ZTE Blade V7 Lite Telefon Pintar Bajet Tapi Berkualiti !


Hi semua !  Hari ni Lyssa nak kongsikan pada semua pengalaman Lyssa menggunakan telefon pintar ZTE Blade V7 Lite ni .. Rasa-rasanya korang pernah dengar tak dengan telefon jenama ZTE ni ? huargh ! Apa ? Tak pernah dengar … ? Lahh . Kalau korang nak tahu, ZTE ni bukanlah baru dalam dunia teknologi ni .. Dah lama dah sebenarnya ..

ZTE dah melabur kira-kira 50 billion untuk produk R&D dalam 6 tahun lepas untuk pastikan dan menyediakan produk yang inovatif untuk pengguna. ZTE adalah satu-satunya syarikat di seluruh dunia yang telah disenaraikan di dalam Top-3 oleh WIPO (World Intellectual Property Organization) untuk 6 tahun yang lalu (2010-2015) bagi pemfailan paten. Di Rusia, pasaran saham telefon pintar ZTE, merupakan kedudukan 2 teratas selepas APPLE termasuk Jerman, Sepanyol dan Itali yang semakin berkembang pesat !


Tetapi, baru-baru ni, dalam bulan lepas ZTE telah pun mengeluarkan produk telefon pintarnya sendiri dan dapat jugalah Lyssa merasa guna telefon ni.. dan ternyata ianya tidak mengecewakan Lyssa sama sekali. Buat masa ni, dah seminggu Lyssa menggunakan telefon ZTE Blade V7 Lite ni.. So far memang tak ada masalah langsung la kan.. Kalau nak tahu produk ni ada kualitinya tersendiri jika nak dibandingkan dengan produk yang lain tau !

Jadi apa yang best nya ZTE Blade v7 Lite ni ?

      

Walaupun harganya tidaklah semahal dari telefon pintar produk yang lain, jangan nak pandang rendah sangat tau dengan phone ZTE ni. Kalau nak tahu, phone ini menggunakan skrin bersaiz 5 inchi dan menggunakan sistem operasi (OS) Android Marshmallow 6.0 serta juga mempunyai sistem sekuriti finger print yang mungkin akan menjadi perhatian korang semua !

Tengok gambar kat bawah ni. Korang boleh record fingerprint korang di bahagian belakang telefon ini dan ianya betul-betul berada di bawah kamera. Smart kan ??! Lyssa pun agak teruja lepas dapat telefon ni kat tangan Lyssa … hihi !

   

Bukan itu saja ! Biasanya, kalau korang guna telefon pintar besar yang lain, mesti korang akan rasa berat dan tebal bila nak bawa ke mana-mana kan ? Tapi, dengan ZTE Blade v7 Lite ni, korang hanya boleh masukkan telefon ini ke dalam poket dengan senang hati tau tanpa fikir ketebalannya. Ianya sememangnya nipis dan ringan. Saiz ketebalannya adalah 7.9 mm sahaja ! Lyssa ni memang suka letak telefon dalam poket, so Lyssa sedikit pun tak rasa rimas, kadang tu tak rasa pun macam ada phone dalam poket. HAHA !

   

Ini lagi satu perkara menarik yang ingin Lyssa kongsikan pada semua. Sekarang ni Lyssa nak cerita mengenai Kamera ZTE Blade v7 Lite. Kameranya ada dua. Di bahagian belakang dan di bahagian hadapan juga. Kedua-dua bahagian mempunyai flash. Menarikkan ? Untuk kamera di belakang ianya adalah 13 megapixel yang mana kita memang boleh dapat gambar yang sangat cantik dan sharp ! Bagi kamera depan pula, ianya adalah 8 megapixel di mana bagi Lyssa, memang sangat lawa bila korang nak selfie. Tak perlu dah nak guna apps lain, kamera depan ni pun dah lawa :D serius ! hehe.

Cuba korang tengok untuk kamera belakang. Kita boleh pilih sama ada nak guna Auto ataupun Pro. Kalau korang tak berapa pandai nak adjust dan setting sendiri, guna Auto pun dah ok sangat dah.. Kalau nak gambar lagi nampak lawa, korang boleh guna Pro dan boleh adjust ISO dia, Contrast, Brightness , dan etc.

   

Macam mana pulak dengan kamera depan telefon ZTE ni ? haa ! Korang boleh nilai sendiri ye..


   

Amacam ? Lawa kan kamera depan dia. Banyak tau features untuk kamera ZTE ni . Korang boleh settingkan dia bagi ada Face Detection, kemudian boleh adjust juga saiz gambar dan yang paling best kan, korang boleh setting kan voice control dia.  Korang hanya cakap “Capture” ataupun “Cheese”, dalam masa 3 saat, akan tertangkap lah gambar korang tu. Mudah kan ? HIHI ! Pertama kali Lyssa tahu ada telefon pintar yang guna “voice control” untuk snap gambar. Selalunya guna isyarat tangan je yang pernah Lyssa tengok. Ini sampai boleh detect suara ni kira ohsemmmm sangat dah ni .. hihi .


      

Lyssa rasa dengan harga tak sampai RM 700 ni pun dah sangat berbaloi untuk korang guna. Tambah lagi, ianya boleh juga dijadikan telefon kedua korang. Kalau korang hanya ada bajet bawah RM700, Lyssa rasa telefon pintar ZTE Blade v7 Lite ini memang sangat sesuai untuk korang beli. Dual-SimCard pulak tu. Jadi, memang mudah la korang nak buat back-up kalau salah satu network line buat masalah kan. 

Harga asal Blade V7 Lite ini adalah RM669. Tapi sekarang Blade V7 datang dengan promosi dengan hanya RM499 sahaja. Promosi akan berakhir sehingga diberitahu.

Bateri bagi telefon ini pula, 2500 mAH dengan 2 GB RAM, 16GB memori dalaman serta  1.0GHz quad-core processor. Best kan? Selama Lyssa guna telefon ni, tak pernah ‘hang’ lagi la. Banyak juga game yang sudah Lyssa download. Tak rasa ‘ lag’ lagi la buat masa seminggu Lyssa guna ni.. hihi. Tapi, sememangnya smooth je bila guna.. Tu yang buat Lyssa jatuh cinta dengan telefon ni … 

   



Blade V7 Lite didatangi dengan 2 warna iaitu warna ‘metallic gold’ dan juga ‘metallic silver’ . Bagi ‘metallic gold’, akan mula ada di Malaysia pada 6 June 2016 nanti.. Tak lama dah.. :) 

   


 Bukan itu sahaja .. Korang siap boleh setting lagi dia punya black screen gestures mengikut citarasa korang. Macam Lyssa set kan C untuk Chrome , O untuk Instagram dan M untuk Music. Dia lebih kurang macam shortcut lah. Cara nak guna dia senang je. Semasa telefon tengah lock screen, korang hanya buatkan bentuk C terus akan terkeluar ke bahagian Chrome. Simple and easy kan. Itu lah salah satu juga kelebihan telefon ZTE Blade v7 Lite ni …


Jadi, kalau korang hanya ada bajet dalam RM700, korang boleh dapatkan telefon ni sekarang. Atau nak hadiahkan pada sesiapa pun ok. Saja-saja nak beli untuk dijadikan phone kedua pun lagi digalakkan. Lyssa dah jatuh cinta dengan telefon ni, mana tahu korang pun sama-sama akan terjatuh cinta pulak ke.. hehe.. 

Ok lah, untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke website : http://ztedevices.com.my/index.php/2016/05/11/blade-v7-lite/

Kat mana korang boleh beli ? SINI --->>>  http://ztedevices.com.my/index.php/where-to-buy/


Terima Kasih.


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

8 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
June 2, 2016 at 11:34 PM delete

Mcm menarik je kamera selfie tu

avatar
Eika Schapika
AUTHOR
June 3, 2016 at 3:18 AM delete

wowww macam iphone la pulak ! tapi idaman hati tetap nak beli iphone. sanggup cuti sem keje part time semata nak kumpul duit beli iphone hahahahaha

avatar
June 3, 2016 at 7:14 AM delete

Thank you Akak review pasal ZTE Blade ni, mmg tgh plan nak beli pun. Boleh tunjuk dgn Mak Abah review Akak ni! Love you Akak lyssa

avatar
June 3, 2016 at 11:14 AM delete

lisa hang zte ni dia punya keyboard tu boleh tukar font yang menarik x?

avatar
June 3, 2016 at 2:21 PM delete

Dah boleh rasanya start kumpul duit hehee

avatar
kak gojes
AUTHOR
June 5, 2016 at 12:50 PM delete

mmg menarik ZTE Blade ni...tengah men kutu zte blade ni skrg lyssa hihi..raya nt bleh selpie dgn henpon baru...

avatar
June 6, 2016 at 11:55 PM delete

Memang pada masa kini kemudahan telefon pintar amat diperlukan. Kecanggihan teknologi.

avatar
September 26, 2016 at 3:27 PM delete

Woww!!! dh jatuh cinta la ngn blade v7 lite.kna bli ni..����tq review

avatar

Google+ Followers