OHFREEFOOD | Aplikasi Bagus Untuk Berkongsi Makanan Lebihan dan Elak Pembaziran

Assalamualaikum


Hi semua ! 


Ni Lyssa nak tanya korang, pernah tak korang terdengar dengan satu aplikasi ni, nama dia OHFREEFOOD. Dengan nama aplikasi ni, apa yang korang bayangkan ? Haaaa ! Semestinya "Makanan FREE" kan ? Itu lah yang Lyssa nak kongsikan dan bagitau pembaca blog kesayangan Lyssa ni.

Apa itu OhFreeFood ?

Macam Lyssa ada tulis di bahagian tajuk entri, OhFreeFood ini adalah satu aplikasi di mana korang boleh berkongsi makanan lebihan atau pun mendapat makanan percuma daripada pemberi, untuk mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh, korang ada terlebih masak, ataupun ada makanan yang korang terlebih beli, ataupun sengaja beli lebih dengan niat nak kongsi rezeki dengan orang lain juga, Aplikasi OhFreeFood ni sangat-sangat membantu! Korang hanya share makanan yang korang nak kongsikan tu, kemudian tunggu sahaja request daripada sesiapa sahaja yang memerlukan makanan daripada korang.


Bukan sahaja korang boleh kongsikan makanan, korang sendiri pun boleh juga terima makanan FREE daripada orang lain. Best kan ! Tambah pula, sekarang ni bulan Ramadhan, lagi eloklah kita bersedekah atau berkongsi rezeki dengan orang lain kan. Nak pula yang sejenis suka beli makanan tak hengaatt dunia kat Bazaar tu, tupp tupp tupp... makanan tak habis, apa la salahnya korang guna Apps ini untuk diberikan kepada yang memerlukan, dan secara tak langsung dapat elakkan pembaziran berlaku ! :) Kan bagus begituuuu...




Untuk pengetahuan korang, aplikasi ini boleh didapati daripada telefon pintar korang yang menggunakan Android dan juga iOS. 


Kat bawah ni, Lyssa akan terangkan satu persatu, macam mana korang nak gunakan aplikasi ini, bagi yang tak tahu dan tak faham. Its okey ! Lyssa ajarkan korang ye... hihihi... *tak sabar sebenarnya nak ajak korang guna aplikasi best ni !! hehe* ...

Bagaimana Cara Menggunakan Aplikasi OhFreeFood ?

Ok! Sebenarnya kan, cara dia memang mudah sangat2! Korang ikut je step kat bawah ni oke ?


1. Buka Google Play Store atau App Store di telefon pintar korang.

2. Search OhFreeFood, nanti akan keluarkan logo ini, dan korang boleh tekan install sekarang ye. (macam Lyssa, dah install and then boleh terus tekan Open)


3. Lepas dah buka aplikasi itu, korang boleh Sign Up / Login. Macam Lyssa, nak mudah, Lyssa Login sahaja guna Facebook. Tapi, bagi siapa yang nak guna email pun boleh sahaja, terpulang pada citarasa masing-masing... ecewahh ! hihi . Tapi, dah ada kemudahan, apa salahnya kita gunakan kan ?


4. Lepas dah berjaya LOGIN, korang boleh pergi ke My Account dan klik Edit profile. Alaaaa, isi mana-mana yang penting sahaja. Macam contoh kat bawah ni. Lyssa hanya isi Nama dan Location sahaja. Macam gambar Lyssa tu, automatik ada sebab Lyssa Login guna FB, so akan keluar gambar yang kita letak kat FB lah.. hee ! Kemudian, tekan Save Profile! *Jangan lupa Save pulakk !*




5. Ok! Sekarang ni, korang dah boleh Share makanan yang korang nak kongsikan tu.

  • Pertama sekali, tekan button Search di bahagian bawah, dan klik pada + Share A Food

  • Di bahagian Select Photo, korang boleh tangkap gambar makanan korang tu. Contoh macam Lyssa, Lyssa nak kongsikan Kopi-O dan Coconut Bun ni. Lepas dah tangkap, tekan sahaja Next.

  • Sekarang di bahagian Meal Details. Taip nama makanan yang korang nak share dan korang boleh select sahaja mana-mana yang berkenaan, contohnya macam ni, and tekan Next !

  • Kemudian, di bahagian Choose a Category, pilih kategori yang berkaitan. Kalau tak ada kaitan, tekan others je. Next.

  • Ok. Sekarang ni, kena masukkan details makanan. Isi mana-mana yang penting sahaja, maksudnya, isi mana yang ada simbol * ini sahaja. Kalau nak isi semua pun lagi bagus. Contohnya.. isi Date Purchased, Time Purchased, Available for how many person, and Each Receiver will get what , then tekan Next.

  • Ok, sekarang ni pilih antara nak Meetup atau Self Pickup. Masukkan sekali location kat mana nak meetup tu.. Dan, terus tekan Post It!


6. Dan sekarang, makanan korang dah ada di bahagian tab Search tu. Boleh lah pi tengok page tu.. hihi !  So, now tunggu la ada orang nak Request makanan kita ke tak...


7. Kalau ada orang Request, korang boleh check di bahagian Activity. Kat mana Activity tu, korang boleh hanya terus tekan button Notifications di bahagian bawah sekali tu.

Kemudian akan keluar la macam ni...


Macam Lyssa, ada dua orang Request nakkan makanan Lyssa tu, and Lyssa boleh pilih nak bagi kat siapa. Lyssa pilih nak bagi kat Afiq Syazwan, then terus tekan Accept !


8. Lepas korang tekan Accept, automatik akan terkeluar la perkataan Chat di situ, macam ni :


9. Ok sekarang, korang boleh Chat dengan penerima makanan tu dengan mudah sekali.. Tanya la, dia nak ambil makanan pukul berapa, dan boleh ambil di mana. Contoh macam ni :


Mudah je kan ? So, macam tu lah caranya kalau korang nak share makanan korang dekat yang memerlukan.

Selain daripada kongsikan makanan, korang juga boleh terima makanan FREE daripada orang lain juga. Caranya, hanya klik pada makanan yang korang nak, then tekan sahaja Button Request ! Tunggu la pemberi makanan tu Accept dan Chat dengan korang. 



Sama je konsep macam tadi. Mudah sangat-sangat kan ??





Pengalaman Lyssa Menggunakan Aplikasi OhFreeFood

Ok. Sebelum tu, Lyssa nak bagitahu yang Lyssa tahu aplikasi ini daripada rakan facebook Lyssa yang ada share mengenai OhFreeFood ini. Lyssa tertarik dengan aplikasi ni sebabnya kita boleh share makanan kita yang terlebih beli sekaligus, kita juga boleh jadi penerima makanan secara percuma. Lyssa pun install la aplikasi ni sebab nak tengok juga, apa yang bestnya kan dengan apps ni. Terkejut juga sebenarnya, lepas je masuk ke aplikasi itu, banyak betul ya makanan FREE yang ada. hahahah! Makin eksaited la juga Lyssa terasa nak share makanan juga pada orang yang memerlukan.

Kebetulan, dekat rumah Lyssa ni ada makanan yang terlebih beli sebabnya tak ada orang nak makan. Then apa lagi... Cepat-cepat la Lyssa tangkap gambar makanan yang Lyssa nak kongsikan tu. Lyssa nak share Kopi-O dengan Coconut Bun ni :) Dengan harapan, ada la yang memerlukan makanan yang Lyssa nak kongsikan ni.


Lepas dah post, tunggu punya tunggu, tiba-tiba ada 2 orang request nakkan Kopi dengan Bun ni. Lagi eksaited la Lyssa! Cepat-cepat tekan Accept dan Chat dengan penerima tu, untuk ambik makanan ni di rumah Lyssa. Kiranya, Lyssa tekan Self Pickup masa pilih dekat apps tu tadi. Haaaa.. Senang, orang tu pun dan rumah Lyssa dan ambil makanan ni..


Perasaan tu seronok sangat sebab dapat berkongsi dengan orang yang memerlukan di samping dapat juga elakkan daripada pembaziran berlaku.


Korang pun, boleh juga kalau nak kongsikan makanan atau nak dapat makanan percuma!

Cepat-cepat la Download Aplikasi OhFreeFood di telefon pintar korang sekarang! :D




Untuk info lanjut, boleh terus ke :



Terima Kasih Sudi Baca :D



KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
May 29, 2019 at 12:19 AM delete

ce try ni https://jualanpro.net/go/idevaffiliate.php?id=1614

avatar
Acenana
AUTHOR
June 13, 2019 at 8:29 AM delete

huu wow baru tau ada app ni

https://nanafidenaz.blogspot.com/2019/06/stress-management.html?m=0

avatar
gnesop
AUTHOR
June 18, 2019 at 5:06 PM delete

bagusnya
baru tahu ada apps ni
selain bagi boleh cari juga la kan org nak bg free :)

avatar
March 28, 2022 at 3:41 PM delete

Your writing is perfect and complete. 크레이지슬롯 However, I think it will be more wonderful if your post includes additional topics that I am thinking of. I have a lot of posts on my site similar to your topic. Would you like to visit once?

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon