Ramai yang teringin melihat hantu sebenar meskipun manusia yang menyerupai hantu atau perangai hantu di depan mata kasar dipandang setiap hari, belum cukup untuk menakutkan mereka.
Amalina Ahmad, memuat naik beberapa lakaran hantu yang didakwa pernah dilihat dengan mata kasarnya sendiri, trending di laman sosial.
Dakwa gadis itu, lakaran-lakaran itu bukan rekaan, namun tersilatnya kisah di sebalik penampakan yang tidak diinginikan itu.
Gambar yang dimuat naik ke laman Twitter itu disertakan dengan kapsyen "Antara Hantu Mel Selalu Nampak".
1. "Yang Mel pernah cerita hantu mengintai dari bilik kosong di asrama. Beginilah rupa dia,"
2. "Hantu budak yang pernah mengikut Mel balik ke bilik semasa Mel final hari tu. Mel tak takut sebab budak itu baik. Oh ye, semalam dia datang ke bilik. Ju-On itu, tah kenapa dia datang. Mungkin rindulah tu," katanya.
Lakaran gambar yang dilukisnya itu menyerupai Ju-On, karekter utama dalam filem seram Jepun.
3. "This is Cempaka look a like. Dia dah tua sekarang ni. Itu yang last Mel nampaklah. Pakaian serba kuning,".
4. "Dua ini Mel selalu nampak di asrama kosong dan di rumah di tepi jalan di mana-mana. Mel pernah nampak pontianak di asrama di IKBN Wakaf Tapai. Berterbangan, mujur tak dengar dia mengilai. Hahaha! Keesokan harinya, demam,"
Bagaimanapun, tiada penjelasan yang dibuat mengenai lakaran gambar seorang wanita yang menggantung dirinya. -Sumber
Note : Benar ataupun tidak , hanya Allah sahaja yang tahu . Tapi , apa-apa pun makhluk seperti ini memang wujud . Cuma kita je tak nampak mereka ni . Syaitan sentiasa ada di mana-mana. Jadi, sebagai umat Islam .. Sebagai manusia , jangan lah sesekali kita lupa untuk berzikir dan solat 5 waktu di samping solat-solat sunat yang lain , supaya dijauhi perkara sebegini muncul di depan mata lantas menghancurkan iman kita. Wallahualam ~
8 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Sinimmg semua makhluk ni wujud. kita perlu percaya cuma jngn taksub
Betul tu.. Benda benda macam ni ada je wujud cuma kita jangan sampai takut sangat melebihi takut pd Allah
Asalam Lisa..last entri ni..hebat. semoga kita dijauhkan dan kita amalkan zikir dan solat teratur. terima kasih ...
Eeeiii.... Seram jugaklah! Memang kadang-kadang iman boleh tergugat kalau nampak benda-benda yg macam nie... Tapi ingat! Allah is always with us.
Eeeiii... Seram jugaklah! Memang kadang-kadang iman boleh tergugat kalau nampak benda-benda yg macam nie... Tapi ingat! Allah is always with us.
Mungkin Allah telah kurniakannya kelebihan utk nampak benda2 halus ni..ini jugak sebagai pengetahuan kita..yang bukan kita saja yg hidup di atas muka bumi Allah ni kan
Ya Allah terkejut sayaaaa part yang dok mengintai tu.
hai lyssa....apa yg diceritakan diatas...sy sendiri pernah alami waktu sy masih kecil dalam linkungan sekolah rendah. Sy akui kadang2 benda ni wujud mungkin kerana terlalu tertekan dengan kehidupan walaupun masih kecil atau sunyi. Jangan ingat anak kecil macam sy time tu tak de perasaan gegitu yer... sbb sy baru sahaja kehilangan ayah sy waktu tu... so sy percaya adik Mel ni memang betul2 dia nampak dan infact dia sempat berkawan dengan mereka2 ni... huhu wallahuallam...
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon