#CABARAN20HARI | Apa Erti Puasa Pada Anda

.Assalamualaikum







Pertama sekali, Lyssa bersyukur sangat-sangat kerana masih berkesempatan untuk berpuasa kali ini di bulan Ramadhan. Ini adalah bulan paling mulia yang semestinya dinanti-nanti kan oleh semua umat Islam . Hari ini 27 June 2015 merupakan hari yang ke-10 umat Islam menunaikan ibadah puasa ... Alhamdulillah ...

Dan hari ini juga Lyssa nak sahut #Cabaran20Hari yang pertama iaitu : 

"Apa Erti Puasa Pada Anda"

Sepertimana yang kita semua tahu , umumnya , puasa ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga daripada terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari. Dan bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, 'puasa' juga adalah meninggalkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Pendapat Lyssa pulak ? hee .

Emm , bagi Lyssa .. Bila sebut je perkataan " PUASA " , dalam hati Lyssa terlintas untuk melakukan dan menambahkan amalan baik di bulan mulia ini . Contohnya , di hari-hari biasa kita melakukan ibadah 2 kali ganda , tapi di bulan puasa kita tingkatkan lagi menjadi 10 kali ganda . Maksud Lyssa di sini , hari biasa kita jarang buat amalan seperti membuat solat sunat, bersedekah, membaca Al-Quran .. Tetapi apabila bulan Ramadhan kita perbanyakkanlah lagi amalam kita tu.

Azam dan tanam pada diri ! Setiap kali bulan puasa je , korang tetapkan pendirian untuk melakukan ibadah . Contoh , Solat Terawikh . Bila puasa je, mesti korang tak lari daripada buat solat terawikh kan ? Tak solat dekat masjid , dekat rumah pun boleh . Lyssa pun kalau tiba je bulan Ramadhan mesti buat solat terawikh di rumah . Bab membaca Al-Quran . Tanamkan diri untuk menghabis atau mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan. Alaah , macam dalam iklan TV tu .. Setiap kali sebelum dan selepas solat , baca 4 muka surat . Maknanye, satu hari dah boleh dapat 2 juzuk . Amalkan di bulan puasa . Banyak pahala dapat nanti . Dan rajin-rajin kan lah menderma ataupun bersedekah kepada golongan yang memerlukan . Semoga bertambahlah rezeki anda kelak !

Selain itu , erti puasa bagi Lyssa ... Kita hendaklah menjaga hati , pandangan dan percakapan ...
Dalam menjaga hati , janganlah pula korang ada sifat hasad dengki atau iri hati kepada orang lain. Cuba berkelakuan baik antara manusia. Bagi pandangan pula, jaga lah pandangan kita ni daripada melihat benda-benda yang tak senonoh dan yang boleh meningkatkan nafsu syahwat seseorang. Begitu juga dengan percakapan. Cakap benda baik-baik sudah. Lagi baik kalau mulut korang tu 24 berzikir . Lagi berganda pahala korang dapat . Tambah-tambah di bulan puasa ni kan ?

Itu sahajalah pengertian puasa bagi saya . Harap, ada lah yang baca sampai habis. Tak de lah rasa sia-sia saya taip nih  , kahkah . Tak lah , gurau je xD




Terima kasih sudi baca ....
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Arpiiz
AUTHOR
June 28, 2015 at 12:17 AM delete

Jangan risau, saya dapat baca sampai habis tadi.
:)
Btw, entri ni best.

avatar
June 28, 2015 at 12:41 AM delete

@Arpiiz
waahhh , ok terharuuuu ! thanks yeah xD

avatar
June 28, 2015 at 4:48 AM delete

Bulan puasa banyak rahmat dan merupakan bulan ampunan. Jom kita buat segala kebaikan di bulan ini. Moga Rahmat Allah mencurah-curah untuk kita semua....aamiin...

avatar
Zie Has
AUTHOR
June 28, 2015 at 9:53 AM delete

setuju sangat ... especially bab jaga hati. senang cerita, kalau kita ni bukan jenis mulut manis, lebih baik diam selalu :)

avatar
aeinnamusa
AUTHOR
June 28, 2015 at 7:21 PM delete

Selamat berpuasa dan berbuka;)

avatar
Aisah aziz
AUTHOR
June 29, 2015 at 8:37 AM delete

amin...sudi2 singgah blog kite ye.....

sikecilameena@blogspot.com

avatar
Anum Abdullah
AUTHOR
June 30, 2015 at 9:28 PM delete

selamat berpuasa lyssa..

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon