Assalamualaikum ..
Elak diri menjadi mangsa penipuan jualan atas talian. Artikel kali ni Lyssa nak kongsikan beberapa langkah yang boleh digunakan untuk memastikan anda terima produk sepatutnya.
Selain butik jenama yang mempunyai laman web sendiri, media sosial terutama Instagram mempunyai jutaan ‘kedai’ atau restoran dalam talian. Akaun khas bagi setiap produk berbeza dibuka untuk menawarkan servis dan barangan jualan kepada kita.
Lyssa yakin, sekarang ni mesti ramai di kalangan anda yang mempunyai akaun Instagram (IG) dan kebanyakannya juga boleh dianggap ‘pembeli tegar’ produk dalam talian. Tanpa perlu bersusah payah ke pusat beli-belah, akaun jualan di Instagram menjadi pilihan remaja. Namun, bagaimana untuk kita elakkan diri daripada dianiaya ? Memandangkan banyak aduan membabitkan penipuan jual beli atas talian direkodkan.
Kali ini Lyssa ada sedikit tips untuk dikongsikan kepada anda semua.
1. BACA TESTIMONI
Testimoni adalah ruangan komen atau kenyataan daripada pengguna lain yang sudah menggunakan servis atau produk terbabit. Perlu diingat, akaun IG yang memiliki jumlah pengikut yang ramai belum tentu sah dan meyakinkan kerana kuantiti pengikut boleh dibeli. Periksa komen di gambar produk atau gambar berkaitan yang dimuat naik sebelum membeli. Jika komen itu berbaur negatif ataupun ia ditulis oleh akaun ‘spam’, lebih baik cari akaun lain yang menjual barang sama.
2. CARI FAKTA SAH
Selain memeriksa testimoni, anda juga boleh melihat individu berkaitan yang pernah ditaja jenama terbabit. Sama ada membabitkan selebriti, kenalan rapat mahupun Insta-seleb, pastikan kesahihannya sebelum klik untuk membuat pembayaran.
3. LIHAT GAMBAR
Kebanyakan daripada pembeli akan kecewa kerana barang diterima berbeza daripada gambar yang dimuat naik di akaun terbabit. Yang perlu dipastikan adalah keaslian gambar. Sama ada gambar produk diambil di Internet, dicuri daripada akaun lain atau dirakam sendiri oleh jurugambar mereka, anda tentukan. Lebih selamat jika anda berhubung dengan pembeli dan minta mereka untuk hantar gambar produk sama, namun dari sisi berbeza.
4. BANDING HARGA
Ribuan akaun jualan dibuka hampir setiap hari di Instagram. Barangan dijual juga ada kalanya hampir sama atau sama seperti beberapa akaun lain. Sebelum memutuskan untuk membeli, ada baiknya untuk anda bandingkan dulu harga dengan beberapa kedai online lain. Mungkin agak leceh, tapi ia untuk selamatkan poket anda dengan mendapatkan barang pada harga lebih murah.
5. KEMAS KINI BAYARAN
Selepas selesai membuat bayaran, jangan lupa untuk meminta ‘tracking number’ daripada penjual. ‘Tracking number’ adalah nombor khas diberi oleh syarikat penghantaran barang untuk anda mengesan penghantaran barang berada di lokasi tertentu. Lebih mudah kerana anda boleh mengesannya melalui laman web syarikat penghantaran terbabit. Cepat, mudah dan selamat.
Note : Lyssa harap dengan tips dan trik sebegini , korang semua tidak lagi menjadi mangsa penipuan jualan atas talian. Boleh SHARE artikel ini jika mahu .. :)
TerimaKasihSudiBaca..
3 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di Siniakak share ye heheh
kalau benda mahal memang takut nak beli kat IG..
Belum pernah beli produk dkt ig lagi..hehe
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon