Susulan Kes Pemandu Bas Pukul Penumpang Tidur [VIRAL]

Ada baca tak kes pasal rakaman Video di entri ini , semalam ? --->> VIDEO
Sekarang jom kita baca pula apa susulan kes tersebut ..




MELAKA: Seorang pemandu bas ekspres yang naik angin bertindak memukul dua penumpang kerana mereka telah tidur di kerusi rehatnya semasa dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Pulau Pinang.

Kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara keagamaan sempena Thaipusam di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang.
Dua mangsa yang berumur 35 dan 41 tahun itu telah dipukul beberapa kali dengan selipar, malah ditampar serta ditendang oleh pemandu bas terbabit.

Ketika dalam perjalanan, dia juga menggunakan bahasa yang kasar untuk memarahi mereka di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Salah seorang mangsa, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia dan rakannya telah memohon maaf kepada pemandu itu kerana tindakan mereka tidak disengajakan.
"Kami hanya memerlukan tempat untuk berehat semasa dalam perjalanan waktu malam dan telah duduk di kerusi yang tanpa disedari adalah untuk pemandu.
"Kami memohon maaf dan mengakui kesilapan kami tetapi pemandu terus memarahi kami sepanjang perjalanan," katanya, Khamis.

Kedua-dua warga asing itu, yang merupakan pekerja sebuah restoran di sini, telah menemani seorang ahli perniagaan tempatan untuk meraikan Thaipusam di Pulau Pinang.

Ahli perniagaan berusia 57 tahun itu berkata, pemandu itu sangat agresif dan sanggup berhenti tiga kali di lebuh raya untuk memukul dua mangsa.

"Dia juga menyerang saya apabila saya menyuruhnya berhenti memukul pekerja saya. Dia hanya berhenti apabila saya memberikan RM50 kepadanya.

"Kami semua berasa malu sepanjang dalam perjalanan dengan kekasaran dan kebiadabannya tetapi berdiam diri kerana dia adalah seorang pembuli," katanya sambil menambah bas itu penuh dengan penumpang.
Ahli perniagaan itu yang juga tidak mahu dikenali berkata pemandu itu berhenti di kompleks bas Terminal One Seremban dan memaksa mereka keluar dari bas.

Katanya, dia tidak mahu menjadikan kejadian itu satu isu tetapi terpaksa membuat laporan polis apabila rakaman pemandu menyerang kedua-dua lelaki itu tersebar di media sosial.

Pengerusi Sektor Swasta Melaka, Jawatankuasa Sumber Manusia dan NGO Datuk MS Mahadevan berkata ahli perniagaan itu telah meminta bantuan beliau untuk membuat aduan terhadap pemandu terbabit.

Mahadevan berkata beliau telah bertemu Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Lim Ban Hong untuk membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengambil tindakan terhadap pemandu.


Sumber

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon