Kulit Muka Lyssa Bertambah Cerah dan Glowing Bila Pakai NatureWhite Miracle Whitening Serum !

Assalamualaikum..

Weee ! Eksaitednya rasa nak taip entri kali ni ! Sebab Lyssa tak sabar-sabar nak kongsikan pada korang satu produk kecantikan ni, yang Lyssa guna dan sangat berkesan untuk kulit muka Lyssa. Wah wah ! Korang pun tak sabar nak tahu ke produk apa tu ? Yes ! Ini dia produk yang Lyssa guna selama ni dan ternyata berkesan dan hasilnya amat memuaskan hati Lyssa . Produk apa lagi kalau bukan produk NatureWhite Miracle Whitening Serum  !


Apa itu NatureWhite ?

NatureWhite diformulasikan dari ekstrak yis terpilih dan bermutu tinggi sebagai bahan utama, bersifat water based serta mengandungi certified organic aloevera dan award winning Vitamin C & B3 menjadikannya setanding dengan jenama antarabangsa. Mendapat sentuhan pakar industri kosmetik berpengalaman, NatureWhite Serum menjanjikan kulit wajah cerah sempurna dan bebas cela tanpa bahan kimia yang berbahaya.



11 Kelebihan NatureWhite Miracle Whitening Serum

✔ Mengecilkan pori wajah
✔ Menegangkan kulit & mengurangkan garis-garis halus di wajah
✔ Mengecut dan memudarkan parut jerawat
✔ Mengekalkan kelembapan kulit
✔ Mengurangkan jerawat & jeragat
✔ Kulit wajah jadi glowing
✔ Mengurangkan kulit berminyak
✔ Tona kulit wajah lebih sekata
✔ Melambatkan proses penuaan
✔ Tanpa pengelupasan
✔ Membantu mengekalkan kulit yang sihat, halus dan gebu (untuk yang tiada masalah kulit)


Nampak tak betapa banyaknya kelebihan yang korang akan dapat kalau pakai NatureWhite serum ni. Apa yang penting, segala masalah kulit muka korang tu, dapat dirawat dengan baik dan berkesan oleh serum ni. Sebab tu Lyssa suka sangat dengan serum ni tau ! Kalau dulu, muka Lyssa suka sangat naik macam biji-biji kecil kat muka. Tapi, sekarang dah makin kurang dan tak berapa nampak dah sebab serum ni dah rawat kulit Lyssa dari dalam. Kulit pun dah bertambah sihat .. !

Setiap hari, sepanjang seharian aktiviti Lyssa, muka Lyssa ni mesti tak pernah lupa untuk apply Serum NatureWhite ni. Kenapa Lyssa suka sangat dengan serum muka ni ? Salah satunya, bila pakai serum ni memang tak rasa melekit langsung tau. Sesetengah serum yang kita pakai dia akan rasa melekit-lekit dekat muka kan ? Tapi tidak dengan NatureWhite Serum ! Bila apply saja di muka, automatik dia terus meresap masuk ke dalam kulit muka kita. Lepas dah pakai serum ni, korang dah boleh terus apply pula foundation atau pun makeup base korang tu. 

*tengok lah muka Lyssa glowing je bila apply serum ni*
rugi la korang kalau tak cuba grab 1 :D

Packaging dia pun kecil dan mudah sangat dibawa ke mana-mana. 1 botol serum ni mengandungi 20 ml. Titiskan sedikit saja dan dap dap sapu ke muka perlahana-lahan. Kalau korang nak tahu, apa keistimewaannya serum ni, ianya mengandungi lebih 50% bahan aktif bermutu tinggi dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang bermasalah. Ianya merupakan 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia terlarang seperti Merkuri,Hidrokuinon,Paraben dan sebagainya. Sebab tu korang tak perlu risau untuk guna dan cuba sendiri serum ni.. Lagi pun, sudah pun mendapat kelulusan dari KKM. Korang boleh check sendirilah ye. hehe (NOT161104047K)...


Bahan Yang Terkandung Dalam NatureWhite Miracle Whitening Serum

PITERA -Memberikan kulit nampak bercahaya, menjaga kelembapan kulit, menyamarkan noda dan kerutan.

ALOE VERA - Mengandungi antioksida termasuk beta karoten, Vitamin C dan E yang membantu meningkatkan kesihatan kulit dan menjaga kulit dari dehidrasi.

VITAMIN C - Mencegah pigmentasi kulit, mencerahkan kulit, mengurangi garis halus dan kedutan.

NIACINAMIDE - Berkesan untuk menghilangkan jerawat, melindungi kulit dari sinaran matahari, iritasi dan penuaan serta mencegah berkurangnya kandungan air pada kulit.

HYALURONIC ACID - Meningkatkan penghidratan kulit supaya sentiasa lembap, merangsang pembentukan kolagen dan mengekalkan keanjalan kulit.



INFO : Kenapa Harus Guna Serum ?

Pernah tak korang tertanya-tanya kat diri sendiri, kenapa kita perlu pakai serum ? Penting sangat ke serum ni semua ? Dah pakai semua jenis skincare segala daycream , night cream, pencuci muka, foundation, bedak dan segalanyalah ! Tapi, muka dok sama macam tu ja. Asyik-asyik timbul masalah kulit. Haaaa. Sebab tu lah Lyssa nak bagitau nih.. Ramai yang fikir, guna segalanya benda yang Lyssa senaraikan tadi tu sudah cukup untuk protect kulit muka kita. Salah tu ! Semua tu hanya lindungi di permukaan kulit muka kita sahaja. Tetapi, untuk memaksimumkan lagi perlindungan, kulit juga perlukan nutrisi yang hanya boleh didapati daripada serum.

Serum ni, kebiasaannya adalah produk perawatan berasaskan air. Namun mempunyai bahan aktif yang cukup tertumpu seperti Vitamin C dan E yang sangat diperlukan oleh kulit. Molekul-molekul serum ni bersaiz lebih kecil menjadikannya lebih mudah meresap ke dalam pori-pori wajah dan bertindak jauh ke dalam lapisan epidermis kulit. Sebab itu lah penggunaaan serum lebih berkali ganda efektif berbanding moisturizer atau krim yang lain. Apatah lagi, untuk NatureWhite Serum ni, bahan utamanya  adalah dalam 50% sahaja mengandungi PITERA.

Bagi sesiapa yang baca post ni dan yang tak pernah guna serum tu, Lyssa sangat recommended bagi korang untuk guna dan cuba sendiri Serum dari NatureWhite ni. Rasailah sendiri, pasti korang pun akan sama teruja macam Lyssa tengah dok teruja sekarang nihh ! hihihi .. Belum cuba belum tahu tauu ! Bila sekali dah cuba, baru lah nak percaya, " betul lah Lyssa cakap ! Memang berkesan serum nih !" ngehngeh~

 


Kalau ada antara korang yang berminat nak order, atau nak tahu info lanjut lagi, korang boleh terus hubungi :

Whatsapp : 017 - 340 1483
Instagram : @naturewhite_baim
Facebook : Serum Putih Ajaib


Terima Kasih Sudi Baca ~

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
anys nadhilah
AUTHOR
November 30, 2016 at 10:24 PM delete

Hai Lyssa ! Lyssa makin cantik tau ! so jeles hehe

avatar
November 30, 2016 at 10:33 PM delete

@anys nadhilah
hai ! atotot . jangan la jeles. jom sama-sama jadi cantik pakai serum ni ... hikhik :D

avatar
Cikla Shahril
AUTHOR
December 3, 2016 at 3:52 PM delete

wah... makin berseri serilah lepas ni... hihiii

avatar
Qaireen
AUTHOR
November 26, 2017 at 11:56 PM delete

mcm best je...bpe harga ni sis

avatar
Cara Manual
AUTHOR
March 6, 2018 at 1:17 PM delete

Untuk pria ada tidak kak?

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon