#1 Entry Pilihan Lyssa Minggu ini : Ingin Diri Kelihatan Cantik ?

.Assalamualaikum

Ok lah . Straight to the point . Mulai dari sekarang , setiap Hari Ahad , Lyssa akan pilih SATU entry terbaik untuk tatapan semua . Bagaimana entry dipilih adalah secara random melalui sesiapa yang datang singgah ke blog Lyssa dan meletakkan jejaknya di Cbox di bahagian sidebar blog Lyssa . 

Ok , bagi minggu ini yang merupakan kali pertama Lyssa ingin buat segmen begini , Lyssa ada terbaca satu entry / artikel daripada seorang insan yang baru berjinak berblog iaitu Blog Amma Ajmal

Entry yang menarik hati Lyssa ialah entrynya yang bertajuk "Nak Cantik?" . Eh , eh tapi Lyssa gubah sikit lah tajuk entry Lyssa ni . Boleh kan ? hihi . 





Ok . Sekarang boleh lah korang baca apa yang Amma ni ingin kongsikan kepada semua .
Tips nya ialah :


1. Jangan tidur lewat... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan untuk tidur! Tak cukup tidur boleh membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

2. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tetapi air suam atau air mineral. Minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksik dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

3. Bersenam! Baik untuk kesihatan.. elok untuk rohani juga! Berjalan di sekitar rumah pun bentuk senaman yang mudah! Jangan malas untuk bersenam... lepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

4. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. Jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika orang memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti orang lebih nak sihat, kan???

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini di muka.. cukuplah dengan wajah yang bersih.

6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu yang sihat dan bukan penuh lemak atau 'junk food' dan 'fast food' semata-mata.

7. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat 'facial' atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memonyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
 
 
Nicekan tips-tips ni . Memang terbaik . Kalau sesiapa yang nak cantik . Nak jaga muka , badan . Memang sesuai amalkan tips macam ni ... So , selamat mencuba xD
 
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Anonymous
AUTHOR
March 1, 2015 at 12:43 PM delete

Wah! kena amalkan ni hahahaha...

avatar
March 1, 2015 at 7:10 PM delete

Wah. Bagus betul tips. terima kasih share tips berguna :)

avatar
Miser Jackie
AUTHOR
March 2, 2015 at 12:53 PM delete

haluuuu
lyss pm bleh ke?
dan saya ade email pada lyss so boleh check email?

avatar
HASRUL HASSAN
AUTHOR
March 2, 2015 at 10:15 PM delete

Hmm patutlah saya semakin kacak sekarang ni .. hahaha

HASRULHASSAN.COM

avatar
March 2, 2015 at 10:58 PM delete

Hahaha betul tu , nak cantik mesti lah kena ada effort and semangat. theres no such natural beauty if diri sendiri pun tak reti nak jaga. Nice tips !

avatar
Nuna Pringia
AUTHOR
March 27, 2015 at 10:56 PM delete

salam kak lyssa.. saya ada masalah blog lah.. saya dah lama dah berblog.. dah berapa bulan dah perhatikan blog saya ni.. bila buka blog je, keluar iklan.. saya tak tahu mana datangnya iklan tu.. macam mana ek kak.. hurm. nanti kalau akak ada masa, tlong bagi respond ea.. terima kasih.. azlanmulan@gmail.com

avatar

Google+ Followers