#CABARAN20HARI | Memori Raya 90an Atau Zaman Kanak-Kanak

.Assalamualaikum


Alamakk  . Kalau cabaran yang berkaitan dengan memori di zaman kanak-kanak tu , aku kurang gemar sebenarnya . Tapi tak apalah . Nama pun cabaran kan ? Kena lah juga terima cabaran ni . Entry kali ni merupakan #Cabaran20Hari yang ke-14 kalau tak silap aku lah. Ok 6 days more to go !

Bukan aku tak suka . Tapi , bab-bab nak mengimbau balik kenangan lama , atau zaman kanak-kanak aku ni, cukup payah . Payah sebab ? Actually , aku tak tahu apa masalah aku dengan memori hidup ni . Zaman kanak-kanak punya memori kurang nak ingat . Dia macam jadi samar-samar je . Nak ingat balik pun kena fikir lamaaaaaa tuh . Tu yang tak berapa suka tu . hihi . Tapi takpa ! Aku nak cuba juga ingat.

Memori Raya 90an Atau Zaman Kanak-Kanak

Paling aku ingat , masa zaman 90an atau zaman kanak-kanak aku , masa rayalah rasanya hari yang tertunggu-tunggu selepas Ramadhan . Sebab ? Err . Sebab MERCUN ! Yep . Memori Raya aku masa kanak-kanak banyak habiskan masa dan wang ringgit dengan mercun & bunga api . haha . Memang syok tau time tu . Bawak mercun balik kampung, berkotak2 letak dalam bonet kereta . Malam raya , main lah kami beramai-ramai dengan sanak saudara . Pastu berasap rumah sampai tak nampak orang . Asap bunga api tu punya la banyak . Nak bernafas pun tak boleh time tu . Tapi , disebabkan nak seronok malam raya, kesah pulak aku . 



Secondly , dah semestinya lah DUIT RAYA ! Huish , masa budak-budak kan . Siapa la yang tak nak duit raya ennn . Nak pulak bila dapat balik kampung dua-dua belah mama and abah . Lagi berganda la duit raya aku . Kalau belah mama , balik Tapah Perak . Yang ni syok ! Selepas saja Sembahyang Raya , kami satu kampung akan berjalan berarak dari rumah ke rumah untuk makan beramai-ramai . Dan semua rumah di kampung tu, wajib sediakan makanan untuk para tetamu . Dan budak-budak akan dapat duit raya. Masa tu , dapat RM1.00 pun dah syok giler . Lepas tu, sorang-sorang masuk sampul dalam beg kecik . Usung la beg tu dari rumah ke rumah . hihi . Syok oo !  Tapi , yang tak best nye , bila balik kampung belah abah dekat Gurun Kedah . Kalau beraya ke rumah-rumah jiran kampung , ada lagi yang bagi duit 5 sen dengan 10 sen . haha . Time tu, Allah saja yang tahu perasaan hampa bila dapat duit 5 sen . kahkah . Budak-budak kan . Boleh la nak beli coklat hack 1 ketul hihi . Tapi kalau dengan sedara best sebab dapat RM10 , RM20 haha. Pastu , balik je rumah aku dengan adik masing-masing kira duit raya siapa paling banyak . haha .




Oh ada last memori yang aku ingat masa zaman 90an . Masa sekolah rendah punya cerita lah ni . Aku dengan kawan-kawan aku wajib berbalas-balas KAD RAYA ! . Ada yang pos kad raya kat rumah , ada yang akan bagi masa dekat kelas . Pastu kumpul la kad raya banyak-banyak . Macam-macam jenis kad raya ada time tu . Ada yang bila bukak je kad tu , ada timbul efek kartun , ada pulak yang buat kad raya sendiri , tulis dengan tulisan warna warni . hihi . Bila dah kumpul , ambik tali .. gantung kan semua kad raya dengan dinding . Buatlah pesyen melengkung ke , menegak ke . Macam - macam . Dulu2 memang kreatif . Tulis dalam kad tu pun panjang berjeler . Ikhlas pulak tu . Tu la yang best masa zaman 90an . Zaman sekarang ni ? hm .  Dah tak best . Dah tak macam dulu-dulu .





Itu sahaja lah memori yang aku ingat pun masa zaman kanak-kanak . Tu yang malas nak kenangkan sangat tu . Bila kenangkan je , rasa macam nak patah balik masa tau tak ! Macam tak nak dah la harungi masa yang akan datang . Takut ! Dulu-dulu happy je . Aman je . Sekarang ? hm . Korang pun boleh rasa macam apa yang aku rasa ni kan ? Ye . Lain sangat-sangat .... T_T


Terima Kasih Sudi Baca .....





KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

3 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Semut Senyum
AUTHOR
July 10, 2015 at 2:48 PM delete

adoi laaa.... bila lyssa cerita psaal ni, kite pun tetiba teringat zaman kanak2 kita.. Ya Allah.. seronoknya.. msa tu boleh lain main mercun.. dapat duit raya... allahurobbi... rindunyaa saat tu!

avatar
iyliana n.
AUTHOR
July 10, 2015 at 4:04 PM delete

Duit raya laa, benda yang paling happy sekali bila kecik kecik ..seronok sangat sebab dpt pegang duit sendiri

avatar
Dayana Zahari
AUTHOR
July 11, 2015 at 12:37 AM delete

Bestnyaa zaman raya kanak-kanak dlu huu. Rinduu.
Zaman aktif blog 4 tahun dulu, rajin jenguk blog Lyssa, skrg dah 4 tahun selepas, baru nak aktif balik. Lyssa ingat Dayana tak agak-agak? Hee, blog dulu herstoriie.blogspot.com, sekarang dah dayanazahari.com

avatar

Google+ Followers