Sudah Bersediakah Aku ?

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik.. Terasa macam tiba-tiba je masa ni berlalu dengan cepat. Tak sangkanya dah nak habis bulan September dah. Dah hujung-hujung lah ni kan. 23 September dah. Lagi seminggu dah masuk bulan 10. Tapi sudah bersediakah aku ?

"Bersedia untuk apa...?"



Ye lahh.. Bersedia untuk masuk kembali belajar setelah 4 bulan cuti menganga kat rumah. Mana taknya. Lama gila kot Lyssa cuti. Dari bulan 6 hari tu, sampailah sekarang nih. Tup..Tupp..Tup... Lagi 3 hari je kelas dah nak start ! Tapi, betul-betul ke aku dah bersedia ..?

Kalau ditanya soalan begitu, memang aku eksaited sangat nak masuk belajar balik. Sebab dah 4 bulan melangut tak buat apa. Tapi, bila difikirkan subjek-subjek yang akan ku tempuh bagi Semester 2 di UniKL ni, tiba-tiba rasa macam patah semangat. Subjek semuanya mencabar dan mungkin agak susah bagi Lyssa. huwaaaaa ! Dengan tak sama 'group' dengan kawan-kawan yang lainnya. Ada yang Lyssa keseorangan bila tengok balik jadual dan bandingkan dengan kawan yang lain. Rasa nak nangis pun ada. Tapi, nak buat macam mana kan ? Dah sistem UniKL macam tu. Kena la ikut jugak.hmm.

Sumpah tak dapat nak bayangkan la macam mana nanti aku dalam kelas. Dah la aku ni jenis berat mulut.. Apatah lagi nak cari kawan. Memang teramatlah susah. Sebab tu, Lyssa dari dulu sampai sekarang, dapat kawan pun mesti 2 3 ketul je. Tak pernah lebih pun dari tu. So, bila dilihat dengan jadual Lyssa yang tak berapa nak "ummmmmm" tuu, mulalah perasaan rasa libang-libu. Tak tentu arah.

Lyssa bukan apa. Memang dari Diploma dulu pun, tak pernah la berpisah dengan kawan-kawan. Tambah2 kalau nak buat esaimen, mesti nak kena sekali satu group. Ni dah masuk Sem 2 ni, tak tahu la dugaan apa yang Lyssa dapat pulak kali ni. Sangat berharap semuanya berjalan dengan lancar. Harap-harap boleh la dapat tukar 'group' supaya kami semua dapat kelas sekali. huhu~

Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk Lyssa tempuh Semester 2 ni nanti ye. Dan harapnya dapat la kekalkan "Dean" lagi untuk semester yang akan datang ni... InsyaAllah Aamiin .. :)





Terima Kasih Sudi Baca :') -xoxo-muahciked:*
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

2 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Mas
AUTHOR
September 23, 2016 at 5:56 PM delete

laaa.unikl ke sis? sedare rupanya ..hahaa

avatar

Google+ Followers