Tak Pernah Jemu Jejak Kaki Di Sini | Cameron Highland

Assalamualaikum.

Baru-baru ni, dalam bulan ni juga Lyssa sekeluarga ada pergi bercuti di salah satu tempat peranginan di Malaysia. Kalau korang perasan Lyssa pernah post satu entri kat mana Lyssa bermalam kan ?


Siapa dah baca angkat kaki cepat ! heheh . *gurau2*

Kalau siapa yang tak pernah pergi lagi , kejap lagi Lyssa nak kongsikan kat korang semua gambar di tempat menarik yang Lyssa kunjungi di Cameron Highland tempoh hari . Mesti ada yang tak sabar nak tengok kan ? Tapi , tunggu dulu . 

Sebelum tu, Lyssa nak cakap .. Yang Lyssa tak pernah rasa jemu untuk jejak kaki Lyssa ke Cameron Highland tu lagi ! Dulu-dulu masa kecik-kecik memang selalu pergi Cameron sebab ada sedara kat situ . Even banyak kali pergi pun , sampai sekarang .. ! Tak pernah langsung rasa jemu untuk ke situ lagi . Kalau nak tahu , Cameron Highland tu nampak je kecik .. Tapi , nak ke satu-satu tempat tu jauh jugak . Bukan jauh disebabkan apa pun. Rasa jauh sebab masa Lyssa pergi tempoh hari kan waktu cuti sekolah. Dah sah sah lah jem gilerrrr jalan nak ke satu-satu tempat tu. hahakx !

*jemput minummmmm* hahahaxxxx ~

PENGAJARANNYA DI SINI , jangan pergi waktu musim cuti sekolah ataupun hari Sabtu dan Ahad . Korang akan bazirkan masa korang atas jalan raya je . hahaha. Bagi siapa yang nak satu tempat je contoh di daerah Brinchang je ke , tak pe lah . Ni yang nak melawat ke seluruh Cameron ni .. Contoh di Kg. Raja , Ringlet , Tringkap , Brinchang, Tanah Rata dan tempat lain sekali lah kan ... Kalau nak melawat ke semua tempat dengan perjalanan yang lancar, Lyssa sarankan korang pergi BUKAN waktu cuti sekolah . Dah sah sah tak sesak ! Nak bernafas pun , lancar je kembang kempis hidung ! Sampai terkeluar la habis taik hidung tu ... haha .

Mama abah Lyssa pun cakap : "Jemput minummmm. haha"

K k . Dah . Lyssa sambung lagi ye.. Kalau bab bab nak cari hotel ke, Lyssa sarankan korang cari Hotel dekat kawasan Brinchang dan Tanah Rata je lah .. Tapi better lagi kalau dekat Brinchang sebab kawasan tu berada di tengah-tengah . So , nak pergi belah mana pun senang dan dekat. Paling banyak tempat yang boleh dilawati memang banyak yang hampir-hampir dengan Brinchang. Contohnya, Ladang Teh Bharat , Lavendar Garden , Taman Rama-Rama , Kebun Strawberri (petik sendiri ada .. yang tak petik pun ada) , Muzium TimeTunnel , Bee Farm dan macam-macam lagi ! Nak beli pelbagai jenis sayur pun , boleh didapati di kawasan itu. So, tak payah dah nak turun ke Tanah Rata, sebab kat area Brinchang pun dah banyak benda dah . Pada sebelah malam pulak, ada Pasar Malam bersar-besaran kawasan Brinchang tu . Macam-macam benda ada jual . Makanan , pakaian , mainan kanak-kanak, sayur-sayur pun banyak . Kalau tak silap Lyssa , memang setiap hari buka ! Tu yang best tu ....

Kalau tak jem , nak ke satu -satu tempat tu tak da lah lama sangat kot , mungkin dalam 15 minit je . Tapi , kalau dah jem ... Hm . Mahu dekat SEJAM jugalah nak sampai. hihi . Masa Lyssa pergi tu , memang banyak masa habis dalam kereta je.. Disebabkan jem .. Kalau tak jem lah , dah banyak tempat dah boleh pergi . 


Tapi, dalam seronok-seronok , perkara yang paling Lyssa tak suka kat Cameron ni , memang payah nak cari parking. Tambah-tambah bila kita dah book hotel .. Tengok-tengok parking tak ada . Kena laa parking ceghokkk-ceghookk mana hala laaa yang ada . Kalau rasa jauh sangat dari hotel , memang sanggup tunggu kereta lain yang nak keluar , dan masuk parking tu. Memang sempit jalan-jalan kat situ , sehinggakan ada je yang parking kereta merata-rata alam. Sebab tu la payah sikit kalau pergi time cuti sekolah :p Tapi , tak mengapa . Nama pun pengalaman kan :D enjoy je lahhhh ^^

Jom , Lyssa belanja gambar-gambar Lyssa masa kat Cameron hari tu , nak ? :D Maaflah semua baju sama je .. Sebab Lyssa melawat dari pagi sampai ke petang lah jugak .. Harap korang sukaaa !!



















Ok ... Dah ! Rasanya , itu je kot gambar yang Lyssa nak share kat korang . Nampak macam best kan ? Tambah pulak rasa sejuk-sejuk angin gituu . Memang best tau ! Kalau korang yang nak tenangkan fikiran korang yang tengan kusut tu , Cameron Highland lah tempat yang thorbaik bagi Lyssa. Tak akan pernah jemu jejakkan kaki ke sini ..... HIHI

p/s : Nahhhhhh , Lyssa belanja buah strawberri ! Ambik sebijik sorang ... Khas untuk pembaca setia blog ini sahajaaaaa . Chawww :p


TerimaKasihSudiBaca...
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

21 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
leya yeolly
AUTHOR
December 27, 2015 at 11:05 AM delete

Wahh bestnya. Leya pun teringin nak kesana. Insya allah jika ada rezeki

avatar
Mama Darwiish
AUTHOR
December 27, 2015 at 2:30 PM delete

wahhhh best nya...nyamannya sampai terasa ke sini hehe...meriahnya strawberry tu

avatar
aswaleyla
AUTHOR
December 27, 2015 at 2:40 PM delete

nampak manja je lisa dengan mak ayah

avatar
December 27, 2015 at 5:45 PM delete

Tak pernah lagi jejak kaki kat Cameron Highland. Seronoknyaa. Warna Baju lyssa dah macam strawberry dah ekekeke

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 27, 2015 at 10:17 PM delete

Fresh dari ladang dik strawberry tu...hihi...

avatar
Unknown
AUTHOR
December 28, 2015 at 12:20 AM delete

pehh bestnya. lama tak pegi cameron!

avatar
Etuza
AUTHOR
December 28, 2015 at 7:10 AM delete

hadui yaii..!!! buat sata teruja nak pergi sana ..cantik dah kan CH ..tahnia menarik lawa

avatar
December 28, 2015 at 8:45 AM delete

bestnya.. nak pergi siniiii

avatar
December 28, 2015 at 12:50 PM delete

mekasih belanja strawberry ;) sedapp tp masam sikit huhuhuhuhuuhhh

avatar
Unknown
AUTHOR
December 28, 2015 at 3:45 PM delete

Dah lama tak jejak cameron . Seronoknya tengok lyssa dapat makan strawberry . *nyumnyumm*

avatar
Hsna Rahman
AUTHOR
December 28, 2015 at 4:57 PM delete

terliur tgk choc starwbry..

avatar
Unknown
AUTHOR
December 28, 2015 at 6:13 PM delete

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

avatar
Sufi
AUTHOR
December 30, 2015 at 11:35 AM delete

memang best g sana kan..takboleh miss choc strawberry tu..nyum2

avatar
Gerobokbuku
AUTHOR
December 30, 2015 at 11:38 AM delete

Lyssa dah berapa kali pergi? Saya ni duduk dekat tapah tapi dah lama dah tak jejak sibuk sikit ... http://www.gerobokbuku.com/

avatar
Azhafizah MN
AUTHOR
December 30, 2015 at 4:52 PM delete

Fiza pun tak pernah jemu datang sini..pernah juga datang musim cuti sekolah..habis masa hadap jammed tu.memang betul tu, dinasihatkan jangan pergi masa musim cuti sekolah..kalau tak mereput dalam kereta je.

avatar
Poker Online
AUTHOR
December 31, 2015 at 2:59 AM delete This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
ratu seo
AUTHOR
April 6, 2016 at 4:29 PM delete

strawberry... sedap.

avatar
Cipto Junaedy
AUTHOR
May 20, 2016 at 7:55 PM delete

Subahanallah... cantik banget mbanya

avatar
Hernee Nazir
AUTHOR
March 8, 2017 at 12:54 PM delete

salam kenal.. lamanya saya tak ke cameron highland..

- Hernee Nazir’s Blog -

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon