulu.

avatar
Cik Nas :)
AUTHOR
January 1, 2013 at 7:50 PM delete

susah nak jumpa yg pemalu, kalau ada pun, mula-mula pemalu lepas tu jadi over tak malu pulak =='

avatar
Zakwan Zaki
AUTHOR
January 1, 2013 at 8:20 PM delete

Owh.... Konklusinye kene jadi pemalu la bru nampak baik... HAha... bley jdi azam tahun baru ney...

avatar
Iqa Syafiqa
AUTHOR
January 1, 2013 at 9:01 PM delete

laki pemalu dengan perempuan pemalu ? maka kdengaran bunyik cgkerik krikk3 ! ^^ haha,, malu awww

avatar
January 1, 2013 at 9:20 PM delete

fi pemalu..ahahah XD
cara ni bole try kt perempuan pemalu ka :P
btw selamat Tahun baru :D
Jangan lupa lawat kat blog fi poster 2013

syarafikamaruzzaman.blogspot

avatar
Sheila Eiman
AUTHOR
January 1, 2013 at 10:14 PM delete

boleh jadikan tipsss ni... hihihihihi..

avatar
Remy hazza
AUTHOR
January 1, 2013 at 10:36 PM delete

biar dapat lelaki pemalu dari lelaki tak tahu malu....lagi susah nak layan lyssa.....

avatar
missStrikeOne
AUTHOR
January 1, 2013 at 11:07 PM delete

thnks 4 da tips.saya sdg jatuh hati dgn lelaki pemalu skrg.semuanya bermula dgn pemberian sejambak bunga masa konvo dia.niat dihati nak ucapkan tahniah tp xsngka pemberian tu buat hati berdua bertaut..cewahhh =)

avatar
sa mic
AUTHOR
January 2, 2013 at 6:09 AM delete

lelaki pemalu nilah laki yang paling sweet . Haha malu-malu kucing getuew :p

avatar
Atirah ★
AUTHOR
January 2, 2013 at 7:55 PM delete

ha'a. bagus jugak tips ni. :)

avatar
January 2, 2013 at 10:01 PM delete

hehehe..lbh suka lelaki pemalu drpd lelaki yg bnyk ckap..^_^..bgs tip ni..hahah

avatar
Effa Nadia
AUTHOR
January 3, 2013 at 7:09 PM delete

tips ni menarik lah... hehe

avatar
MaYa MustWany
AUTHOR
January 4, 2013 at 5:27 PM delete

best kawan dengan lelaki pemalu :)

avatar
cik shuhada
AUTHOR
January 5, 2013 at 8:51 PM delete

HAHA...mcm yg sy tgh alami je..tp cmne kalo laki tu pemalu n sy pn pemalu...heww heww...

avatar
Cahaya Aisyah
AUTHOR
January 13, 2013 at 3:05 PM delete

harhar ! nak try laa , mna tahu mnjadi ! hihi ~~

avatar
titan
AUTHOR
January 21, 2013 at 7:45 AM delete

macam tu la plakk..

avatar
Aku Penghibur
AUTHOR
January 31, 2013 at 2:43 PM delete

kenapa entry nie lebih kurang cm ayat aku di ->http://www.akupenghibur.com/2012/05/maaf-saya-seorang-lelaki-pemalu-yang.html ,,fuhh stress

avatar
Aku Penghibur
AUTHOR
January 31, 2013 at 2:50 PM delete

entry nie samalah dengan entry acik di ->http://www.akupenghibur.com/2012/05/maaf-saya-seorang-lelaki-pemalu-yang.html

agk kecewa bila tak credit untuk blog saya.. yelah blogger tak famous cm saye nie sape lah :"(

avatar
Aku Penghibur
AUTHOR
January 31, 2013 at 9:20 PM delete

lyssa yeke ...acik minta maaflah ckp cm gitu gn lyssa ... cuma terkejut saje... sekali lagi acik minta maaf yer lyssa ... ishh malu sendiri ...tutup muka :(

avatar
TanpaNamaDer
AUTHOR
March 15, 2013 at 3:54 PM delete

mcm terkena kat gua jer :P

avatar
CIK i l y
AUTHOR
April 9, 2013 at 7:29 PM delete

lagi suka kacau2 dia.. hehe!

avatar
Azie Lynna
AUTHOR
August 4, 2013 at 6:09 AM delete

Saya dh jumpa lelaki macam nih. Dah 2tahun kenal :) lelaki pemalu selalunya setia.

avatar
April 11, 2014 at 5:59 PM delete

Sy lelaki yg pemalu... hehe.. ad yg suka x?

avatar

Google+ Followers