Assalamualaikum
Sebenarnya banyak punca yang boleh menyebabkan jerawat kita timbul ! Salah satunya adalah makanan ! Hari ni , Lyssa nak kongsikan beberapa makanan yang menjadi penyebab timbulnya jerawat dekat muka kita. Siapa la yang suka ada jerawat kat muka kan ? Lyssa pun, kalau ada jerawat mesti malu-malu nak berhadapan dengan orang luar. Bila ada jerawat je kat muka, mula lah rasa malas gila nak keluar rumah . Korang pun mesti pernah juga rasa macam tu kan ? Terutamanya perempuan / wanita .
Berikut adalah adalah antara makanan yang menjadi penyebab jerawat timbul di muka.
1. Makanan yang digoreng
Jika mengamalkan lemak minyak tidak sihat secara teratur, tubuh kita akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawat dan penyakit kulit lainya akan muncul. Jenis makanan bergoreng yang paling sering menyebabkan jerawat ialah kentang goreng, donat, ayam goreng, Makanan China cepat saji, Mozzarella Sticks dan lain-lain.
2. Makanan tinggi gula
Selain mampu meningkatkan kadar gula dalam darah, makanan yang mengandungi gula boleh menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria, yang merupakan salah satu penyebab jerawat. Selain itu, gula menyebabkan hilangnya elestisitas rangkaian dan fungsi.
Makanan tinggi gula penyebab jerawat adalah seperti gula-gula, soda dan soft drink, Aiskrim , Coklat, Biskut dan Sereal.
3. Makanan yang tinggi karbohidrat
Yang terpenting untuk disedari adalah tubuh manausia memerlukan hanya sejumlah tertentu dari glukosa agar berfungsi dengan baik. Ketika anda makan karbohidrat lebih daripada yang badan perlukan, jadi masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh menjadi kenyataan.
Berikut makanan tinggi karbohidrat yang boleh mencetuskan timbulnya jerawat iaitu beras putih, pasta dan roti putih.
4. Omega-6 asid lemak
Kelebihan pada pengambilan omega-6 asid lemak boleh menyebabkan peningkatan kemerahan dan keradangan. Hormon pro-inflamasi ini bermanfaat bagi anda, kerana membantu untuk melindungi tubuh anda daripada bakteria dan virus, namun terlalu banyak hormon ini mungkin akan merangsang jerawat, membuatnya menjadi lebih buruk.
Omega-6 asid lemak terdapat pada: Ham Cheeseburger, Daging babi serta olahannya dan Bacon.
Contoh makanan ini untuk orang bukan muslim ye..
5. Kafein
Jika anda penggemar kopi macam saya ni, jadi anda harus mula mengawal minuman anda itu. Selain itu, kafien juga terdapat pada coklat, teh (hitam dan hijau), soda, minuman bertenaga dan ubat-ubatan penahan sakit. Kafein mencetuskan kelenjar adrenalin untuk menghasilkan hormon yang menyumbang kepada stress, padahal stress adalah faktor pencetus terjadinya jerawat. Selain itu kafein mengganggu tidur anda, sehingga memburukkan lagi jerawat anda. Sebab kalau siapa yang tak jaga waktu tidur tu, anda jerawat mudah untuk timbul di muka.
6. Produk olahan susu
Kajian kesihatan yang dilakukan oleh Harvard University mendapati, remaja yang sering minum susu cenderung mempunyai jerawat lebih banyak dibanding mereka yang mengambil susu lebih sedikit. Doktor menyatakan, susu boleh menganggu fungsi hormon. Kemungkinan lain adalah gula dalam susu meningkatkan kadar insulin yang sama kesannya dengan makan karbohidrat. produk olahan susu antara lain adalah: Keju dan Yoghurt.
Artikel ini, bukanlah bererti korang tak boleh makan makanan yang disebutkan kat atas ni tadi, tapi sebaiknya bagi korang yang mudah berjerawat seelok-eloknya kurangkanlah pengambilan makanan yang menjadi penyebab jerawat seperti di atas ini...
Note : Harap , dengan adanya artikel ini .. Ianya dapatlah sedikit sebanyak membantu korang yang mempunyai masalah jerawat. SHARE jika mahu ...
TerimaKasihSudiBaca..
>>KLIK SINI<< Untuk Artikel Rahsia Lyssa Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat !!!
3 000 orang Comment Di Sini
Write 000 orang Comment Di SiniPatut asyikk naik jerawat je.. Semua tu makanan ena seharian.. Huaaaa
Dek lisa patui lah ada jerawat kekadang ni...sakit jg bil nak picit..jangan kata orang muda ja kena jerawat.,.yang dah berumur sekali ada ..sakit kalau kena hidung hummm!..hehehe tq infor ni ya
macam akak..tak boleh makan kacang..kalau kacang sayur tu ok..tapi kalau kacang yang rebus atau goreng tu..memang tak boleh makan..mulalah jerawat besaq naik kat muka...
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon