Lori Bergerak Sendiri , Rempuh Dua Buah Kedai

01/02/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


 




Segamat: Sebuah lori tanpa muatan yang dipercayai mengalami kerosakan brek bergerak sendiri ke depan sebelum merempuh dua kedai di Jalan Gemas Baru di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, kedua-dua kedai berkenaan rosak, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Pemandu lori yang hanya dikenali sebagai Man, berusia50-an berkata, kenderaan berat berkenaan kerap dihantar untuk pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).



“Saya memberhentikan lori di depan kedai serbaneka untuk membeli air dan baru beberapa langkah, saya terdengar dentuman.

“Saya menoleh dan mendapati lori merempuh dua kedai menyebabkan struktur premis berkenaan rosak,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai berkenaan Hong Choi Woon, 46, berkata, ketika kejadian, dia belum memulakan perniagaan.


“Saya dimaklumkan rakan berkaitan kejadian dan bergegas ke lokasi untuk melihat apa yang berlaku.

“Kerugian akibat kejadian membabitkan kerusi, peralatan elektrik serta barangan jualan. Bagaimanapun, apa yang menyedihkan, bangunan lama ini yang diwarisi keluarga rosak teruk,” katanya.


LF : Fuuuuuuhhh . Disebabkan masalah brek lori tu , habis dua buah kedai lama yang diwarisi keluarga rosak teruk . Eeee , memang rasa sedih laa kan bila kedai yang diwarisi keluarga kita boleh rosak teruk secara tiba-tiba macam tu . Memang tak dapat dijangka akan jadi macam tu . Apa-apa pun ,benda dah jadi , memang tak boleh patah balik masa tu ... Redha je lahh ... Tapi ini semua peringatan kepada diri kita juga , service kenderaan kita selalu . Pastikan , sebelum kita meninggalkan kenderaan kita di mana-mana , tarik handbreak tu . Nanti tak pasal2 , dah jadi macam kejadian lori kat atas ni kan ? So , be careful.

Sumber : Hmetro 

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

18 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Unknown
AUTHOR
February 1, 2013 at 9:49 AM delete

Teruknya~ mcm mna lah break bleh x bfngsi

avatar
ANISRAHIM
AUTHOR
February 1, 2013 at 9:57 AM delete

MasyaAllah. Ade maut ke?

avatar
HanNis SaNia
AUTHOR
February 1, 2013 at 9:57 AM delete

sekarang memang kene berjaga2. klw kita je bw kete elok2. tp pemandu lain lalai xguna gk kn?? huhu sm2 la beringat. kesian org lain

avatar
Cik Fie
AUTHOR
February 1, 2013 at 10:13 AM delete

Astaghfirullahaladzim :(

avatar
fynuraqilah
AUTHOR
February 1, 2013 at 11:09 AM delete

sabarlah pada mereka yang terlibat.
untuk yang lain, jadikan kes ni sebagai peringatan untuk lebih berhati- hati :)

avatar
Unknown
AUTHOR
February 1, 2013 at 11:43 AM delete

astagfirullahalazim..:(

avatar
Unknown
AUTHOR
February 1, 2013 at 12:32 PM delete

teruk tu.... bagunan warisan musnah...tapi nasib baik takde kemalangan nyawa....

avatar
Unknown
AUTHOR
February 1, 2013 at 1:46 PM delete

Fuishhh ! Dahsyattt :o

avatar
February 1, 2013 at 4:26 PM delete

Ni lah padahnya kalau tak tarik break btl2. Urmmm

avatar
Unknown
AUTHOR
February 12, 2013 at 1:32 PM delete

Teruk jugak kerosakan bangunan tu kan...
Syukurlah tiada kemalangan jiwa atau kecederaan...

avatar
AIN sheda
AUTHOR
April 9, 2013 at 6:18 PM delete

ish ish ish.. handbrek x turun kot..

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon