Senarai Penuh Maharaja Lawak Mega 2016 | MLM 2016

KUALA LUMPUR: Gabungan pelawak daripada kumpulan berbeza dalam sebuah kumpulan baharu akan membawa kelainan kepada musim terbaharu program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016).

Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Kamal berkata, ia akan menghidupkan lagi gelanggang MLM 2016 dalam memastikan rancangan itu sentiasa segar dan dapat menarik perhatian penonton.


"Sama seperti tahun sebelum ini, barisan peserta dipilih merupakan antara yang terbaik pernah dihimpunkan dalam sebuah pertandingan komedi di saluran ini.

"Bagi menambahkan kehangatan tersebut kami menggabungkan peserta daripada grup lain dalam sebuah kumpulan baharu.

"Kami yakin ia akan menarik perhatian penonton selain ia memberi kelainan memandangkan MLM sudah memasuki edisi kelima," katanya kepada mStar Online.


Along dan Azrul (duduk).
MLM 2016 bakal menampilkan 15 peserta dan bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari ini.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Antara pelawak yang bergabung adalah kumpulan LOL gabungan Angah bersama Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro) selain Joras yang dianggotai oleh Shuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor).

Peserta lain yang turut terlibat adalah Cham (Along dan Azrul Cham), Bocey (Acey, Abam dan Fad), Awok (Filzah, Ain dan Ayie), Enjen (Raja Azri, Acong dan Yus), Shake (Amir, Bell Ngasri dan Haszmi), Chilok (Chiwan, Achok dan Kamal), XOLA (One, Chot dan Wan Jala), Puteh (Mamak dan Ali).

Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim turut mencuri perhatian apabila muncul sebagai peserta kumpulan Bos bersama Ajo dan Abu.

Manakala kumpulan Bora (Isa, Yan dan Mamat) mewakili Singapura dan Saywho (Vicha, Bocil Bancin dan Agus) Indonesia.

Dua peserta solo yang turut bertanding adalah Reza Mukmin dan Kavin Jay.

Dalam pada itu, bercakap mengenai juri program berkenaan, Emarina berkata, pihaknya akan merahsiakan perkara itu terlebih dahulu dan ia hanya akan didedahkan pada minggu pertama pertandingan.




Ajak (kiri) dan Angah
Bagaimanapun katanya, barisan juri akan tetap terdiri daripada  empat orang seperti mana musim terdahulu.

"Ia satu kejutan dan ia hanya akan didedahkan pada minggu pertama pertandingan nanti," katanya.

Tambahnya, MLM 2016 masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai hos manakala CK Faizal tampil menerusi segmen Pengulas Iringan.

"Tema pada tahun ini mengangkat tema 'spy' atau perisik yang mana kami rasakan ia amat bersesuaian dengan diri setiap pelawak apabila semuanya satu misi sama dalam merebut gelaran juara.

"Manakala sistem pemarkahan masih dikekalkan iaitu 70 markah oleh juri tetap dan 30 daripada undian penonton," katanya.

Juara MLM 2016 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000 dan tempat ketiga RM150,000.

Tempat keempat dan kelima pula masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000.Mstar


Berikut adalah senarai penuh MLM 2016.































Nampaknya pertadingan kali ini tidak disertai oleh kumpulan-kumpulan kegemaran ramai seperti, Sepahtu, Jozan, Nabil, dan Zero kecuali Bocey yang sudah sinonim dengan lawak Malaysia. Apapun kita tunggu sehingga MLM 2016 bermula, kerana pasti ada kehangatan baru yang akan menjelma.

15 kumpulan bakal bakal berentap untuk merebut gelaran juara, di mana mereka akan membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.

Maharaja Lawak Mega 2016 ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). 


p/s : *tak sabar nak tunggu !!!*

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Wanie Masduki
AUTHOR
January 20, 2016 at 3:36 PM delete

knape shiro x de ek..selalu ajak dengan shahrul..bila x de mcam janggal sikit

avatar
afzalsukasuki
AUTHOR
January 20, 2016 at 4:50 PM delete

Bocey ada harapan terus ke final

avatar
January 20, 2016 at 8:40 PM delete

Kenapa semua macam low jer ? Bocey Juara pa tahun nih... Aamiinn.. Bocey ke final. Kumpulan Ajak ,tauke dan angah juga mesti ke final laaa

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon