Home
tutorial
Tips-Tips

27 February 2013

Alhamdulillah , Blog Lyssasecret Dah Kembali OK !

27/02/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Heeeeeee . Nampak tak ? Nampak senyuman melebar kat wajah Lyssa sekarang ni ? wahaahaa . Happy kemain saya sekarang ni sebab dah boleh update blog macam biasa .


 


Yuhuu . Lyssa tahu , dah seminggu blog Lyssa tak boleh bukak kan ? Ramai yang tanya Lyssa kat page , facebook , twitter , email , whatsapp Lyssa , BBM Lyssa pasal blog Lyssa yang tak boleh nak bukak tu  . Perghh ! Sungguh prihatin korang ek . *Sumpah terharuuu !

Err . Tapi atas bantuan beberapa blogger pakar dalam hal hal ni , alhamdulillah blog Lyssa dah kembali seperti biasa .


Pengalaman sepanjang blog Lyssa Faizureen "koma" seminggu 


Nak story kat korang ni , kenapa tiba-tiba blog Lyssa "koma" ek . haha. Actually blog Lyssa tiba-tiba tak keluar bila korang tekan link www.lyssasecret.com ni sebab tarikh domain blog Lyssa ni dah expired laa . Expired kalau tak silap masa 20 Feb 2013 hari tu . Maknanya dah seminggu lah kan ?

Ok . Lyssa cerita dari mula lah ek . Mana Lyssa dapat domain www.lyssasecret.com tu ? Ok laa . Mungkin ramai yang dah tahu . Bagi yang tak tahu tu , sebenarnya Lyssa mula ada domain tu semenjak 20 Feb 2011 lagi . Itu pun sebab Lyssa ada menang satu Pertandingan Blog Tercantik . Dan hadiahnya dapat lah domain kan ... So domain Lyssa tu didaftarkan atas nama orang lain . Jadi , disebabkan orang tu tak berapa nak alert akan ke-expired-an domain Lyssa ni , maka dengan itu tak dapat lah korang nak access masuk blog Lyssa .

Maksudnya di sini , domain lyssa tak berbayar or tak di-renew-kan . Lyssa dah try cari pemilik yang mendaftar nama blog Lyssa tu akan tetapi malangnya tidak ku jumpa batang hidungnya . haha . Facebook dia dah diactive , try call nombor dia pun dah tak aktif , email dia pun dah tak berbalas . Serius Lyssa cakap time tu memang buntu and tak ketahuan hala and tak tahu dah nak buat apa . Macam-macam fikir time tu ... 

" Takkan la lepas ni aku bersara je dari jadi blogger " . haha . Boleh terfikir macam tu sekali woo . 

Lyssa ada mintak tolong beberapa blogger ni ... Ben Ashaari , Abg Zul Azizi , Kak Innanie Ariffin , Feroz Othman ...

Semua sekali sedikit sebanyak ada jugak yang tolong Lyssa settlekan masalah ni . Ben , sifu Lyssa tu pun ada jugak usahakan tapi lastly tak boleh jugak sebab bila email , pihak NetKL kata , walau macam mana pun , pemegang akaun tu jugak yang kena contact walau nak renew or apa-apa sekali pun . Err . 

Masa tu pulak memang orang yang mendaftar domain Lyssa tu tak muncul - muncul . Mulalah kebuntuanku semakin melanda .  Nasiblah ada Abg Zul Azizi ni bantu Lyssa settlekan semua sekali . Dia cari sampai dapat pemegang domain Lyssa tu . Sampaikan semua beliau uruskan . Sumpah , rasa terharu yang teramat sangat ! Umm . Beliau sanggup uruskan semua semata-mata nak tolong Lyssa . Berhubung dengan netKL, berhubung dengan pemegang domain tu . Sampaikan nak settingkan domain kat blog Lyssa ni pun beliau yang tolong buatkan tau . hikhik . *terharuuu* Terima kasih sangat2 ! 

Nak promote kejap ! Masuklah blog beliau , ada jual kucing yang comel- comel . Montel-Montel , gebu - gebu gitu weh ! SINI --->> http://mylovely-cats.blogspot.com/

Dan tak lupa juga thanks juga kepada pemilik blog hasrulhassan.com <--- (baca la!) yang sanguup buat entry mengenai apa yang dah terjadi pada blog Lyssa . Thanks ! At least orang tahu juga apa masalah blog Lyssa ni kan ? :p

Dan sekarang , blog Lyssa sudah direnewkan . And lepas ni dalam bulan 5 , insyaAllah domain www.lyssasecret.com tu akan dipindahmilikkan ke atas nama Lyssa Faizureen ! Yeahhhhh xD


Pengajarannya di sini : Bak kata Ben Ashaari , mereka yang nak buat giveaway dengan memberikan domain ni perlu tau prosedur yang betul . Pastikan hadiahnya tidak memudaratkan pemenangnya nanti. Kalau tak , jadi laa macam Lyssa ni haa ;p

hihi . Apa-apa pun , lepas ni korang boleh dah belek satu persatu TUTORIAL BLOG LYSSA ni kan ? Selamat menggodek-godek :p tata .
 

19 February 2013

Eh , Saya Dapat BR1M 2.0 ?

19/02/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Ehem .. Ehem .. Terima kasih lah anda semua kerana memberikan respond yang cukup baik dalam entry yang lepas ... ----> KLIK SINI ...

Bagi entry tu nanti Lyssa sambung ceritanya di entry akan datang okey ? InsyaAllah . hihi .

Ok . Seperti tajuk yang korang nampak kat atas ni ... 

" Betul ke , saya dapat BR1M 2.0 tu ?" <<--- lebih kurang lahh .. haha !

heh . Ni yang ceq nak habaq mai kat hampa semua ni :p haha !

Tadi petang , my mum BBM kata Surat BR1M 2.0 baru je sampai tadi kat rumah . Now Lyssa kat tempat lain . Jauhh . Surat tu tertulis yang Lyssa kena claim duit tu esok !

Pergh . Esok weh ! Esok ! 20 FEB 2013 - (RABU) (3.00 PETANG)


 
**Paksa mama snap picture surat BR1M tu , semata2 nak masukkan dalam blog**
Hebat betul mama , sepantas kilat dia terus snap and send . haha . 


Dah tu , cuba korang baca kat surat tu tulis apa ?

TIDAK BOLEH DIWAKILKAN kepada ahli keluarga atau kepada sesiapa sahaja .

Fuhh ! Siap bold and underline lagi tu . 

Dah tu , macam mana tu ? Lyssa bukan ada kat Penang pun sekarang ni . Takkan nak lari esok balik Penang pastu , datang balik . Fenat k, fenat . 

RM250.00 tuh ? Sape nak kasikan FREE - 2 je gitu . HAHA . Last year ada la Lyssa apply kat e-brim dan alhamdulillah , permohonan tu berjaya  . Tapi , apakan daya , Lyssa tak de kat Penang ... Tak tahu nak fikirkan macam mana lagi kan . Kena bawa bersama kad pengenalan pulak tu .. aduy -.- macam-macam :/ 

Tapi kan , kalau ada rezeki Lyssa , ada la tu dapat . Kalau tak de, nak buat macam mana kan . Redha and tawakal je lah  . heee .


*mula la fikir macam-macam nak beli dengan duit tu ... Oppps :p Nak beli ape ekk . ngehngeh .
 

18 February 2013

Subject ?


18/02/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v







Haaa . Oke . Lyssa mulakan dari awal lah ek . 1st entry mengenai subject yang Lyssa ambil ?

Cuba korang perhatikan gambar kat atas ni . Agak-agak korang , Lyssa ambil kos apa sekarang ni ? Hihi . Subject-subject for 1st sem nih . Hihi :)

Jawab , jangan tak jawab :)



17 February 2013

Banyak Betul Ek ? o.O

17/02/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


hehe . hai awak semua . Masih ingat lagi tak entry yang ini ? --->> Pergh !!

Ingat kan ?  Di mana entry yang isi nya ZERO dan semata-mata nak mintak cadangan dan pendapat korang mengenai apa yang perlu Lyssa updatekan dalam blog ni kan ?

Actually , saja je Lyssa nak tengok idea-idea beras daripada korang tu . Bila Lyssa belek balik komen-komen dari entry tu , "Banyak Betul Ek ?" Sampai pening nak pilih yang mana satu yang terbaik . ekeke . 





Ada yang suruh Lyssa update pasal Lyssa study kat mana lah , kehidupuan sebagai seorang student lah , update lagi tutorial-tutorial blog lah , update pasal tips cinta lagi lah , buat segmen lah ,  update pasal boy Lyssa lah .. (masa bila pulak aku ada boy ? -.-") umm . Macam -macam . Memang banyak idea yang terkeluar dari kotak hati pembaca blog ni . Terharu dan teruja sangat . Terima kasih ek .

Bila dah banyak idea , banyak lah pulak rasanya nak pilihkan ? Dan semakin banyak dan bertambah pening la kan . haha . Tapi , tak mengapa , Lyssa akan cuba sedaya upaya Lyssa untuk update blog dari masa ke masa .

Cuma Lyssa bukannya Lyssa yang dulu lagi di mana 24 jam mengadap laptop and update blog blog blog . Lyssa sekarang busy mengadap buku je haaa . haha . 

Akan sambung cerita tu pada entry yang akan datang . Chill . K , byee :p



15 February 2013

Pergh !!

14/02/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v



Pergh..Pergh..Perghh..

Dah cukup 2 minggu baru nak update blog ek makcik oiy .. A'ah . Konon blog under construction lah sangat kan . Padahal benda tu dah settle lama dah pun . Cuma mengada-ngada tak nak update belog . hehe *maaf .

Mesti ada yang TENSION TAHAP KUASA 5 kan ? Bukak je link www.lyssasecret.com , keluar entry yang sama je selama 2 minggu  . puihh . HAHA . Memang tak tahan . Kesian belog ni dah terabai . (agak-agak  , kalau Lyssa nak korang ambil alihkan update blog ni setiap hari agaknya ada tak yang nak ? hua3!) .

Umm . Sorry lah bagi yang ternanti-nantikan update blog dari Lyssa . (ada ke pun yang ternanti2 kan ? Perahsantan betul aku ni ) Ampun bukk . Ntah kenapa dah terasa terlampau busy lak akhir2 ni mengalahkan PM . huhu . 

Konon dalam entri ni ada mengatakan yang Lyssa akan update selalu . Konon tak nak hapakkan lagi bau blog ni . Padahal -.-" ergh . Ntah lah . 

Bila time ada mood nak update , mulalah banyak pulak halangan kan . Masa pulak asyik mencemburui kita pulak kan ? err . Sangat sakit hati ini . 

Ni pun update sebab nafsu nak menaip tiba-tiba melonjak tahap maksima sebab tu gagahkan diri jugak taip entry ni . Padahal , isi ZERO . Tak ada apa-apa point pun sebenarnya nak khabor . haha . 

Tapi  , hopefully .. Bagi yang terbaca entry ni , Lyssa harap korang bagilah pendapat or cadangan entry apa yang korang nak Lyssa update kan ? Kalau Lyssa berkenan , Lyssa akan cuba update and linkkan sekali blog korang dalam entry2 yang bakal muncul lepas ni .

Lagi ramai , lagi bagus . Boleh lah Lyssa update 23 456 entry dalam masa sejam kan ? haha . K . Byee xD

01 February 2013

Blog Under Construction !

01/02/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


 


Haaa . Nampak apa yang tertulis dekat blog Lyssa sekarang ni ? BLOG UNDER CONSTRUCTION ! Yep . Memang under construction pun . Tak tahu apa masalah blog Lyssa ni . Dah sebulan lebih dah satu prob ni tak dapat nak settlekan lagi . 

Feed blog Lyssa tak berfungsi . Ntah kenapa tiba-tiba je jadi macam tu . Ingat ke blog ada nak update apa-apa ke kot effect pasal tu . Tapi tunggu dah sebulan , benda sama je . Tak function juga feed Lyssa tu . 
Tanya sifu Lyssa , dia kata cuba jadikan blog ni ke default balik . Means revert jadi basic balik . 

Tu yag korang tengok blog Lyssa sekarang ni dok tunggang langgang kan ? Sorry la bagi yang masuk blog Lyssa and tercengang tengok berserabut gila . Hope korang okey buat sementara waktu ni ye . Tak lama . Kejap je . Lyssa ingat nak tunggu sampai esok . Kalau jadi jugak macam tu , err . Lyssa akan fikirkan cara lain ok ?

Bagi siapa-siapa yang rasa boleh tolong settlekan masalah Lyssa ni , dipersilakan . Bantuan anda amatlah Lyssa hargai . Terima Kasih =)

**UPDATE** Settle dahhhh xD



Lori Bergerak Sendiri , Rempuh Dua Buah Kedai

01/02/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


 




Segamat: Sebuah lori tanpa muatan yang dipercayai mengalami kerosakan brek bergerak sendiri ke depan sebelum merempuh dua kedai di Jalan Gemas Baru di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, kedua-dua kedai berkenaan rosak, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Pemandu lori yang hanya dikenali sebagai Man, berusia50-an berkata, kenderaan berat berkenaan kerap dihantar untuk pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).



“Saya memberhentikan lori di depan kedai serbaneka untuk membeli air dan baru beberapa langkah, saya terdengar dentuman.

“Saya menoleh dan mendapati lori merempuh dua kedai menyebabkan struktur premis berkenaan rosak,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai berkenaan Hong Choi Woon, 46, berkata, ketika kejadian, dia belum memulakan perniagaan.


“Saya dimaklumkan rakan berkaitan kejadian dan bergegas ke lokasi untuk melihat apa yang berlaku.

“Kerugian akibat kejadian membabitkan kerusi, peralatan elektrik serta barangan jualan. Bagaimanapun, apa yang menyedihkan, bangunan lama ini yang diwarisi keluarga rosak teruk,” katanya.


LF : Fuuuuuuhhh . Disebabkan masalah brek lori tu , habis dua buah kedai lama yang diwarisi keluarga rosak teruk . Eeee , memang rasa sedih laa kan bila kedai yang diwarisi keluarga kita boleh rosak teruk secara tiba-tiba macam tu . Memang tak dapat dijangka akan jadi macam tu . Apa-apa pun ,benda dah jadi , memang tak boleh patah balik masa tu ... Redha je lahh ... Tapi ini semua peringatan kepada diri kita juga , service kenderaan kita selalu . Pastikan , sebelum kita meninggalkan kenderaan kita di mana-mana , tarik handbreak tu . Nanti tak pasal2 , dah jadi macam kejadian lori kat atas ni kan ? So , be careful.

Sumber : Hmetro