BREAKOUT Permainan Menguji Minda Di NU Sentral Kuala Lumpur

.Assalamualaikum


Apa itu BREAKOUT ?

Pernah dengar tak ! Mesti ada antara korang yang tahu kan benda apa breakout ni .
Well ! Siapa yang tak tahu tu , sah tak pi jenguk Instagram Lyssa ni . Baru-baru ni , Bloggers dari #KelabBloggerBenAshaari dijemput untuk ke BREAKOUT NU SENTRAL , Kuala Lumpur .





BREAKOUT ini adalah satu permainan 'Escape Room' yang sangat mencabar minda dan pemain haruslah menghabiskan task-task di dalam bilik tersebut dalam masa 45 minit untuk keluar daripada bilik itu . Terdapat 2 cawangan BREAKOUT di Malaysia iaitu di NU Sentral dan Avenue K . Masing-masing cawangan mempunyai pelbagai tema yang sangat menarik dan boleh dimainkan dengan 2 - 8 orang pemain untuk satu bilik . Bilik-bilik tersebut direka untuk pemain menghabiskan tugas-tugas di dalam nya dan menyiapkan kesemua puzzle dalam tempoh 45 minit itu .

Setiap bilik dilengkapi dengan jalan cerita yang tersendiri dan sangat unik dengan pelbagai keadaan dan situasi hanya untuk memberi pengalaman kepada pemain dan yang pasti ianya sangat mencabar kemahiran berfikir kreatif si pemain .


Di atas ini adalah antara TEMA yang terdapat di NU Sentral . Tetapi lain pula tema yang terdapat di Avenue K . Jadi korang boleh lah mencuba setiap room yang ada dikedua2 cawangan ini untuk menimba pengalaman yang luar biasa .

Ok . Pada Ahad lepas , seramai 30 orang bloggers yang hadir ke NU Sentral untuk mendapatkan pengalaman baru dalam permainan BREAKOUT ini . Jadi , blogger di bahagikan kepada 6 kumpulan untuk 6 tema di atas ini dan satu bilik hanya akan ada 5 orang sahaja !

Dalam kelima-lima orang itu , kami diberi character yang berbeza-beza . Setiap character haruslah memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab . Antara characternya ialah :



5 character wajib ialah The Lightbringer , The Scholar , Time Bander , The Oracle dan LockMaster. Kalau ada group yang lebih , mereka boleh pilih character mana yang mereka nak .

Jadi ini adalah antara group Lyssa masa di BREAKOUT haritu :)


Pelik tak kenapa kami ada 6 orang ? Padahal orang lain semua 5 orang . HAHA ! Sebab group kami ni special siket . Disebabkan Special , group kami lah yang keluar dari bilik tu paling terakhir ! kahkah . Jadi , untuk Group kami , kami mendapat Bilik yang bertemakan " MATERIA MEDICA ".
Kalau korang nak tahu , MATERIA MEDICA adalah bilik yang kedua PALING SUSAH . Sememangnya setiap bilik mempunyai kadar kesusahan yang berbeza-beza . Lagi senang bilik tu , lagi senang la korang nak menang dan keluar dari bilik itu.



JALAN CERITA MATERIA MEDICA

Suatu hari , seorang doktor misteri dipanggil Han muncul dalam bandar kecil Wu Shan dan segera menjadi terkenal di kalangan penduduk kampung untuk perubatan yang luar biasa dan kebolehan penyembuhan . Sebagai doktor sebelumnya di kampung, anda diminta untuk mencari rahsia latar belakang lelaki misteri ini dan bahan-bahan ubatannya. Pada petang yang tenang , semasa doktor keluar untuk sesuatu perkara , anda dengan cepat harus menyelinap masuk dengan pembantu anda untuk mengumpul maklumat yang anda boleh dengan harapan untuk mencipta ubat yang sama.

Memang senang jalan ceritanya , tapi nak selesaikan tugas-tugas di dalam untuk teramatlah susah !
Korang kena bersedia mental dan fizikal sebelum masuk ke dalam bilik tersebut. Untuk selesaikan puzzle-puzzle yang diberi , korang WAJIB bergerak dalam TeamWork untuk memudahkan satu-satu task berjalan dengan lancar . Dan itulah pentingnya character yang diberi . Harus tahu tanggungjawab masing-masing .

Berapa harga / price nak masuk BREAKOUT ni ?


Lagi ramai lagi murah untuk seorang dan lagi senang untuk siapkan puzzle dalam setiap bilik ! haha. Jadi , apa yang korang tunggu lagi ? Jangan la lepaskan peluang ni . Best tau BREAKOUT ni . Rugi siapa yang tak cuba !

Lyssa pun nanti nak main lagi . Nak cuba ROOM lain pulak :D hihi !




Untuk info lanjut :

Layari :- www.breakout.com.my  atau hubungi talian +603-22763705
INSTAGRAM : @BreakoutMy / Hashtag: #BreakoutMy

TerimaKasihSudiBaca
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

19 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
September 8, 2015 at 11:16 AM delete

Jalan Jalan sini
cmni blhbuat aktivit berkumpulan ramai2

avatar
Mrs FaRa
AUTHOR
September 8, 2015 at 11:21 AM delete

Seronoknye... boleh la g sini nanti... tq lysa share... :)

avatar
aiman mania
AUTHOR
September 8, 2015 at 11:32 AM delete

kekekkekekeke.....tak praktikkan kerja secara berkumpulan kot yg team Lyssa kalah.. okay,nnt lain kli bole cuba

avatar
September 8, 2015 at 12:03 PM delete

wah mcm best je breakout ni lyssa.
tp kena ramai org lah kan? br syok

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 8, 2015 at 12:14 PM delete

lyssa dengan mummy ash(blogger farah) macam pengapit..hehehe..ngam..seronoknya berukhwah..alhamdulillah..

avatar
merahussain
AUTHOR
September 8, 2015 at 12:29 PM delete

hahaa.. tape. lepas nie kita cuba kluar dr bilik paling awal. :D

avatar
Nadia Johari
AUTHOR
September 8, 2015 at 12:39 PM delete

menarik sehh..jeles...takpe jumpa family day nanti

avatar
September 8, 2015 at 12:42 PM delete

best aktiviti camni sbb mencabar minda...hee

avatar
safurara
AUTHOR
September 8, 2015 at 12:53 PM delete

ala ala games dlm facebook ni, tp ni real.lg best.

avatar
Afidah Azmi
AUTHOR
September 8, 2015 at 12:57 PM delete

permainan menguji minda..i like its....

avatar
September 8, 2015 at 3:14 PM delete

bestnya! mesti nervous sbb dah lah dia bagi time limit hehe serious nak try!

avatar
beat
AUTHOR
September 8, 2015 at 4:17 PM delete

ada lagi satu yang femes xigt nama

avatar
Emy Effendi
AUTHOR
September 8, 2015 at 5:18 PM delete

waaa, best nya dapat kumpul dgn yang lainnnnnnn :)

avatar
falling angel
AUTHOR
September 8, 2015 at 10:46 PM delete

Bestnyaa... Jeles tengokkk... Huu.. ;-)
Nway, jemput singgah einaangel.blogspot.my..

avatar
Zie Azi
AUTHOR
September 9, 2015 at 11:13 AM delete

WOWW..best ye baru tahu ada game macam tu
feel free singgah sini http://jepunmari2.blogspot.my/

avatar
Zie Azi
AUTHOR
September 9, 2015 at 11:19 AM delete

woww best ye baru tahu ada game mcm tu..
feel free singgah la sini http://jepunmari2.blogspot.my/

avatar
Nina Mirza
AUTHOR
September 10, 2015 at 2:33 AM delete

Jom Lyssa kita gi 2nd round. Memang best dan mencabar but enjoy sangat....!!

avatar
muja
AUTHOR
September 10, 2015 at 10:31 AM delete

kalaulah muja dok dkt-dkat ngan korang, terasa jugak nak join. tapi takut tak diterima, awkward lak sengsorang. kih3. bestnyyyyyaaaa breakout!!! :D

avatar

Google+ Followers