Anak Ikan Paus Kelasa Mati Terdampar di Labuan

Anak ikan paus kelasa ditemui mati terdampar di pantai Kampung Sg Labu hari ini. 
- Foto BERNAMA

LABUAN: Seekor anak ikan paus kelasa ditemui mati terdampar di pantai Kampung Sg Labu pada Khamis.

Para pegawai menganggarkan bahawa haiwan sepanjang 6.1 meter itu berusia kira-kira lebih setahun dan telah mati apabila ditemui terdampar di pantai.

Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Anuar Salam Sulaiman memberitahu Bernama punca kematian adalah tidak jelas dan laporan telah diserahkan kepada ibu pejabat Jabatan Perikanan di Putrajaya untuk siasatan terperinci.

"Tiada tanda-tanda trauma, seperti tanda kipas tetapi pasukan dari ibu pejabat akan menjalankan penyiasatan dengan memberi tumpuan kepada punca kematian, sama ada haiwan itu ditangkap atau terperangkap dalam jala atau dilanggar kapal pukat tunda," katanya.


Anuar berkata, sampel haiwan itu juga akan diambil dalam siasatan untuk menentukan keluarga haiwan itu dan habitat asalnya.

"Ia terlalu muda untuk mati secara semula jadi. Ia amat mengejutkan dan sangat menyedihkan," kata beliau.

Penduduk kampung menemui paus itu kira-kira 10 pagi tadi dan insiden itu menarik ramai penduduk kampung untuk melihat haiwan itu, dan ada sesetengah penduduk yang bergambar bersama bangkai haiwan itu.

Anuar berkata bangkai ikan paus itu akan ditanam esok di kawasan jauh dari pantai Kampung Sg Labu supaya ia tidak reput dengan cepat.

"Buat masa ini, sementara menunggu untuk pasukan bedah siasat dan pasukan menyiasat tiba, kami perlu menanam paus itu. Bangkainya akan akan digali semula untuk bedah siasat dijalankan," katanya. - Astroawani

Note : Alahai ... Kesiannya anak ikan paus tu . Punca tak tahu lagi . Tunggu jelah sampai pihak berkenaan membuat siasatan ...
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

3 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Therina Jopri
AUTHOR
December 26, 2015 at 1:20 AM delete

Sama ada dia sesat atau ada perubahan suhu dalam air yang menyebabkan dia lari. kesian anak paus

avatar
Azhafizah MN
AUTHOR
December 30, 2015 at 4:56 PM delete

kesian dia..baru je nak mengenali dunia baru

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon