Home
tutorial
Tips-Tips

28 January 2013

Jangan Marah !!

28/01/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v





Bagaimana rasa kita bila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita ? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan keperibadian atau karier kita ? Jawabnya… JANGAN MARAH!

Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita.

Menurut ajaran Islam , kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”

Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.

Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.

Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.

Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!

Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya.
Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!




 


24 January 2013

Blog Bau Hapak !

24/01/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v





" Wuuu . Uchukkk !! Uchukkk !! Bau apa nih ? "  o..O

"HAPAAAKKKKKK nye !"

Ohok . Ni la 1st expression Lyssa bila bukak link https://www.blogger.com/
Sejak bergelak "Student" ni , blog pun dah terabai . Sampai hari ni , baru start balik bukak blog since 14hb hari tu .. Kira dah 10 hari lah kan ? Terasa macam dah tak reti dah dahku nak menaip . Serius , jejari dahku dah keras . Tak selembut dulu dengan entry-entry yang 'gempak' lah konon , jiwang , berguna and banyak setiap hari . hua3 . "dramatissss gilerr -.-" damn .

Dan secara jujurnya Lyssa nak bagitau , baru semalam Lyssa sentuh laptop Lyssa ni tau . 
Tu pun bukan bukak blog pun . Just bukak facebook je . haha . INI SERIUS OK ! Nampak tak muka serius Lyssa neh . Nampak tak ? Nampak tak ?

Kalau dulu , 24 jam , jejari tak lekang bersama keyboard laptop kesayangan ni . Tapi sekarang , 'kitorang' break sekejap disebabkan hal hal yang tertentu . Hari ni baru 'kitorang' kaple balik setelah sekian lama menyepi . ergh . 

Blog yang bau hapak ni , akan Lyssa spray kan balik menggunakan Febreze Ambi Pur . So , bagi siapa-siapa yang selalu jenguk blog Lyssa ni , nanti korang akan terasa kebauan kewangian nya . haha .

Dan ada yang tanya Lyssa , mana hilangnya pergi "shoutbox" kat blog Lyssa ni kan ?

Oh ye . Lupa nak bagitau , buat sementara waktu ni , Lyssa nak hide kan sekejap ye .
Tunggu bila Lyssa betul-betul free baru Lyssa akan letakkan balik yaw . Alolo . Kesian kat korang . Nak tanya apa-apa pun susahkan ? Nak BW pun tak tahu nak singgah taip kat mana kan ? Sorry . Sorry .

Disebabkan hidup sekarang dengan kebusy-an yang melampau , terpaksalah Lyssa buat macam tu . Sorry again . Dan ada yang tanya , sekarang ni Lyssa study kat mana kan ? Err . Rasanya tak perlu tahu kot . Tak penting pun . haha !

So , lepas ni .. Kalau blog lyssa berbau hapak lagi , korang spray la guna 'spray otak' korang dengan menyumbangkan idea-idea yang bernas dengan mengomen setiap entry Lyssa yang tersedia ada dalam blog ni ye ! hua3 .   'Ini bukan paksaan okeh '

Dan akhir sekali , Semoga Maju Jaya . Happy Blogging ! yach >_<


14 January 2013

NIVEA Pure & Natural Cover Photo Contest (Facebook)

14/01/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v



Terdapat satu Pertandingan Foto (Facebook) yang dianjurkan oleh NIVEA Malaysia . Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai produk dan manfaat bahan-bahan iaitu ( Minyak Argan , Kakomil , Aloe Vera dan lain-lain) yang terkandung dalam produk NIVEA  .


Melalui pertandingan tersebut , anda berpeluang memenangi wang tunai  sehingga RM 6,000 beserta produk NIVEA Pure & Natural . Pertandingan foto ini akan berlangsung mulai 3 Januari 2013, 12:00 AM hingga 28 Februari 2013, 11:59 PM .

Sila ke link ini ----> https://www.facebook.com/mynivea/app_464719020233968 untuk menyertai pertandingan ini .


Apa yang perlu anda lakukan ialah :

1.    LIKE Fanpage NIVEA Malaysia terlebih dahulu sebelum ke App tersebut .
2.    Peserta juga akan diberi voucher  RM3 selepas LIKE Fanpage NIVEA Malaysia .
3.    Kemudian tekan “JOIN NOW” . Isi form registration dan tekan button NEXT .

 
Step 1 : Plilh salah satu template Cover Photo .
Step 2 : Pilih dan masukkan Foto Profil anda samada dimuat naik dari komputer atau album Facebook.
Step 3 :Pilih hiasan ramuan produk Pure & Natural seperti Argan Oil, Aloe Vera, Chamomile
Step 4 :Pratonton Cover yang telah dipilih dan hantar.





Jika anda ingin mengubah foto pilihan , anda boleh kembali ke langkah-langkah sebelum ini sebelum menghantarnya.


Kemudian anda perlu memilih Pick A Pic badge profil anda dengan pilihan-pilihan lencana yang telah diberikan bersesuaian dengan foto anda. Kini baucar anda telah menjadi RM 6 kerana menyertai NIVEA Pure & Natural . Anda boleh cetak baucar dari komputer anda atau dihantar melalui emel anda :)


Nanti foto anda akan dipaparkan di bahagian Gallery dan anda boleh menyuruh kawan-kawan anda untuk VOTE anda dalam pertandingan ini :


 



Semakin tinggi jumlah orang yang VOTE anda , semakin berpeluang anda untuk memenagi hadiah – hadiah tersebut . Jadi , jangan lepaskan peluang . Lyssa sudah join , anda bila lagi ? hee ! 


*Jangan lupa VOTE Lyssa jugak >_<
 




12 January 2013

Tutorial : Letak Gambar Instagram Di Sidebar Blog

12/01/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v



booo .. Lyssa .. boo .. boo .. Baru nak update pasal tutorial blog ke ? ngeh2 . Sorry ah geng , baru ada kesempatan nak buat tutorial . Ni pun tutorial yang simple je . 

Kali ni Lyssa nak ajar korang macam mana Cara Nak Letak Gambar Instagram Di Sidebar Blog .. Alaa . Macam kat sidebar blog Lyssa sekarang ni laa . Tengok ni :

 

Nampak tak gambar banyak banyak dekat Contact Me Icon tu ? Itu lah gambar-gambar dari instagram . Setiap kali korang post gambar kat instagram , automatik akan terkeluar gambar-gambar ni kat blog korang . So , bagi sesiapa yang ada instagram , kalau nak buat  boleh ikut step kat bawah ni okeyy ?


1. Dashboard  > Layout > Add A Gadget >Html/JavaScript

2. Copy kod ini :

<center><center><a class="followgrambutton" username="lyssafaizureen" rel="232149750" href="http://followgram.me/lyssafaizureen">Follow @LyssaFaizureen</a><script type="text/javascript" src="http://external.followgram.me/v1/follow/js/"></script></center><iframe src="http://widget.stagram.com/in/lyssafaizureen/?s=70&amp;w=2&amp;h=2&amp;b=1&amp;p=5" allowtransparency="true" style="border:none;overflow:hidden;width:169px; height: 154px" frameborder="0" scrolling="no"></iframe>
</center>

3. Paste kod di atas di bahagian Html/JavaScript tu .

4. Kemudian , tukarkan warna merah tu dengan USERNAME korang untuk instagram ..

5. Then , SAVE !

6. Tengok blog korang sekarang , ada tak gambar-gambar dari instagram , kalau ada tu korang berjaya la . Warna biru tu pulak , korang boleh tukar mengikut kesesuaian size di sidebar blog korang tu ek . Yang ni pandai2 korang la nak besarkan ke , atau kecilkan ...

K. Sekarang ni korang berjaya kan ? Dan jangan segan silu untuk FOLLOW INSTAGRAM LYSSA FAIZUREEN ye . terima kasih :)

Selamat Mencuba =)



Isteri Dibogel Geng Lepak

12/01/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Akibat tindakan suami menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan perumahan di Jalan Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel sebelum gambarnya dirakam selain disamun wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan.

Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.
Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.

“Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya.

“Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.

Siti berkata, kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang disimpan di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.

Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau penduduk selepas mengambil minuman keras.

“Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : Hmetro

Tu lah dia manusia zaman sekarang . Betapa kejamnya kan ? Pantang "ditegur" , mulalah jadi macam-macam . erhm . Dunia .. Dunia ... -.-"

04 January 2013

Cara Lelaki Menguji Wanita

04/01/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v





Lelaki... walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.

Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.

Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.
1.Adakah si dia materialistik? Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah

Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah

Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

 
2.Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu.
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan
cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji
dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya.

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu

Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.


3.Hubungan bekas teman lelaki. Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki

Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.


4.Mengukur tahap kesetiaan. Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
 
Pergi melancong 

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

  
*Hee . Entry ini sekadar nak berkongsi dengan anda je . Like kalau suka . Comment if rasa nak comment .. *mengharapkan comment anda .  hahar . Bubyee :p