Tangani Rasa Cemburu Melampau !

Assalamualaikum ..

Hi korang . Apa khabar hari ni ? Sihat ke ? Musim panas tahap El Nino sekarang ni, jangan lupa minum air masak banyak-banyak tau. Takut pulak terkena macam-macam penyakit pelik kang. Tapi itu bukanlah isu utama yang Lyssa nak kongsikan sekarang. Sekarang ni, Lyssa nak kongsikan pada anda semua, bagaimana nak atasi atau tangani rasa cemburu yang melampau ?




Dalam kehidupan kita sebagai manusia, tak pernah 'lari' dengan sifat cemburu kan ? Mahupun dalam kalangan wanita ataupun lelaki. Tapi, antara dua golongan ni, agak-agaknya lah kan siapa lah yang kuat cemburu ye . Lelaki ke perempuan ? haha ! Bagi Lyssa, ianya bergantung pada individu itu sendiri.

Sifat itu mampu merosakkan sesebuah perhubungan sama ada persahabatan, cinta mahupun kekeluargaan. Bagaimanapun, rasa cemburu itu boleh diubah dengan cara mengubah persepsi diri kita ke arah yang positif. Sebagai contoh, manfaatkan rasa cemburu sebagai alasan untuk memahami diri sendiri.

Namun, sekiranya berhadapan rasa cemburu, kita perlu tahu cara mengawal diri supaya ia tidak memberikan kesan buruk pada diri sendiri dan orang lain.



Ada kemungkinan orang sekeliling akan menganggap kita seperti seorang yang masih belum matang dan merimaskan mereka. Oleh itu, kita perlu bangkit supaya mereka tidak terus memandang rendah terhadap kita.


Jadi, macam mana nak tangani rasa cemburu ni ? Jom kita lihat !

Fahami makna cemburu

Cemburu adalah emosi kompleks membabitkan pelbagai rasa termasuk rasa takut, kehilangan, kemarahan, iri, kesedihan, pengkhianatan, perasaan tidak layak dan penghinaan. Tidak salah sekiranya kita meluangkan sedikit masa untuk memahami rasa cemburu kerana selalunya rasa itu turut diiringi dengan emosi.

Kongsi cerita

Cemburu membabitkan pelbagai aspek. Sekiranya berasa cemburu mengenai sesuatu, kita boleh mengambil langkah berkongsi cerita dengan teman rapat kerana dia lebih memahami diri kita.
Sekurang-kurangnya ia mampu memberi keselesaan selepas meluahkan rasa cemburu yang terbuku dalam hati.

Elak perbandingan

Jangan terlalu mudah membandingkan diri kita dengan orang lain kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.Perbandingan perbezaan akan membuatkan keyakinan diri kita semakin menurun dan akhirnya mengundang rasa cemburu.Oleh itu, elakkan memikirkan kekurangan diri supaya kita terus dibelenggu perasaan tidak sihat ini.

Tambah kenalan

Rasa cemburu sinonim dengan gadis saja. Namun jika diselami, rasa cemburu turut menghantui lelaki. Kelebihan lelaki adalah mereka lebih bijak mengawal perasaan itu.Oleh itu, tambah kenalan dan perluaskan lagi pergaulan. Jangan hadkan bilangan kawan. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih berfikiran positif dan sekiranya ada apa-apa terjadi mereka boleh menjadi tempat luahan serta memberi kekuatan kepada kamu.

Jadi positif

Dalam menjalin perhubungan, pasti ada rasa cemburu. Kita boleh jadikan cemburu itu kepada cemburu yang positif. Positif yang dimaksudkan ialah gunakan cemburu untuk memberi pengajaran.


p/s : Jadi , itu lah sedikit sebanyak info yang boleh Lyssa kongsikan pada korang semua. Harap lepas ni , sama-sama lah kita kawal sifat cemburu tu ye. Supaya tak de lah orang akan cakap kita "cemburu tak kena tempat" . hihi ..

Terima Kasih Sudi Baca ..
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

2 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
spitoutblog
AUTHOR
March 24, 2016 at 6:33 PM delete

kadang2 mmg ada jugak cemburu tanpa sebab ni... angin cemburu orang kata..


heheh..jemput singgah bloh ye lyssa =)

avatar
LD
AUTHOR
March 26, 2016 at 2:12 AM delete

I appreciate this entry so much :) Thank you, Lyssa!

Sedikit sebanyak bagi saya idea untuk atasi cemburu melampa because selalunya orang susah nak kawal emosi.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon