Puas Dapat Tengok The Conjuring 2 (2016) Full Movie Online Streaming !

Assalamualaikum ..

Wahhh . Korang .. Lyssa baru je selesai tengok The Conjuring 2 dekat online tadi. Ye la. Masa cerita ni keluar 9 June lalu, Lyssa ada update di Facebook yang Lyssa memang nak sangat tengok cerita ni kan ? haha . Sebab masa The Conjuring dulu tu, memang Lyssa follow. Jadi, mestilah keinginan nak tengok yang kedua pula ada. Nak pulak ramai orang yang cakap best. Lagi la perasaan nak tengok rasa membuak-buak. haha !



Hari-hari Lyssa search kot-kot la ada yang sudi bagi link untuk tengok cerita The Conjuring 2 tu... Sebab kalau nak tengok kat wayang memang idok ler.. Lyssa mana ada kawan nak teman. (*sedih kan ? ) haha . Lagi-lagi sekarang ni bulan puasa. Memang malas betul rasa nak keluar rumah. Jadi, tengok je la sorang-sorang kat rumah mengadap laptop sesambil tutup muka sorang-sorang. haha. *tak lah . tak tutup muka pun.

Overall, bagi Lyssa cerita kali tak seseram yang pertama tu. Jalan cerita dia memang best... Cuma kadang-kadang tu banyak adegan bercakap and slow sikit. Kalau tengok kat wayang ni mau tertido kejap ni. haha . Tapi, still tak mengecewakan bagi Lyssa. Sebab banyak betul suspen dalam cerita ni. Dah la tengok masa tengah puasa ni. Dahaga dibuatnya ... hahahah ... 

Eh, dah lah ... Kalau korang nak tahu cerita dia macam mana, korang kena la tengok sendiri ... Mesti ada yang tak sabar nak tengok tu kan ? Banyak pulak Lyssa membebel kat sini kan. Apa-apa pun Lyssa nak minta maaf awal-awal lah sebab Lyssa jumpa movie ni pun kualiti dia tak berapa nak elok. Biasa la. Awal lagi kot. Kat wayang pun dok tayang lagi. Movie ni ada orang record dari cinema jugak. Tapi bukan dari negara kita lah .. Dan subtitle pun tak ada. Kalau nak pilih pun, ada bahasa Parsi dan Spanish je. hehe. 

Tapi tak pa. Mesti korang faham punya sebab Lyssa sendiri tengok pun Lyssa faham. Tentu korang yang pandai english dari Lyssa bertambah-tambah faham Ye dok !? hihi . Opss* Dah. Korang boleh tekan link di bawah untuk tengok cerita ni ok ? Jangan lupa pasang sound kuat-kuat tau ! haha.




KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
June 15, 2016 at 3:21 PM delete

Huishh nak tengok.. berani sebab siang.. malam idoklah nk tengok.. hahahahaha

avatar
Fatin Liyana
AUTHOR
June 15, 2016 at 7:06 PM delete

Belum tengok lagi. Hehehe. Weekend ni baru nak pi tengok. Tu pun dah last minute. Dah berapa hari dah kan diorang tayangkan di pawagam :D

avatar
Nadia Johari
AUTHOR
June 15, 2016 at 11:56 PM delete

yang pertama tengok haritu dengan keluarga..seram giler..yang kedua ni tengok dengan family jugakla..hahaa..

avatar
Fieza Sani
AUTHOR
June 16, 2016 at 2:25 PM delete

Tak nak click..hehe..tak suka tengok citer seram...kang time nak tido terbayang2...

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers