Tips Bermain Clash Royale

Assalamualaikum ..

Hai korang !! Ingat lagi tak entri Lyssa sebelum ni ...
Entri " Sudah Terjebak Dengan Clash Royale" ! haha . Dalam entri tu, Lyssa ada cakap nak bagi tips cara bermain Clash Royale kan ? Yah ! Nah ni Lyssa kongsikan sikit daripada pembacaan Lyssa ni ... Siapa yang nak main , tapi tak tahu caranya , korang boleh la kot ikut tips ni . Harap tips ni dapat membantu korang ye .. hehe :D


Tips bermain Clash Royale


1. Tunggu jika perlu
Dalam perlawanan, tiada istilah ‘siapa cepat dia menang’. Justeru, rancang penggunaan unit terlebih dulu sebelum menggunakan mereka. Adakalanya pihak lawan akan memulakan langkah dulu dan ini memberikan kelebihan kepada anda untuk menentangnya.

2. Jangan takut diserang
Tekniknya mudah. Jika anda menjatuhkan Raja pihak lawan, kemenangan berpihak kepada anda. Justeru, jika pemain lawan menyerang anda secara bertubi-tubi ke arah menara pertahanan, ambil kesempatan ini untuk menyerang terus ke arah Raja.

3. Mahir guna kad
Clash Royale penuh dengan taktikal dan strategi. Gunakan sumber dengan lebih bijak iaitu meletakkan unit yang kuat di depan dan unit serangan jauh di belakang. Sebaik saja anda memahami kekuatan dan kelemahan setiap kad, lebih mudah untuk mahir dalam permainan ini.

4. Perhatikan masa
Masa adalah segala-galanya dalam Clash Royale. Sebaik saja masa tinggal 60 saat, pengeluaran ‘elixir’ adalah dua kali ganda lebih pantas. Gunakan kelebihan ini untuk memanggil semua unit ke medan pertarungan.

5.Naik taraf apabila perlu
Setiap dek kad mempunyai lapan unit. Naik taraf unit yang sesuai dengan strategi anda. Jika perlu, naik taraf kad yang lebih berkuasa terlebih dulu untuk kekuatan maksimum.

Agak-agak membantu tak ? Nak tahu membantu ke idok , boleh la cuba guna tips ini .. Eh, Selamat Mencuba . hihi ... - Sumber

TerimaKasihSudiBaca ...

SHARE JIKA PERLU :D
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

1 000 orang Comment Di Sini:

Write 000 orang Comment Di Sini
Admin Reen
AUTHOR
March 17, 2016 at 11:40 AM delete

Kak Reen dah terjebat main ni.. huhu

avatar

Google+ Followers