#CABARAN20HARI | Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

.Assalamualaikum

Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa ?

Kalau tajuk macam ni , apa yang terlintas kat kotak pemikiran korang ? Mesti lah terus terlintas "bertukar-tukar makanan dengan jiran" . Betul tak ?




Sememangnya , amalan ini merupakan amalan yang sangat baik dan mulia , tambah-tambah lagi di bulan yang penuh keberkatan ini . Saling berbalas juadah amatlah seronok jika kita gunakan dengan sebaik mungkin . Tapi apa yang Lyssa lihat , sejak belakangan ini , maksudnya zaman ini, jarang orang yang berbuat amalan ini .. 

Biasalah , ada yang pulang kerja lewat, sehinggakan tiada masa untuk bertegur dengan jiran tetangga di sebelah rumah mahupun di depan belakang atas bawah . haha . Zaman ini macam zaman yang tak cukup masa bagi manusia sekarang. Semua nya nak cepat. Sampai kadang nak bertegur dengan jiran sebelah pun dah tak de masa . Ini kan pula nak berbalas juadah .

Kenapa amalan ini perlu dan patut diteruskan sampai bila-bila , bukan sahaj di bulan puasa, tetapi juga di hari-hari biasa. Kenapa ?

Dengan berbalas juadah, kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara saudara seislam kita tau? Baguslah kalau korang tu yang jenis penyenyap kat rumah tu. Kalau tak pernah sembang pun, at least kita ada berbalas juadah pun dah cukup ok what ? en en . Tak de lah kita ni dianggap sombong dengan masyarakat sekeliling . Ye dak ?

Jadi, Lyssa sarankan, tambahkan lah amalan korang tu dengan berbalas juadah dengan jiran tetangga. Alahh , boh la 4 5 ketul kuih ke , sebungkus kari kepala ikan ke . Sikit pun tak mengapa , janji kita ikhlas . Ikhlas kerana Allah Taala ..

Sekian . Terima Kasih Sudi Baca ~
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

Google+ Followers