Tips : Cara Menghilangkan Bau Mulut

.Assalamualaikum

Sekadar untuk berkongsi kepada anda semua .... Petua atau tips untuk hilangkan bau mulut
Boleh lah korang baca dan amalkan selalu ye bagi sesiapa yang mulutnya 'busuk' . Artikel ini pun Lyssa dapat daripada orang yang share di facebook. Boleh lah korang praktikkan mana-mana yang korang suka,,




1. Menghisap Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau.
Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. Jika anda menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.


2. Bunga Lawang

Bunga lawang bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta kandungan ‘linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam dan airnya boleh antum gunakan untuk minum atau berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.


3. Sirih

- Sirih adalah antiseptic yang baik bagi mengatasi bau mulut, maka gunakanlah untuk atasi bau mulut.
- Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran 1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk, dan gunakan untuk berkumur selepas antum menggosok gigi.
- Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Antum amalkan setiap hari.


4. Serai Wangi Dan Kulit Limau Kasturi

Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian antum jerangkan sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.


5. Daun Jambu Batu 

Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separuh air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.


6. Cengkih Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya antum gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.


7. Asam Jawa Dan Gula Merah

Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Antum bancuh sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah tiada lagi nafas berbau yang memalukan antum.


8. Gorengan Hampas Kelapa

Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan dibiarkan sejuk. Kemudian antum ambil dan kunyah-kunyahkannya hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.
Di samping itu, amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.


9. Meminum Teh Hijau Dan Daun Pudina

Cara lain yang mungkin boleh anda lakukan secara amalan tradisi, dengan minum air teh hijau atau minum air rendaman daun pudina sekurang-kurngnya 2 kali sehari.

Terima Kasih Sudi Baca




KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

3 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
IQ = Iez Qis
AUTHOR
July 15, 2015 at 10:17 AM delete

errr....dalam banyak2 IQ lebih prefer minum teh hijau dan daun pudina jer..yang lain...errkkkk

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
July 15, 2015 at 12:48 PM delete

No 5,,7 dan sembilah...gagah lagi nak buat lyssa..hihi..yang bakinya pandangan juling sambil tongkat dagu penjuru gerobok baju..

avatar
Emy Effendi
AUTHOR
September 10, 2015 at 9:28 AM delete

Emy ikut no. 4 tu dari entry kak lysa ni :)
Memang freshhh bila kumur2 .. hehe

avatar

Google+ Followers