Order Seafood Crab Factory Brolly Secara Online

Assalamualaikum...

Hi semua. Apa aktiviti korang harini ? Yang bekerja mesti penat kan kerja masa puasa ni. Cuaca pulak sekarang ni, panas je memanjang. Tekak mesti rasa kering je kan. Tapi nak buat macam mana. Dah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menunaikan ibadah  wajib iaitu berpuasa kan ?
Jadi, hari ni korang nak makan apa berbuka nanti... Kalau tak ada idea, Lyssa ada satu cadangan nak bagi kat korang ni... Korang tak perlu nak keluar rumah pun nak dapatkan makanan ni.

Makanan apa ? Tu ... Kat tajuk pun dah tertulis. Makanan laut dari Crab Factory.. Sekarang ni, Crab Factory dah boleh order makanan secara online tau.. Korang ingat tak lagi Lyssa pernah post mengenai Tempat Makan Menarik di Restoran Brolly Crab Factory, Kuala Lumpur dulu tu.. Haaa, kalau dulu Lyssa makan kat restoran tu, tapi sekarang kita dah boleh order online tau. Mudah je ! Macam Lyssa tinggal di kawasan Wangsa Maju, Crab Factory yang terdekat adalah di Brolly, dekat je dengan KLCC . Kalau rumah korang area KL , korang boleh follow je step kat bawah ni :

1. Pergi ke link http://www.my-brolly.com/

2. Klik pada bahagian atas sekali, Online Delivery.

3. Kemudian pilih kawasan mana yang berdekatan dengan korang. Macam Lyssa, Lyssa pilih Brolly sebab dekat sikit dengan rumah Lyssa. Klik pada Order Now.


4. Bila dah masuk ke page Brolly tu, sebelah kanan korang akan nampak Delivery | Pick Up . Pilih Delivery kemudian klik pada New Customer



5. Isi korang punya Email , Nama dan Password. Lepas dah selesai, korang kena isi alamat yang nak dorang delivery kan nanti. Alamat rumah boleh, pejabat ataupun kampus korang. Ikut betul-betul format dan contoh yang diberikan.



6. Lepas dah Save, dia akan keluar location yang sesuai untuk korang. 

7. Tekan next, dan pilih Tarikh dan Masa yang korang nak diorang hantar. Nak order untuk 2 3 hari nanti pun boleh. Nak order untuk harini jugak pun boleh..

8. Ok. Sekarang korang dah boleh pilih menu dan makanan yang korang nak order dari website ni.
Kalau nak, just tekan ADD je.. Tak semestinya korang nak makan ketam je kan ? Makanan lain pun ada juga.. Boleh klik dan cari di bahagian kiri website.



9. Bila dah habis ADD, tekan je Checkout di sebelah kanan..


10. Kena masukkan Promotion CODE kan ? Sebagai pembaca blog Lyssa yang setia nih, hihi.. korang boleh guna Promo CODE : LYSSAS untuk dapatkan potongan RM 100 dengan minimum order RM 300..

Syarat-syarat :
- Hanya guna sekali pada setiap online delivery sites.
- Valid sampai 30 June 2016
- Nilainya boleh digunakan untuk bil makanan sahaja. Tidak boleh tolak daripada minimal delivery, proses pembayaran dan GST daripada voucher.
- Untuk 50 pengguna pertama sahaja bagi setiap outlet.


11. Tekan apply CODE ! Nanti diorang akan minta no phone korang. Isi je ok ? Kemudian akan terus ke proses pembayaran. Korang boleh pilih antara nak bayar melalui account PayPal ataupun bayar melalui kredit card or debit card.

12. Settle je pembayaran nanti korang akan dapat email pengesahan.

Lepas tu kan, tunggu je lah dorang hantar sampai ke pintu rumah ! Bestkan . Nak makan pun ada orang hantar sampai pintu rumah. Dapat lah kita berbuka makan sekali bersama keluarga tersayangkan .... hihi..

Macam Lyssa haritu Lyssa makan dengan kawan-kawan serumah Lyssa. Bukan selalu nak belanja orang makan ni . hikhik ! Satu rumah berpuas hati dengan makanan daripada Brolly Crab Factory ni. Ada yang sampai terbaring membuncit la sebab terlalu kenyang ! hahaha ....

Banyakkan !! Perut Lyssa pun buncit sekali . Nak bernafas pun susah ! hahaha ..

Apapun, bagi pendapat Lyssa .. Lyssa senang sangat order makanan ni daripada website ni . Senang ! Cepat dan mudah . Sebab Lyssa tak ada masalah langsung semasa nak order online kat website ni. Kalau korang perlahan-lahan ikut step kat atas ni insyaAllah .. Lyssa yakin korang pun takkan ada masalah punya lah... Paling best , sistem delivery diorang memang TIPTOP ! Sharp ! Tepat pada masa yang Lyssa pilih. Haritu Lyssa order pukul 3.30 petang ... 3.30 petang la betul-betul delivery man tu terpacak kat depan pintu rumah Lyssa .. *Dah la handsome ! ahhh . i can't move on ! Opsss.... *Gurau... 

*Menyelerakan je tengok ! Rugi korang tak ORDER ! hehehe..
Abaikan muka roomate Lyssa paling 'crazy' dalam rumah ni . kahkah


Makanan dia pun dah la semuanya best-best. Lyssa ada order ketam, nasi bersama ayam panggang, ayam goreng, pizza, fries.. macam-macam lagi lah .. Korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni.... 

*ni lah menjadi feveret Lyssa ! Tengok ketam tuu .. Wah ! Terliur laaaah >.<






Ok dah !! Jangan lupa order sekarang tau ! Kalau lambat, tak dapat la guna code promo Lyssa yang ada diskaun RM100 tu ...

Lyssa pun kalau ada duit lebih, nak order lagi lah bila balik KL nanti ! Yahoooooo :D



Ok. Terima Kasih Sudi Baca ..


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
aeinna Musa
AUTHOR
June 15, 2016 at 2:41 AM delete

mudah sangat sekarang semua online je kna..wahh dik lyssa banyak sangat makanan tu;)

avatar
IamAin
AUTHOR
June 16, 2016 at 11:45 AM delete

lisa..

set ketam yg u amik tu nama set tu ape??

avatar
June 16, 2016 at 12:22 PM delete

@IamAin : Ohhh , yang Lyssa order ni Flower Cram 400gm perisa Sweet Sour ^^

Memang sedap tau yg ni .. antara set ketam yang termurah

avatar

Google+ Followers