MIZZUE MALAYSIA | Bergaya Dengan Handbag Baru Yang Berkualiti Tinggi !

Assalamualaikum...

Hi korang.. ! Seperti mana yang kita semua tahu, 'handbag' (beg tangan) dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Sebabnya kebanyakan wanita tak kira lah tua ke muda, memang terlalu suka akan handbag, kan ? Setiap wanita semestinya akan cuba untuk dapatkan beg kegemaran mereka mengikut citarasa dan pilihan hati dan akan pilih yang terbaik untuk dibeli. Betul tak ?

Ya ! Sebab tu lah, Lyssa nak cerita kat korang ni. Baru-baru ni, Lyssa terima 2 beg tangan daripada Mizzue Malaysia. Pernah dengar beg tangan jenama Mizzue ? Tipu lah tak pernah dengar. Femes tuu ! hehe. Bila sampai je beg tangan tu depan rumah, rasa eksaited sangat sebab tak sabar nak guna masa hari raya haritu! Memang seronok sangat la bila dapat beg tangan baru yang berjenama ni kan. Puas sebab tersangatlah berkualiti. Sebelum Lyssa cerita lebih panjang lagi, meh nak bagitau, Mizzue tu apa...



Apa itu Mizzue ?

Mizzue merupakan satu jenama online shopping di mana kita boleh membeli-belah secara atas talian, semua jenis beg dan juga pakaian. Antara beg yang terdapat di website mizzue.com.my adalah terdiri daripada clutches, wallet and purse, handbag, shoulder bag, across body bag, backpack, leather bag, woven handbag dan juga washed PU leather. Banyak kan ?


Masa kali pertama masuk website tu kan, rasa macam rambang mata gila nak pilih beg mana satu ! Sebab semuanya cantik-cantik belaka ! Kejap tengok yang itu, kejap tengok yang ini. Sampai jadi pening lah nak pilih. Last-last, Lyssa buat keputusan beli 1 handbag untuk hari raya, lagi satu beg untuk pergi ke kuliah. Jadi disebabkan tema raya Lyssa warna kelabu, jadi beg tangan kelabu lah yang menjadi pilihan hati kudus Lyssa ni. hihi ! Dan disebabkan Lyssa suka dengan warna hitam, Lyssa pilih 1 lagi beg warna hitam untuk ke kampus.. Jom kita tengok beg mana 1 yang menjadi pilihan hati Lyssa... hehe..


Handbag Kayla Wilderman (Grey)

     




Jujur cakap, Lyssa memang suka sangat dengan Handbag Kayla Wilderman daripada Mizzue ni. Memang nampak besar, tapi bila pakai rasa selesa sangat dan muat-muat je nak galas kat sebelah tangan tu. Warna pun, bagi Lyssa memang menarik ! Kalau korang nak tahu, Kayla Wilderman ni, terdiri daripada 5 warna tau. Ada warna kelabu, hitam, biru, coklat dan hijau.

Kayla Wilderman ni memang 'best-seller' tau dan kita boleh nampak keanggunannya bersama dengan reka bentuk tenunan yang berkualiti tinggi. Ianya merupakan kulit tenunan terbaik PU, dan mempunyai zip atas dan pemegang pegangan tahan lama. Selain tu, beg ini juga mempunyai banyak ruang di dalamnya dengan ruangan yang berzip dan slip poket. Paling best, ada poket zip belakang di bahagian luar untuk penyimpanan mudah. Contohnya, kita boleh letak handphone kita kat situ :)




Korang boleh lihat spesifikasinya di sini ---> Handbag Kayla Wilderman

Oklah ! Sekarang ni, jom tengok beg kedua yang memang pilihan hati Lyssa .. huhu ...


Handbag Isaura Eggeman (Black)

   



Tak tau la Lyssa nak gambarkan perasaan tu macam mana bila pakai beg tangan Isaura Eggeman daripada Mizzue ni. Selesa sangat. Memang sesuai untuk pelajar dan juga yang sudah bekerja. Best sebab beg ni boleh muat untuk letak file yang bersaiz A4. Macam Lyssa ni, kalau ke kuliah memang tak sah kalau tak bawa fail untuk letak kertas A4. Sebab tu la beg ini menjadi pilihan hati Lyssa. Sebenarnya ada warna lain selain hitam. Pink dan biru. Tapi, kenapa hitam juga yang menjadi pilihan Lyssa ? Sebab, senang nak matching dengan apa-apa baju pun. hihi ! Lagi satu, hitam kan menawan... Haaa, dah nampak dah elemen 'elegant' kat situ ! hihi..

Beg Isaura Eggman ini mempunyai fungsi yang menarik dengan potongan kulit PU licin yang digilap. Beg ini akan menampakkan ciri-ciri elegant pada seseorang wanita yang memakainya. Ianya juga mempunyai zip dibahagian luar yang boleh dibuka untuk merubahkan bentuk kepada gaya yang berbeza. Bahagian dalam pula ada banyak ruang petak untuk letak barang-barang yang kecil. Beg ini agak keras dan disebabkan itulah, ianya nampak sangat berkualiti !



Korang boleh lihat spesifikasinya di sini -----> Handbag Isaura Eggeman



So, sekarang ni macam mana ? Korang ada terasa nak usha beg yang sangat berkualiti ni tak ? Tak payah fikir pajang dah lah. Terus je website www.mizzue.com.my untuk tengok beg jenama Mizzue ni. Lepas dah pilih mana yang berkenan, terus je Add To Cart dan beli yer. Lyssa sendiri pun rambang mata tau haritu nak pilih yang mana. Sebab banyak warna dan pattern yang memang menepati citarasa Lyssa sendiri. Tambah pula, beg jenama Mizzue ni memang menekankan ciri-ciri handbag fesyen terkini. Tak nak sembang banyak, korang tengok lah sendiri yer.. Lyssa dah ada 2 beg dari Mizzue ! Korang pulak ? Tak nak ke ?? hehehhehe ....

Nahhhhhh ... Pakai dua-dua terusss ! hahahah ....

Untuk info lanjut boleh terus ke :

Instagram : @mizzuemy

#mizzuemy #mizzuemylove #mizzue

Terima Kasih Sudi Baca ...

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
mrhanafi
AUTHOR
July 3, 2017 at 10:40 PM delete

Beg cantik..

Orang Cun..

Kombinasi yang cukup sempurna

avatar
Asep Haryono
AUTHOR
July 3, 2017 at 11:21 PM delete

Walaikumussalam Wr wv. Awesome Bag. Its lovely one just like you are.
Hiehiheeie Happy Ied. Greetimgs from Indonesia

avatar
timm bill
AUTHOR
July 6, 2017 at 11:34 PM delete

cntik begnya,,haihhh...

avatar
Tebinfea
AUTHOR
July 16, 2017 at 4:04 PM delete

Hello my dear friend.
An excellent Sunday.
Teb.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers