Paling "Runsing" Tinggal Di Apartment Bila .....

Hmmmmmmmm .. Runsingnya !!

Oppss , terlupa pulak nak bagi salam .. Assalamualaikum korang ..





Hi , hari ni Lyssa nak story sikit dekat korang apa yang merunsingkan Lyssa bila stay di apartment ni . Saja nak share pengalaman . Dari tahun 2013 sampai lah sekarang Lyssa memang menetap di salah sebuah Apartment di area Wangsa Maju. Tengok ! Betapa setia nya Lyssa kat rumah sewa nih, haha . Belum kira lagi 3 tahun nak sambung belajar kat sini lagi . Mahu 5 6 tahun gak la duduk kat rumah sewa ni . haha ..

TAPI .....

Ada banyak perkara jugalah bila duduk kat apartment ni . Salah satu sebabnya , bising .. Suka sangat mengacau ketenteraman orang lain . Bingit tau tak telinga ni . Kalau rasa dah nak bernanah tu mau juga la kalau bunyi bising ni berlarutam sampai ke malam ..

Ye . Sekarang ni depan rumah Lyssa ada construction ke renovate entah lah . Habis berhabuk debu jadinya depan pintu rumah Lyssa ni. Dah la bising , bunyi gerudi tuu ... Groookkkk groookkk groookkkkk . Tak henti-henti ! Bukan nya hari ni saja , semalam pun sama . Entah-entah mahu berminggu or berbulan bunyi bising ni . Ah  , sabar je lah .

Nak solat pun dah jadi tak kusyuk . Nak baca Al-Quran pun dah merangkak-rangkak macam mengeja pulak disebabkan bunyi grookkk grookk tu . Aduii . Dah la bulan puasa ni . Bunyi gerudi tu dah sama dengan perut Lyssa dah sekarang ni . aiyoyo .

Ok, ini cerita hari ni dan semalam . Benda ni sama juga berlagu 3 bulan lepas di rumah sewa ni . Atas rumah Lyssa pulak buat hal dok tonggg tangg tongg tangggg bunyi ketuk-ketuk . Bergegar jugak lah siling bilik Lyssa ni . Nasib kipas tak jatuh je . Dengan kadang tu buat hal sinki rumah orang atas ni tersumbat . Tak pasal-pasal , rumah kitorang bahagian dapur jadi banjir . Bila diketuk-ketuk pintu orang atas ni , tak mau dibukanya pulak ... Satu housemate Lyssa pi serbu orang atas ni ... Memang ngok lah jugak . Tak berhati perut and tak berperikemanusiaan langsung . Orang Melayu kita nih . Bukan bangsa lain ke apa. Bila dah dibuka pintu rumah tu, kitorang explain la apa jadi kat rumah kitorang .. Boleh pulak dia kata . " Oh , ye ke ? Ok ok . Esok bagitau management . Then , terus tutup pintu tu !!

Sakit hati tak ? Ada ehh manusia macam ni. Bukan nak datang tengok apa jadi kat rumah kitorang yang dah banjir ni ke ape. Eeii , langsung tak de adab lah makcik atas rumah ni . Mahu je aku bagi selipar kat muka dia time aiyoo . Tua tak tua . Kalau dah tak berhati perut macam tu , sape yang tak sakit hati .. hmm . Saboorr je lah ...

Tak kira lah apartment ke , condo ke , flat ke pangsa ke . Kalau ada masalah-masalah macam ni, for sure korang pun rimas kan ? hm . Sama lah ~ Nasib rumah Lyssa kat Penang tu rumah teres . Kalau tak kesian family Lyssa nak kena hadap benda-benda macam ni ...



KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

8 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
June 26, 2015 at 12:09 PM delete

nak teman ke pergi jumpa management ?

avatar
June 26, 2015 at 12:11 PM delete

@MKhairul Aminuddin
yang jumpe management tu , 3 bulan lepas punye ceritaaa hahaha !

avatar
Nilam syapina
AUTHOR
June 26, 2015 at 1:10 PM delete

HAHAHA, nak wat cmna kannn geram gak dengaq

avatar
Sarip Kumbang
AUTHOR
June 26, 2015 at 7:12 PM delete

Pergh xbest giler kalau rumah ada masalah ni...boleh gugur kening dibuatnya.





Btw,Selamat berkenalan dan bertepuk tampar.

avatar
June 27, 2015 at 1:36 PM delete

ahamdulillah tkat ni tak de lagi dok apartment.. tpi time gi rumah sewa husband.. serabut jugak dgn bunyi gerudi tu sebab rumah seblah tgh renovate.. sabo jeler..

avatar
June 30, 2015 at 9:33 PM delete

tinggl kat apartment memang best tapi yang tak bestnya ni bila ada satu rumah tu tengah renovate maka satu bangunan tu bergegar gara-gara gerudi yang tidak bertauliah tu kan..

avatar
kak dayah
AUTHOR
July 8, 2015 at 5:58 AM delete

Lisa, pasal org buat renovation tu.. sepatutnya ikut masa. Tak silap kak dayah waktu opis hour 8 sampai 5 je yg boleh bertukang.. sabtu ahad biasa tak boleh sbb takmau ganggu jiran..

Apa apa yg tak sepatutnya berlaku tu mcm bocor lisa direct je pi management dan bgtau owner umah sekali sbb umah org tu elok je umah lisa yg banjir mmg harus lah dia buat tak kisah kan..

Ye..ye.. akak nmpk komen tadi ni kisah 3bulan lepas heheh.. tapi tetap geram tu tumpang sekaki sbb pnh rasa sika jiran cenggini..

^_^

avatar
July 8, 2015 at 8:17 AM delete

@kak dayah

sepatotnye , memang direct nak pi management kak .. tapi, waktu tu dah malam , kul 10 malam .. memang tak bukak lahh office kat bawah tuu hahahhahaa

avatar

Google+ Followers