Tempat Makan Cafe Hipster di Garage 51 Bandar Sunway

Assalamualaikum ..

Hi korang semua ! Amboi, lelaju je tekan link entri ni ek . Tak sabar nak tengok gambar-gambar makanan yang ada kat Cafe Hipster Garage 51 lah tu ... Alaa. Lyssa tak payah cerita pun korang mesti tahu dan pernah dengar dengan Garage51 yang merupakan Cafe Hipster popular dan femes yang terletak di Banday Sunway tu kan. Lyssa tahu, ada sahaja antara korang ni yang rajin dok lepak kat situ kan... Hipster lah katakann . whohoho ..


Ok.. Baru-baru ni Lyssa ada la lepak kat situ dengan geng-geng #kelabbloggerbenashaari . Kami datang makan kat situ sebab nak rasa menu terbaru untuk ramadhan nanti.. Bukan setakat menu untuk Ramadhan je kami makan, menu-menu lama pun kami terjah makan sekali. hihi. Kalau korang tengok bahagian dalam cafe Garage51 ni, memang tersangat lah RARE. Luar kedai pun dah nampak 'rare' nya, apatah lagi dalam cafe tu lagi.




Siapa la yang tak tergoda makan kat sini kan ? Tengok dalam dia pun haaa, kemahen cantiknya ! Lyssa yang first time lepak sini pun agak teruja bila tengok suasana Garage 51 ni. Susun aturnya kemas dan sangat menarik ! Ni baru susun atur. Korang belum tengok lagi makanan dan minuman yang ada di garage 51 ni. Kalau korang tengok kejap lagi, Lyssa yakin dan pasti korang akan terliur dan meleleh punyalah ... eii tazzabar nak tengok air liur korang meleleh kejap lagi ! :D

Kalau korang nak tahu, Cafe Hipster Garage 51 ni popular dengan minuman berpicagari.. Kalau korang pernah tengoklah kan, nama minuman kat sini berkonsepkan keluarga dan akan dicuck dengan picagari (syringe). Contoh nama minuman kat sini ialah The Father, The Mother, The Daughter, The Son, dan ada juga The Nephew, The Cousin serta The Pakcik. Tapi, kami sempat juga lah merasa beberapa jenis minuman paling femes kat sini ....

Taraaaa ...


Di atas ini adalah beberapa minuman yang sempat kami rasa. Semua nya memang sedap + enak sekali... Ok kejap ! Lyssa nak tanya, agak-agak korang lah kan, antara semua minuman ni, yang mana salah satu menu ramadhan nanti ? Teka ... jangan tak teka .... >.< eleh .. Tengah meleleh le tu . Ops!


Menu-Menu Garage 51 

Ok. Sempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba ini, Garage 51 ada menyediakan 3 menu baru iaitu 2 menu untuk makanan dan 1 untuk minuman. Menu-menu yang termasuk dalam bulan puasa nanti adalah Nasi Serunding bersama Kebab Ayam Percik , Spaghetti Serunding Ayam dengan Kebab Percik dan juga Sirap Bandung bersama karipap dan kurma bagi menu untuk minuman. Jadi, korang dah tahu lah kan, menu baru bagi minuman yang Lyssa suruh teka tadi kan ? hihi ..


Nasi Serunding bersama Kebab Ayam Percik (RM20.00)


Terus terang Lyssa cakap, Nasi Serunding bersama Kebab Ayam Percik ni memang sedap sangat-sangat. Boleh pulak Lyssa pulun makan sorang-sorang sepinggan nasi serunding ni. Perghh ! Sedap gila baq hang. Rugi la kalau korang tak cuba makan nasi serunding di Garage51 ni... meletop-letop !


Spaghetti Serunding Ayam dengan Kebab Percik (RM 20.00)


Siapa kat sini yang suka makan spaghetti, menu ni memang sangat sesuai dengan korang. Rasa dia agak lain dengan spaghetti yang pernah Lyssa try sebelum ni. Memang sangat melayu rasanya dengan dicampur sekali dengan serunding membuatkan Lyssa dah jatuh cinta dengan menu ni, di sini ! ^^

Sirap Bandung bersama Karipap dan Kurma (RM 18.90)


Kombinasi sirap bandung, karipap dan kurma memang sangat sesuai dan sedap untuk dicuba nanti. Masa bulan puasa nanti, sebelum makan apa-apa, kan disunatkan makan kurma terlebih dahulu kan. Apa kata nanti korang order minuman ni, masuk je waktu berbuka nanti, terus ngapp je kurma tu :D hihi..


Menu Menu Lain Garage 51


Bukan menu bulan Ramadhan je yang Lyssa nak kongsikan ni. Ada banyak lagi sebenarnya menu kat sini...  Korang boleh tengok sendiri gambar-gambar kat bawah ni eh ...


Grill Salmon Spaghetti with Lemon Cream – RM24


Wahh ! Salmon spaghetti ni sangat Lyssa recommended untuk korang cuba rasa dan makan. Sebab apa Lyssa cakap macam tu ? Rasa dia kan ... .. Memang SUPERB ohh. Tak pernah lagi la Lyssa makan spaghetti macam ni before this. Jatuh cinta Lyssa dengan menu yang ni. Nanti kalau datang lepak lagi kat sini, inilah yang akan menjadi menu utama Lyssa nanti . hihi..

Chicken Pamigiana with Mashed Potato & Salad – RM18


Menu ini seakan sama dengan Chicken Chop. Rasa dia pun sedap sangat.... Siapa yang suka sangat makan Chicken Chop tu, Lyssa syorkan untuj korang cuba yang ini pulak .... ^^


Chicken Mango Salad (RM 12.00)


Haaa . Kalau korang suka makan Salad ke Mango ke, korang patut order yang ni. Bukan setakat sayur dan buah je, ayam pun ada sekali lah dalam tu .... Nyum2 ! Serius nampak menyelerakan, kan ? :D hehehe .....

Okeh ! Sekarang ni Lyssa nak masuk pulak bab minuman yang menjadi tumpuan orang ramai untuk datang ke sini .... Apa lagi kalau bukan minuman berpacagari paling femes emes kat KL ni ... !


Kat bawah ni Lyssa tunjuk satu persatu nama menu ni bersama dengan harganya ya ! Mana tahu,  sampai je sana nanti, korang boleh terus order yang ni ! Selamat menikmati gambar di bawah.. Jangan ada yang terliur sudah lah ye . Nasib la sekarang ni belum bulan puasa lagi. Kalau tak, dah berdosa dah Lyssa bagi korang terliur....


The Nephew (Cookies and Cream) - RM 18.90


The Son ( Nutella with hints of hazelnuts awesomeness) - RM 18.90


The Father (Chocolate with Peanut Butter) - RM 18.90


The Cousin (Salted Caramel with Brownies) - RM 18.90


Amacam ? Cehh . Dah terleleh lah tu tengok gambar-gambar ni semua kan ? Dah tu, apa tunggu lagi... Pergi la cepat-cepat ke Garage 51 Bandar Sunway ni... Pasti korang takkan menyesal punya ...
Tengok picagari tu semua mesti ada yang tertanya kenapa dorang letak benda tu kan . Alaah, bukan untuk cucuk korang la .. Dorang letak susu dalam tu.. Saja la tu untuk perhiasan.. Itulah antara tarikan untuk korang datang ke sini. Dalam picagari tu pun, diorang letak susu. haha ... Comel kan ! :D

Apa yang Lyssa nak simpulkan kat sini adalah Garage 51 ini adalah salah satu cafe hipster yang paling unik yang pernah Lyssa lepak.. Keunikannya itu membuatkan Lyssa akan datang berkunjung makan kat sini suatu hari nanti. Korang pun boleh la lepak kalau nak lepak sekali dengan Lyssa nanti. Tapi kena belanja Lyssa laa... Eh >.< hehe . *gurau*


    


So, untuk maklumat lanjut tentang Garage 51 ni, korang boleh rujuk di bawah :

Garage 51 by Coffee Societe at Bandar Sunway

Alamat :  51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway,  47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
No Telefon :  +60 3-5612 5618
Waktu Operasi :  Isnin hingga Ahad – 11:00 pagi – 11:00 malam
Facebook: Garage51MY
Instagram: @garage51my

Terima Kasih Sudi Baca ...

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

9 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Nadhie Wueen
AUTHOR
June 1, 2016 at 2:42 PM delete

semua nampak sedap2. terkeliur da dibuatnya ni :)

avatar
June 1, 2016 at 2:53 PM delete

@nadhie wueen : hehe . Nanti boleh la try makan situ .. sedappp ^^

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 1, 2016 at 4:59 PM delete

Lyssa...lyssa...lyssa...yang chicken chop kat Kg Baru tu akak belum sempat pegi dik...baru usha tempat hari tu...ni dah ada lagi...bukan berdarah mata tengok...hati pun ada sakit...haha..tq lyssa share tempat tempat makan menarik..

avatar
June 1, 2016 at 5:32 PM delete

Wahh, sedapnya makanan kat sini..

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 2, 2016 at 9:26 AM delete

sedap dan RARE ni..Nak ajak en suami p makan sana sebelum puasa

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 2, 2016 at 11:50 AM delete

menyelerakan betul..

avatar
Nisha
AUTHOR
June 2, 2016 at 1:23 PM delete

wush ni kena ajak parents pergi ni *_*

avatar
Nadia Johari
AUTHOR
June 2, 2016 at 8:15 PM delete

memang sedap..nak pergi lagi

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon