Home
tutorial
Tips-Tips

12 January 2013

Isteri Dibogel Geng Lepak

12/01/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Akibat tindakan suami menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan perumahan di Jalan Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel sebelum gambarnya dirakam selain disamun wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan.

Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.
Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.

“Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya.

“Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.

Siti berkata, kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang disimpan di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.

Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau penduduk selepas mengambil minuman keras.

“Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : Hmetro

Tu lah dia manusia zaman sekarang . Betapa kejamnya kan ? Pantang "ditegur" , mulalah jadi macam-macam . erhm . Dunia .. Dunia ... -.-"

28 000 orang Pengomen Terhebat !!:

Izzatien noorfaizahmuthmainnah said...

sadis amat ....wah..wahh.... zaman skarang bnyk manusia ya ga punya hati, #salam kenal kak lyssa

Mohd Zuhri said...

kejam la org tuu

Nurmujahidah Ismail said...

dunia dunia,, dalam rumah pun dah tak selamat,, apatah lagi di luar rumah,,

Solehah Shamsuddin said...

hoii kejam diorang ni. hilang kewarasan akal la tu.huhu

nurdani said...

kalau orang jenis macam tu, jangan sekali2 tegur. orang sekarang pantang ditegur, naik parang. bahaya

Masya said...

ya allah apa nak jadilah manusia mcm ni.. x blh ditegur.. yer... menakutkan jer..

Izzatien noorfaizah muthmainnah said...

hahaha manusia jaman skarang sungguh terlalu. manusia kaya gitu ga pikir akhiratnya #assik

Azyyati Zulkifli said...

Ya Allah .. bru kne tgur je .. da sampai mcm tu skali .. masyaALLAH ..

ohcikgu said...

budak sekarang ni..memang tak makan samana..tangkap aje mereka ni.

gummybear said...

rasa dh x selamat je dunia ni skrg..mcm2 perkra yg menakutkan berlaku..nauzubillah..

gummybear said...

rasa dh x selamat je dunia ni skrg..mcm2 perkra yg menakutkan berlaku..nauzubillah..

victoria agumo said...

org mcm ni la perosak bumi..ya Allah lindungi la kami semua

Lady Wanda said...

ada nak jadi skrg ni! mintak jauh dari kejahatan...

Cik Fie said...

dunia oh dunia :(

Atirah ★ said...

dunia akhir zamannnnnnnnnn.

azlan azmi said...

apalah nak jadi kesian makcik tu T_T smoga si pelaku diberikan hidayah dan pertunjuk dan kembalik kepada Nya..

http://mrrightonblog.blogspot.com/

Haira Schamyra said...

Astagfirullah ! Apa kehel lha !

penyuluh perikanan said...

sedih sekali ceritanya
Postingan yang sangat menarik
selamat siang saudaraku, ini kunjungan dari Indonesia, dalam rangka silaturahmi
salam sukses untuk semua saudaraku .....
terima kasih, jangan lupa singgah balik
ditungggu

Nabila Izzati said...

kejam gila.

Effa Nadia said...

kejamnya manusia zaman sekarang...

Cahaya Aisyah said...

kejamnya !

MaYa MustWany said...

makin bahaya zaman sekarang ni :(

Remy hazza said...

teruk tu...siap dah tahu sapa yg punya angkara....... senang kerja polis ...tapi kalau terlewat..kasihan kat perempuan tu...takut terlepas rakaman video tu....

khairul akmal bin azman said...

BODOH LA BUDAK2 SEKRANG...!

KEJE MALAS..

CARI DOSA JE..

Linda Lyn said...

orang2 sekarang dh x mcm dulu. jenayah kt sana sini. dlm rumah sndiri pun dh x rasa selamat.

TanpaNamaDer said...

dunia akhir zaman :(

CIK i l y said...

seram !! mcm2 budak zaman skrg .

NNR said...

Duniaaaaaaaa oh duniaaaaaa :/