.Assalamualaikum ♥
Ok lah . Straight to the point . Mulai dari sekarang , setiap Hari Ahad , Lyssa akan pilih SATU entry terbaik untuk tatapan semua . Bagaimana entry dipilih adalah secara random melalui sesiapa yang datang singgah ke blog Lyssa dan meletakkan jejaknya di Cbox di bahagian sidebar blog Lyssa .
Ok , bagi minggu ini yang merupakan kali pertama Lyssa ingin buat segmen begini , Lyssa ada terbaca satu entry / artikel daripada seorang insan yang baru berjinak berblog iaitu Blog Amma Ajmal .
Entry yang menarik hati Lyssa ialah entrynya yang bertajuk "Nak Cantik?" . Eh , eh tapi Lyssa gubah sikit lah tajuk entry Lyssa ni . Boleh kan ? hihi .
Ok . Sekarang boleh lah korang baca apa yang Amma ni ingin kongsikan kepada semua .
Tips nya ialah :
1. Jangan
tidur lewat... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan untuk tidur! Tak
cukup tidur boleh membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
2. Minum
banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa
seperti kopi dan teh tetapi air suam atau air mineral. Minum banyak air
bersih dapat membantu membuang toksik dalam badan, menjaga kesihatan
kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
3.
Bersenam! Baik untuk kesihatan.. elok untuk rohani juga! Berjalan di
sekitar rumah pun bentuk senaman yang mudah! Jangan malas untuk
bersenam... lepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan
untuk melancarkan kembali peredaran darah.
4. Jangan
merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua
orang tahu tu.. Jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus
sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah!
Jika orang memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti orang lebih nak
sihat, kan???
5. Pada
waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap.
Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di
muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak
payahlah sapu itu ini di muka.. cukuplah dengan wajah yang bersih.
6. Makan
yang cukup tapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela
berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti
sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan
badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu yang sihat
dan bukan penuh lemak atau 'junk food' dan 'fast food' semata-mata.
7. Luangkan
masa untuk memanjakan diri seperti membuat 'facial' atau mencuci rambut
di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak
semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan
sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan
lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi
tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Don't
worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan
kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan
kita pun cantik!
10. Ketawa
penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau
kawan-kawan. Jangan memonyokkan diri atau menarik muka masam. Anda
hanya menambahkan kedutan di muka.
Nicekan tips-tips ni . Memang terbaik . Kalau sesiapa yang nak cantik . Nak jaga muka , badan . Memang sesuai amalkan tips macam ni ... So , selamat mencuba xD
6 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniWah! kena amalkan ni hahahaha...
Wah. Bagus betul tips. terima kasih share tips berguna :)
haluuuu
lyss pm bleh ke?
dan saya ade email pada lyss so boleh check email?
Hmm patutlah saya semakin kacak sekarang ni .. hahaha
HASRULHASSAN.COM
Hahaha betul tu , nak cantik mesti lah kena ada effort and semangat. theres no such natural beauty if diri sendiri pun tak reti nak jaga. Nice tips !
salam kak lyssa.. saya ada masalah blog lah.. saya dah lama dah berblog.. dah berapa bulan dah perhatikan blog saya ni.. bila buka blog je, keluar iklan.. saya tak tahu mana datangnya iklan tu.. macam mana ek kak.. hurm. nanti kalau akak ada masa, tlong bagi respond ea.. terima kasih.. azlanmulan@gmail.com
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon