TEATER MADUKU KALUT RETURNS

.Assalamualaikum

TEATER MADUKU KALUT RETURNS | Oh ! Ok . Untuk pertama kalinya Lyssa dijemput untuk bersama blogger lain memeriahkan lagi suasana dan bersama-sama menonton Teater Maduku Kalut Returns di Panggung Sari , Istana Budaya . Tak sabar pula rasanya . Boleh tengok secara LIVE atas pentas . Kalau korang ni minat nak tengok Teater , boleh bersama-sama kita pergi meriahkan lagi di sana hujung minggu ini ..




Maduku Kalut Returns , itulah judul pementasan semula naskah yang pernah mendapat 6 pencalonan di Boh Cameronian Awards edisi ke 11 di antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik (Izzue Islam), Pelakon Pembantu Terbaik (Soffian Bujang dan Fazleena Hishamuddin), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Muzik dan Lagu Terbaik serta Rekaan Kostum Terbaik.

Dibarisi oleh Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet, pastinya MKR menjanjikan sesuatu kelainan kepada atmosfera seni teater negara.

Maduku Kalut Returns merupakan satu naskhah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya “farce”  yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife. 



SINOPSIS TEATER MADUKU KALUT RETURNS

Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.



HARGA TIKET TEATER MADUKU KALUT RETURNS

Tiket untuk menonton persembahan ini boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan RM155 untuk tiket platinum. 



MENGENAI MASKTEAM




Mula memahatkan nama sekitar awal 2011, Mask Team merupakan sebuah organisasi yang memfokuskan kepada pengkhususan penganjuran acara, dan “Rumah Media”. Ditunjangi oleh sekumpulan anak muda, Mask Team berorientasikan, kreativiti dan sentuhan kelainan didalam setiap perkara yang diceburi.

Setelah hampir 4 tahun beroperasi, Mask Team ternyata sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan organisasi lain. Antara hasil kerja yang mendapat sentuhan Mask Team adalah seperti, Teater Projek Kahwin, Teater Juta-Juta, Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka dan penganjuran acara Rejunevasi Lahad Datu hasil kerjasama bersama dengan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, terbaru, Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa dan konsert Malam Inspirasi Kun Anta.

Pelbagai pengiktirafan telah di raih Mask Team antaranya Persembahan Kumpulan Teater Terbaik, Pengarah Teater Terbaik dan Skrip Asli Terbaik untuk Boh Cameronian Awards.
Selain daripada penganjuran acara, Mask Team juga mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran sosial media, penjenamaan dan pemasaran serta produksi televisyen. Secara mudahnya, dengan Mask Team, segala permasalahan media anda, kami selesaikan.




Peluang menganjurkan Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa bersama Airish Events, diharapkan dapat menaikkan lagi nama Mask Team, sebagai salah sebuah organisasi penganjuran acara yang berkaliber dan disegani.


Menarik kan ? Lyssa pun kalau boleh memang tak nak dan takkan lepaskan peluang macam ni .
So sama-sama lah kita ke Istana Budaya tu nanti ekk :D

Untuk maklumat lanjut , boleh rujuk details kat bawah ni :

LAYARI :
atau
Walk In di Kaunter Box Office di Istana Budaya

Tarikh :
7 - 9 Ogos 2015

Masa :
8.30 malam

Untuk pertanyaan boleh hubungi:
012- 535 6312 (Taqi)
016- 327 0612 (Fazz)

Jangan lupa gunakan hashtag :
#MadukuKalutReturns
#MaskTeamTheatre

Terima Kasih Sudi Baca :)

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
syasya
AUTHOR
August 6, 2015 at 11:18 PM delete

macam menarik je teater tu

avatar
Nadia Johari
AUTHOR
August 6, 2015 at 11:19 PM delete

tak dapat pergi..ade event lain

avatar
Anonymous
AUTHOR
August 6, 2015 at 11:53 PM delete

Oh my goodness! Awesome article dude! Thank you, However I
am having problems with your RSS. I don't understand why I can't join it.
Is there anybody else having the same RSS issues? Anyone who knows the
solution will you kindly respond? Thanks!!


Stop by my site ... su dung do choi tinh duc

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
August 7, 2015 at 12:00 AM delete

Mesti tak kering anak mata gelak ni..gusi kalau dah gelak je kering la kan..tekak apatah lagi..huhuhu..

avatar
August 7, 2015 at 12:23 AM delete

bestnyaaaa.. tahniah dapat pergi tengok! ^_^

avatar
August 10, 2015 at 11:18 AM delete

tak sabar nak tengok..plus, mereka memang lawak

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers