Perkhidmatan ATM Maybank dan Maybank2U Tergendala !



Beberapa perkhidmatan Maybank termasuk pengeluaran wang daripada mesin ATM dan akses ke laman web tidak boleh digunakan dalam tempoh tertentu pada Sabtu dan Ahad ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan tahunan seluruh sistem bank. 

Sebagai contoh, perkhidmatan ATM tidak boleh digunakan dari pukul 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi manakala Maybank2u.com tidak akan boleh diakses dari pukul 3.00 hingga 7.00 pagi.

Seperti yang tertulis pada notis di bawah ini :




Dalam notis yang dipaparkan di laman webnya, Maybank menasihatkan pelanggannya untuk melakukan transaksi perbankan mereka lebih awal. "Kami akan berusaha untuk mengurangkan tempoh gangguan perkhidmatan ini dan memohon maaf terlebih dahulu bagi sebarang kesulitan yang timbul," katanya dalam notis itu. 

Beberapa perkhidmatan lain juga tidak boleh digunakan pada masa-masa tertentu. 

Pelanggan Maybank yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian Perkhidmatan Pelanggan hotline 24 jam di: 1300 88 6688 (Malaysia) atau +603 7844 3696 (luar negeri). Untuk maklumat lanjut, layari Maybank2u.com. -mstar


p/s : Jadi siapa-siapa nak keluarkan duit atau nak masukkan duit kat Maybank seeloknya buat semua transaksi hari ye sebelum 14 & 15 Mei 2016 ini..

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
May 13, 2016 at 5:53 PM delete

Owh...terima kasih lyssa share info...sangat membantu.

avatar
May 13, 2016 at 5:58 PM delete

@PeRdU cINta Sama-sama kak :D

avatar
Anum Abdullah
AUTHOR
May 14, 2016 at 9:51 AM delete

nasib aku tak de akaun maybank..

avatar
Afif Rayyan
AUTHOR
May 14, 2016 at 8:57 PM delete

Salah satu tips nak berjimat.. xdela asek boros je

avatar
Unknown
AUTHOR
May 18, 2016 at 10:12 AM delete

aku ada akaun public bank je ni

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon