AQU Skincare Boleh Didapati Di Watsons Malaysia !

.Assalamualaikum


Hi korang ! Kalau nak tahu , baru-baru ni Lyssa dan beberapa top bloggers yang lain ada menghadiri satu majlis pelancaran produk terbaru di Malaysia iaitu produk berjenama aQu Skincare - it's me . Sebelumnya , produk AQU hanya memasarkan jualannya melalui online di websitenya sendiri www.aqu.my . Tetapi kini , sesiapa sahaja mahu mendapatkan produk ini , korang boleh terus sahaja ke Watsons Malaysia yang berdekatan . 

aQu Brand Ambassador Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013 ; Adura Kamarul Zaman, Marketing Director of Fountain of Health Sdn Bhd ; Yang Mulia Tengku Mudzaffar Tengku Zaid, Executive Director of Fountain of Health Sdn Bhd and Caryn Loh, General Manager of Trading Watsons Malaysia 

Kali pertama jumpa berdepan dengan Carey Ng yang merupakan Duta produk aQu Skincare dan juga merangkap Miss Universe Malaysia 2013 . Lyssa tengok kulit dia memang cantik , halus , mulus , kulit pun nampak sihat . Dapat juga lah tahu rahsia kecantikan Miss Universe ni semasa sesi soal jawab tempoh hari . Semua tips-tips yang diberikan memang cukup bermakna pada semua orang .


aQu-it's me kini berada di 111 outlet Watsons terpilih di Malaysia dan bahan-bahannya dijamin HALAL oleh pihak JAKIM serta disahkan oleh pihak KKM . Antara bahan eksklusif yang terdapat pada produk ini ialah aloe vera , minyak jojoba , Vitamin E , chamomile dan minyak benih bunga matahari . Kalau nak tahu , produk ni sesiapa pun boleh guna , mahupun lelaki ataupun perempuan . Digalakkan hanya untuk remaja berumur 14-35 tahun untuk mencuba produk baru ini.



Terdapat 5 jenis produk aQu-it's me ni . Antaranya ialah Face Scrub , Face Wash , Refreshing Toner , Radiant Moisturiser dan CC Cream SPF 35 . Jom kita tengok , apa fungsi setiap satu produk ini ...



FACE WASH (PENCUCI MUKA) - Pencuci Muka ini dapat membersih kan muka kita dengan lembut hingga ke liang pori di samping dapat mengekalkan kelembapan semulajadi kulit . Ianya menyediakan pembersihan yang mendalam untuk membuang segala kotoran dan juga dapat membuang make-up yang terdapat kat muka korang tu . Best kan , berapa in one ni ? Sampai boleh jadi 'make-up remover' . hehe !

Harga : RM25.00



FACE SCRUB (SKRUB MUKA) - Ianya dapat menyingkirkan bintik-bintik hitam dan 'whiteheads' di muka. Selain itu , skrub muka ini juga dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati dan kulit muka akan kelihatan bersih dan cerah . Best juga Skrub muka ni sebenarnya , nanti mesti kulit muka kita jadi sihat je sebab ianya dapat memulihkan sel mati ...

Harga : 20.00



REFRESHING TONER (CECAIR PENYEGAR) - Seperti biasa , lepas mandi , dah habis cuci muka semua .. Mesti kita akan tepekkan toner kat muka kita kan ? Kalau korang nak tahu , Lyssa memang tak boleh pakai toner dari dulu lagi . Mesti akan keluar bintik-bintik kecil macam ruam kat muka .. Tapi , sejak guna Toner dari aQu ni , Lyssa punya masalah kulit dulu dapat atasi  Memang tak ada masalah langsung. Ianya dapat menyegarkan dan melembutkan kulit kita di samping membantu mengecilkan liang pori.

Harga : RM23.00




RADIANT MOISTURISER (KRIM PELEMBAB) - Lyssa cuba juga pakai krim pelembab dari aQu ni . Wah ! Kesan dia memang sungguh lah memberansangkan . Kalau nak tahu , krim pelembab ini dapat meransang penghidratan semulajadi kulit dan juga mengembalikan kesegaran kulit. Lepas je pakai krim ni , kulit kita akan nampak licin dan gebu.

Harga : RM 35.00




CC CREAM SPF 35 (KRIM CC SPF 35) - Apa kelebihan Krim CC ni ? Nak tahu tak , Lyssa memang suka sangat pakai krim CC dari produk aQu ni . Sebab apa ? Krim CC ni dapat mengimbangi tona kulit muka kita . Di samping mengekalkan kelembutan  kulit , ianya dapat juga memberi perlindungan UV tambahan dan memberi kesegaran pada kulit sepanjang hari. Krim CC ni best sebab tahan lama dan mudah di bawah ke mana-mana . Kecik dan kurus . Masuk dalam handbag macam tu je pun boleh . heeh . 

Harga : RM 29.90




Apa yang Lyssa tahu , selepas sahaja Lyssa menggunakan produk daripada aQu ini , Lyssa dapat lihat perbezaan kulit Lyssa dahulu dan sekarang . Dulu tampak lebih kusam dan gelap . Lepas guna produk aQu , kulit Lyssa nampak lebih cerah , segar , bersih dan paling penting SIHAT ! Kemungkinan besar Lyssa akan beralih arah kepada produk aQu ni pulak lepas ni .. hehe .



Kalau nak kata mahal tu , memang tak de lah mahal sangat pun . Kalau nak beli set lengkap aQu ni , hanya memerlukan sebanyak RM132.90 sahaja . Ada sesiapa nak cuba beli tak ? Korang boleh terus beli online di website :


www.aqu.my <----- (klik)

ataupun boleh dapatkan di mana mana Watsons Malaysia yang berdekatan anda :)


Website : www.aqu.my
Instagram : @aqu.official


Jom layan ni jap ! 





TerimaKasihSudiBaca ...


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

25 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Hanim
AUTHOR
October 23, 2015 at 9:46 AM delete

Menarik! harga produk pun berpatutan ... nak cuba la nanti! :)

avatar
Anonymous
AUTHOR
October 23, 2015 at 9:56 AM delete

akak tak boleh dah tukar2 produk..t muka jadi haru biru..
La ni kena maintain je..maklumlah semakin menghampiri 30 ni..

avatar
Unknown
AUTHOR
October 23, 2015 at 9:59 AM delete

nama produk ni unik sungguh.
logo pun kiut je.
harga murah.

avatar
PinKy MoMMa
AUTHOR
October 23, 2015 at 9:59 AM delete

eh igt mahal tadi lyssa..rupanya mampu poket..nnt leh intai2 watson

avatar
Julia Johari
AUTHOR
October 23, 2015 at 10:07 AM delete

Harga mampu bayar ni...memang sesuai dgn kulit asia kan...good review lyssa

avatar
October 23, 2015 at 10:20 AM delete

harga mampu milik. cam bes je..

avatar
mas saari
AUTHOR
October 23, 2015 at 10:30 AM delete

harga berpatutan, mampu dibeli ni..

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
October 23, 2015 at 10:35 AM delete

In sya Allah boleh cuba ni..nak tengoklah kat watsons..tq lyssa share review produk ni..

avatar
Azuraa Rahman
AUTHOR
October 23, 2015 at 10:39 AM delete

Waaa.. murah dah bagus lah

avatar
October 23, 2015 at 11:12 AM delete

smlm baru gi watson.. x perasan plk.. mmm...
Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Dan Entri terbaru di Cantiknya Mereka Menutup Aurat

avatar
Que Achmad
AUTHOR
October 23, 2015 at 11:17 AM delete

lelaki boleh pakai jgk ke?

avatar
Unknown
AUTHOR
October 23, 2015 at 11:47 AM delete

comelje packaging produk ni..macam tuan tanah jugak :)

avatar
Dkna Abza
AUTHOR
October 23, 2015 at 3:16 PM delete

scrub dia best tak lysa?

avatar
October 23, 2015 at 3:37 PM delete

@Dkna Abza

best dkna ! lepas guna skrub tu , habis blackhead and whitehead kat hidung terkeluar .. tu yang syok tuu :D

avatar
October 23, 2015 at 3:45 PM delete

kemain seronok pergi event kan

avatar
Anonymous
AUTHOR
October 23, 2015 at 4:45 PM delete

Wah produk baru aqu skincare macam best je pergi acara majlis macam tu, kak Lyssa :-)

avatar
::EIDA::
AUTHOR
October 23, 2015 at 5:02 PM delete

one set? serat je? murahnya! nnti cuba jugak la. mana tau serasi dgn muka. untung2 dapat putih gebu cm lysaa hehehehee

avatar
nona sani
AUTHOR
October 23, 2015 at 5:14 PM delete

Wowww ! macam syok jerr nak try, huhu~ tak rase berminyak ker lepas dh lelama guner?

psssst, sis, sy tahu sis bz, bz shooting kan, ahhaha~
tapi saja nak ngajak sis join, or promote this GA....hehehe~

sy cuma one of sponsor GA nih jer

http://nonasani.blogspot.my/2015/10/takkan-tak-nakkkk-lagi-lapan-hari.html

hihi, anyone yg baca? mehla terjahhh, hadiah 1k kot !

avatar
October 23, 2015 at 7:43 PM delete

Suka packaging tu, nampak simple & natural ja

avatar
Unknown
AUTHOR
December 4, 2015 at 2:11 PM delete

Produk aQu ada x kt watson johor??
Hope sis reply.

avatar
Unknown
AUTHOR
December 4, 2015 at 2:12 PM delete

Produk aQu ada x kt watson johor??
Hope sis reply ya.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon