Akibat Beli Barangan Kosmetik Online, Habis Muka Bernanah Sehingga Membengkak !

KEADAAN wajah Ain yang berjerawat dan berparut kesan menggunakan produk tiada kelulusan KKM. Gambar kecil, contoh kesan pengambilan ubat pada wajah mangsa.
Kuala Lumpur: Kerana Terdesak mahu menghilangkan parut jerawat dan mencerahkan wajah dalam tempoh singkat, Ain, 29, menanggung derita akibat mukanya membengkak, selain ditumbuhi jerawat batu selepas menggunakan krim yang dibeli melalui Facebook (FB).
Menurut Ain berkata, dia terlalu yakin membeli produk itu selepas membaca testimoni dalam FB dan komen positif pengguna yang pernah menggunakan produk kecantikan itu.

“Sebelum ini saya memang selalu berurusan dengan perniagaan online dan tidak pernah kecewa dengan kualiti barangan dibeli kerana saya menyelidik secara menyeluruh sebelum membuat keputusan.
“Saya tidak sangka krim yang saya telah beli itu menyebabkan muka saya lebih teruk sedangkan jenama produk itu terkenal di negara luar meskipun tidak diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selepas memakainya dalam tempoh seminggu, muka saya kemerah-merahan, ditumbuhi jerawat besar dan bernanah sehingga membengkak,” katanya ketika dihubungi, semalam.


p/s : Kesimpulannya, sebelum kita membeli walaupun testimoni bagus ke apa semua tu, yang paling penting jangan lupa tanya .. "Ada kelulusan KKM tak ?" Kalau ada, minta bukti dan kalau dah betul-betul sah ada, betul-betul yakin baru beli... Bukan main sambar je bila tengok testimoni orang lain. Mungkin orang lain tak kena sebab kulit dia jenis lain. Kulit kita mana la ada yang sama dengan orang lain. Kadang kita tak tahu pun kita ni kulit sensitif ke apa kan. Jangan main beli je. Buat research sebelum beli ok ? Ni, bila muka dah jadi macam ni, dah tak boleh nak buat apa. Bukan tak boleh. Cuma ambil masa sikit la nak pulih balik. Dalam pada tu, kita juga yang menderita.. Kadang Lyssa pun takut juga nak guna kalau tak ada kelulusan KKM. Takut jadi benda-benda yang kita tak ingini. Susah oo nak rawat balik.... T_T

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
June 13, 2016 at 10:25 AM delete

Risau pulak nak beli product kecantikan dkt online .

avatar
Fieza Sani
AUTHOR
June 13, 2016 at 12:00 PM delete

Ni yang fobia nak beli produk kecantikan secara online...

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 13, 2016 at 12:33 PM delete

setiap kita hormon berbeza-beza...kulit pun tak sama...daya ketahanan dan keserasian pada satu-satu produk jauh beza...sebab tu bila kita tengok testimoni orang berjaya dan bila kita guna tidak berjaya kenapa?kerana tahap penerimaan berbeza satu sama lain..jadi berhati-hatilah..

avatar
Abe nick
AUTHOR
June 13, 2016 at 2:05 PM delete

ermmm bahayo2
keno hati2 sebelum beli

avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
June 13, 2016 at 11:47 PM delete

Hati2la.bila.membeli ..jgn main beli jer..takut padahnya dikemudian hari..

avatar
Nur Fannun
AUTHOR
June 14, 2016 at 1:39 PM delete

testimoni tu cuma pndpt pribadi je, bukn kajian yg berkesan. jenama pelik2 tak pernah dengar memang tak la nak beli..yg biasa dengar pun tak beli.

avatar

Google+ Followers