iPhone 7 Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi !!

Assalamualaikum..

Dengan bulan September yang menjelang tiba, salah satu perkara yang dinantikan orang ramai adalah pengenalan telefon pintar Apple paling terbaharu, iaitu iPhone 7.
Perkara ini disahkan portal imore, apabila Apple mula menghantar jemputan media kepada media antarabangsa bagi satu acara dijadualkan berlangsung di Bill Graham Civic Auditorioum, San Franciso, Amerika Syarikat pada 7 September (8 September waktu Malaysia).
‘Pembocor rahsia’ EVleaks yang terkenal dengan meniriskan beberapa info lebih awal sebelum pengenalan sesuatu produk turut menyatakan, ia dijadual bermula pada awal September.
iPhone 7 dijangka akan membawakan rekaan seakan sama seperti iPhone 6S namun ia dikatakan tidak mempunyai port untuk audio-jack, selain menyertakan kamera yang lebih baik melalui telefon pintar baru mereka.

Mengikut sejarah sebelum ini, Singapura sentiasa berada di gelombang pertama jualan. Jika anda mahu jadi yang terawal memilikinya, bersiap sedia untuk melawat Singapura pada 16 September nanti. Apatah lagi, ia adalah hari cuti awam di Malaysia.
Seperti acara sebelum ini, orang ramai turut boleh menonton pelancaran ini secara langsung melalui laman www.Apple.com menggunakan komputer Mac atau peranti iOS. Untuk pengguna PC, ia boleh ditonton secara khusus menggunakan pelayar Microsoft Edge. – Sumber
p/s : Erm. iPhone 7 pun dah nak keluar minggu hadapan. Nak beli ke tak nak ek ? Rasanya macam baru sangat guna iPhone6s ni. hihi. Takpa lah . Rileks duluu.. Tunggu iPhone7s pulak lah kalau ada nanti ! hahahahhaah >.<

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

5 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Dkna Abza
AUTHOR
August 31, 2016 at 7:21 PM delete

Wah.. Tak terkejar ngan iphone ni... Agaknya next year kuar yang baru lak.. Hahaa

avatar
YatieOwner
AUTHOR
September 1, 2016 at 8:26 AM delete

giler hebat iPhone sekarang kan ;)

avatar
Nadhie Wueen
AUTHOR
September 2, 2016 at 7:47 AM delete

Tak sampai setahun pakai iphone 6s, da nak kuar pulak iphone 7. buat geram je =D

avatar
September 2, 2016 at 11:41 AM delete

Semakin maju Apple, cepat keluaran model terbaru iphone 7, tak sampai setahun.Haha, x terkejar. Maybe ada kelebihan, bila keluar yang baru, model lama turun harga. InshaAllah ada rezeki dapatlah satu iphone impian, mini iphone 5. Aminn.

avatar
sahira
AUTHOR
September 12, 2016 at 8:25 PM delete

hye, saya peminat iphone . kakakaka

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon