Sakit Belikat Boleh Merebak ?

Assalamualaikum..

Kebetulan disebabkan sekarang ni Lyssa sedang mengalamai sakit belikat, Lyssa nak sharelah sedikit info mengenai sakit belikat ni. Tak tahu macam mana lah tiba-tiba dalam 3 4 hari ni belakang Lyssa ni asyik dok sakit-sakit ja. Tekan je sakit. Picit sikit pun dah sakit. Mula-mula rasa sakit-sakit dibahagian belakang. Lepas tu, dah mula la naik kat bahu, tengkuk leher dan kadang-kadang tu rasa sakit kat tangan dan bahagian perut pula. Agak-agaknya tu penyakit apa la ? Tapi, Lyssa syak ini semua sakit belikat.. Kalau sakit ni berterusan juga, Lyssa akan pergi jumpa doktor. InsysAllah..



Apa itu sakit belikat ?

Sakit belikat atau dikenali sebagai scapulocostal syndrome adalah penyakit otot dan sendi yang sering berlaku. Ia selalunya melibatkan bahagian tulang belikat atau skapula dan bahagian belakang bahu.
Bagaimanapun, disebabkan oleh kesakitan yang tidak spesifik, pelbagai penyakit boleh menyebabkan sakit belikat terutamanya penyakit yang kronik.
Ini termasuklah penyakit di bahagian tulang tengkuk (cervical), kecederaan pada bahagian sendi bahu atau penyakit pada organ dalaman sekitar dada. Diagnosis klinikal boleh dibuat selepas pemeriksaan rapi oleh doktor pakar.
Sakit belikat boleh merebak ke pangkal tengkuk dan tulang belakang cervical. Ia juga boleh merebak ke bahagian bahu.

Punca dan Kesan Sakit Belikat

Petanda penting sakit belikat adalah kesakitan, yang boleh tertumpu pada bahagian belakang dan sisi medial tulang skapula dan boleh merebak pada bahagian tengkuk, menyebabkan sakit kepala.
Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada pangkal bahu menyerupai kecederaan pada bahagian bahu. Ia boleh merebak ke bahagian dada atau tangan.
Kesakitan biasanya adalah dalam bentuk sengal atau tajam dan selalunya sehingga mengganggu pergerakan pesakit. Kesakitan boleh datang secara berterusan atau berulang-ulang.
Kesukaran untuk tidur juga boleh berlaku disebabkan oleh kesukaran untuk mendapat posisi tidur yang selesa. Kedua-dua jantina tidak terkecuali daripada menghidapinya.
Pekerjaan pejabat yang melibatkan posisi menulis serta menaip dan membawa beg tangan yang terlalu berat adalah beberapa faktor yang boleh menjurus kepada sakit belikat.



Sindrom ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis
* Primer; selalunya disebabkan oleh postur yang tidak betul. Ini adalah punca kesakitan yang paling kerap. Modifikasi pada cara kerja adalah penting bagi menghalang kecederaan dari berulang
* Sekunder; ini disebabkan oleh penyakit tulang tengkuk (servikal), kecederaan pada bahu, abnormaliti pada tulang skapula atau rusuk dan masalah pada saraf di kawasan belikat
* Statik; ini berlaku pada pesakit yang mempunyai otot yang lemah pada kawasan belikat. Contohnya, pesakit strok yang tidak berupaya untuk mengekalkan kedudukan tulang skapula yang asal pada bahagian rusuk.

Kebiasaannya semasa pemeriksaan fizikal, tiada kelemahan otot dan perubahan pada deria rasa kulit sekitar bahu atau tangan yang dapat dikesan jika tiada kecederaan pada saraf.
Kesakitan dapat dirasai apabila bahagian medial tulang skapula ditekan. Kesakitan juga dapat dirasai pada pangkal tengkuk.

" Apakah penyakit yang dapat menyebabkan kesakitan pada bahagian belikat? "

Pelbagai penyakit dapat memberi kesakitan pada kawasan belikat. Antaranya:
* Penyakit atau kecederaan pada kawasan bahu termasuk otot rotator bahu yang koyak, dislokasi dan instabiliti sendi bahu yang berulang atau artritis sendi bahu.
Kesakitan pada keadaan ini selalunya akan bertambah oleh pergerakan sendi bahu sendiri atau pergerakan tulang skapula. Dalam keadaan ini, terdapat juga batasan pada pergerakan sendi bahu.

* Spondilosis servikal, prolaps diska servikal dan radikulopati servikal boleh mengakibatkan kesakitan disebabkan oleh otot yang tegang dalam keadaan ini turut berada pada kawasan skapula.
Radikulopati servikal boleh menyebabkan rasa kebas pada anggota tangan dan bahu berserta dengan lemah pada otot tertentu bergantung kepada saraf servikal yang terjejas.

* Snapping scapula adalah keadaan di mana terdapat kesakitan pada bucu tulang skapula, kesakitan pada pergerakan tulang skapula di atas tulang rusuk dan krepitus pada pergerakan tersebut.
Keadaan ini berpunca dari ketumbuhan tulang skapula, malunion (tulang patah yang tidak bercantum secara sempurna), patah tulang rusuk atau tulang skapula.

* Suprascapular nerve entrapment adalah keadaan di mana saraf-saraf suprascapular yang berada pada bahagian atas tulang skapula terperangkap.
Kesakitan yang berlaku kerap dirasai pada bahagian dalam dan tidak dapat ditunjukkan secara spesifik oleh pesakit.
Selalunya kesakitan dirasai di bahagian belakang bahu. Pergerakan tulang skapula boleh menyebabkan kesakitan.

* Kedudukan postur tubuh yang tidak betul semasa melakukan tugas adalah sebab yang paling kerap. 
Kedudukan tersebut menyebabkan ketegangan otot pada kawasan skapula tersebut.

Rawatan Yang Perlu Diambil

Punca kesakitan adalah penting untuk dikenal pasti sebelum sebarang rawatan diambil. Ini melibatkan pemeriksaan rapi doktor pakar serta ujian darah dan pemeriksaan sinar-X.
Jika masalah lebih serius dikenal pasti termasuk koyakan otot rotator, dislokasi sendi bahu atau prolaps diska servikal, ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) perlu dilakukan.
Rawatan adalah bergantung pada diagnosis penyakit yang menjadi punca kesakitan.
* Rawatan bukan operatif; melibatkan modifikasi aktiviti, fisioterapi dan ubat penahan sakit seperti ubat antiradang (NSAIDS). Dalam kebanyakan kes, kaedah ini dapat mengurangkan kesakitan yang dialami
* Suntikan pada bahagian medial tulang skapula melibatkan ubat bius seperti Lignocaine yang dicampur dengan steroid seperti Bethamethasone dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan radang yang menjadi punca kesakitan.
Suntikan diberi ke dalam selaput busa yang berada antara otot tulang skapula yang dipercayai menjadi punca kesakitan. Ini adalah kaedah sementara namun punca asal penyakit haruslah dirawat secara spesifik.
* Pembedahan adalah perlu jika punca penyakit gagal dirawat menggunakan kaedah-kaedah di atas.
Contohnya, jika punca kesakitan adalah disebabkan oleh koyakan pada otot rotator pada sendi bahu, maka koyakan tersebut perlulah dijahit semula secara pembedahan.
Ini adalah penting untuk mencegah kesakitan itu berulang.

Glosari:
* Servikal; tulang belakang di bahagian tengkuk
* Skapula; tulang belikat
* Otot rotator; otot termasuk suprasupinatus, infrasupinatus dan subskapularis yang penting dalam pergerakan sendi bahu
* Bahagian medial; bahagian dalam sempadan tulang skapula yang hampir dengan tulang belakang spina
* Servikal spondilosis; penyakit artritis pada sendi tulang servikal disebabkan oleh kehausan pada permukaan rawan sendi dan munculnya tulang baru (osteofits)
* Prolaps diska servikal; diska pada tulang servikal mengalami kecederaan menyebabkannya pecah atau terbonjol keluar ke kawasan ruang saraf pada tulang servikal
* Servikal radiculopati; keadaan dimana saraf servikal terhimpit disebabkan oleh diska yang terbonjol atau penumbuhan tulang baru dalam spondilosis.

Oleh Pakar Bedah Ortopedik, Dr. Ariff Sukimin Shukri.
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
zyaakma
AUTHOR
November 19, 2016 at 2:13 PM delete

zya dah lama alami sakit nie memang menangis bila dtg sakit tu. sengal2 jer rasa tapi parent bawa g memgurut n now dah xrasa sakit mcm dulu.

avatar
zyaakma
AUTHOR
November 19, 2016 at 2:15 PM delete

zya dah lama alami sakit nie memang menangis bila dtg sakit tu. sengal2 jer rasa tapi parent bawa g memgurut n now dah xrasa sakit mcm dulu.

avatar
zyaakma
AUTHOR
November 19, 2016 at 2:15 PM delete

zya dah lama alami sakit nie memang menangis bila dtg sakit tu. sengal2 jer rasa tapi parent bawa g memgurut n now dah xrasa sakit mcm dulu.

avatar
Azwar Syuhada
AUTHOR
November 19, 2016 at 2:51 PM delete

Thank for the info lyssa! azwar sendiri pun tak tahu Belikat tu apa, sekarang baru tahu!

avatar
Mrs. A
AUTHOR
November 23, 2016 at 4:31 PM delete

Cara duduk sewaktu mengadap pc/kerja kat office perlu betul

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon