Home
tutorial
Tips-Tips

Santai Bersama Ben Ashaari

26 April 2013

Ke Mana Lyssa Menghilang ?

26/04/2013

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Waa  . Serius ! Lama nya tak menaip kat blog ni . Terasa kekok jari jemari . Weh weh , rindu kat korang la . Rindu sangat kat pembaca-pembaca blog LyssaSecret ni . Agak-agak ada ke yang baca entri kali ni ek ? Ke semua pembaca pun dah lari ? haha . 

Dan disebabkan ramai yang tanya Lyssa kenapa blog tak berupdate , meh nak cerita .
Lyssa nak cerita dari mula sampai habis . Hope korang baca lah ye . haha . 

Ok . Kalau korang nak tahu , Lyssa sekarang kan dah jadi student . Memang ramai pun dah tahu kan ? Tapi ramai yang tak tahu Lyssa study kat mana . Nak gitau ke tak nak ek ? err.
Pada mulanya memang rasa tak nak bagitau pun . haha . Tapi lama-lama rasa macam nak je story kat korang semua . Oh ya !

Now , Lyssa study di Universiti Kuala Lumpur , UniKL , Malaysian Institute of Information Technology (MIIT). Agak-agak ada ke yang pernah dengar U ni ek ? haha . Dan Lyssa ambil kos IT which in Information Technology . Dah nak habis Sem baru Lyssa nak story kat korang kan ? alaa . sorry la . haha . 

Next two week , dah mula dah final exam . So , diz week is a study week . So , dalam kesempatan ini , Lyssa balik kampung halaman setelah 2 bulan tak balik . Last balik pun masa cuti raya China hari tu . Tu yang sekarang perasaan nak update tu membuak-buak sebab sekarang lah masanya untuk Lyssa ceritakan semua nya . 

Lyssa tahu , blog Lyssa dah diabaikan . Last update pun , 3 minggu lepas kan ? And dah lama Lysa tak godek coding and buat tutorial . Ergh . Rasa dah lupa dah semua benda-benda tu . Lyssa nak minta maaf kat korang yang ada tanya apa-apa soalan , tapi Lyssa tak jawab . Bukan Lyssa tak nak jawab , maybe disebabkan kebusy-an yang melampau , tu yang Lyssa tak sempat nak reply . Sorry again .

And kalau korang nak tahu , so far , memang best lah study kat tempat Lyssa study sekarang nih . Universiti tu terletak di Jalan Sultan Ismail , Kuala Lumpur . UniKl ni memang ada banyak cawangan . Boleh dikatakan , setiap negeri ada . Tapi tak semua . Setiap UniKL dah ditetapkan kos nya . Contoh macam UniKL kat tempat Lyssa ni , dia banyak kos yang melibatkan IT . Nama pun MIIT kan kan ?

Walaupun 1 bangunan yang tinggi , which is 31 tingkat , tapi kemudahan yang disediakan bagi Lyssa memang puas lah . Tak ada pun yang Lyssa rasa kureng . Semua complete . Apa yang best nya , kampus ni dikelilingi dengan kedai makan ! haha . Berderet kedai makan kat kampus ni .  Tu yang best . "Saya kan kuat makan !" Memang syok la dok kat kampus tu 24 jam . Duit pun habis kat makanan je . haha . 

Bagi kos yang Lyssa ambil tak de la ramai mana pun . Ada la lebih kurang dalam 25 orang untuk Sem ni . Tapi antara semua tu , Lyssa paling rapat dengan 3 orang je . Which is RasNakisa , Solehah and Ezmie . Kitorang dah boleh dianggap macam BFF lah . 24 jam berkepit je 4 orang ke mana-mana pun . haha . 


 

 

Kalau nak tengok banyak lagi gambar2 Lyssa and kawan2 Lyssa boleh je tengok kat #instagram Lyssa . Alang-alang tu , follow lah terus ek ! haha . --->> @LyssaFaizureen


Setiap masalah yang kitorang hadapi , masing-masing saling bantu-membantu . Susah senang , pasti bersama . And kitorang dah berjanji nak graduate sama-sama nanti . huhu .InsyaAllah . 

Sebenarnya banyak lagi nak Lyssa ceritakan kat korang . Tapi rasanya  , takat tu je kot yang korang perlu tahu dulu . Nanti Lyssa sambung lagi . haha . *Nak pergi peluk cium kucing kesayangan Lyssa jap .  TATA =) hehe .