Bermalam di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highland

Assalamualaikum ...

Sepatutnya Lyssa update entri ni masa Lysa kat Cameron Highland 2 3 hari lepas. Tapi keadaan 'line' tidak mengizinkan Lyssa post masa tu jugak . Sebab Lyssa kalau bercuti memang pantang kalau kawasan tu tak ada line. Susah nak update or upload apa-apa pun ke sosial media , terutamanya blog.

Uhm , jadi , entri kali ni Lyssa nak kongsikan mengenai Hotel Rosa Passadena, Cameron Highland yang Lyssa menginap baru-baru ni.

Lyssa bercuti bersama mama dengan abah Lyssa je kali ni . Adik Lyssa tak ikut sebab ... emm , lelaki .. mana mahu nak ikut family gi mana-mana. Tambah pula lelaki macam adik Lyssa tu , jenuh la suruh dia ikut jugak . Haram , tak mau . haih . Payah sungguh . Alih alih Lyssa ni haa dah jadi macam anak tunggal ke mana-mana pun . haha ! Bercuti 3 hari 2 malam di Cameron Highland memang pengalaman yang menyeronokkan .

Hotel Rosa Passadena

Gambar dari Luaran Hotel Rosa Passadena

Ini lah dia Hotel yang Lyssa menginap baru-baru ni di Cameron Highland . Hotel ini terletak di Brinchang. Memang betul-betul belakang Pasar Malam Brinchang tu... Fuh ! Nak cari hotel kat situ memang susah . Walk-in je . Pergi tanya tanya asyik full je . Biasa lah kan . Ini lah bahananya pergi bercuti semasa musim cuti sekolah . Jem nya tok sah habaq lah ! Memang jem sungguh berejam-jam nak ke sesuatu tempat pun .

Tapi yang tu Lyssa cerita lain lah . Entri ni Lyssa nak fokus pasal Hotel ni je . 
Harga hotel ni , satu malam masa musim cuti sekolah ni lebih kurang RM270 untuk 2 katil double and 1 single . Memandangkan Lyssa dengan mama abah je , kami ambik je lah bilik triple tu. RM270 pakej sekali dengan makan pagi (sarapan) . So sebelum pukul 10.00 pagi tu boleh lah turun ke lobi makan buffet kat dewan makan tu.

Lobi Hotel Rosa Passadena

Nak kata besar tu , tak de lah besar sangat . Ok ok lah selesa untuk tidur je . Bukan la kita nak menapak terbongkang je dalam bilik kan ? Kita pergi sana nak bercuti . Tenang kan fikiran , hirup udara nyaman . Bukan melepekkk dalam bilik tak keruan . Baik balik tidur kat rumah je . HAHA  !

  




Lyssa tak pasti ada berapa tingkat . Mungkin dalam 10 tingkat kot kalau tak silap . Masa tu , kami di tingkat 4 . Bilik hujung sekali . Kalau ada perempuan yang tanya pasal 'iron baju' . Memang tersedia di hujung setiap tingkat. So siapa perlukan 'iron' memang tak payah susah nak bawak . Macam Lyssa ni , pantang ke mana-mana mesti nak bawak 'iron' . haha !

Kemudahan yang ada di Hotel Rosa Passadena :

  • Dewan makan (buffet for breakfast)
  • Wifi (di setiap tingkat)
  • Televisyen (Siaran Astro terpilih)
  • Heater
  • Iron baju (di setiap tingkat)
  • Peti Ais
  • Coffee / Tea / Glass
  • Hair dryer
  • Alat mandian
  • Almari baju / Hanger
  • Tuala


Cuma hotel ni tak ada air-cond je la . Alaaa . Biasa la . Hotel kat Cameron Highland ni memang jaranglah jumpa yang ada air-cond. Kebanyakan nya memang tak ada . Sebab tahap kesejukannya di sana dah lebih rasa macam air-cond dah bila berada dalam bilik . Serius tak tipu . Siapa pernah tidur sana tu , diorang tahu lah :D

    


Kami pilih kawasan Brinchang sebab senang . Berada di tengah-tengah dan mudah untuk pergi ke Tanah Rata dan juga kawasan Tringkap ataupun Kg.Raja. Lagipun , kalau kat Brinchang ni meriah sedikit. Setiap hari ada Pasar Malam besar. Dah la macam-macam pulak ada kat situ . Memang best lah . Tak menyesal kalau dapat hotel kawasan tu.

Tapi paling tak suka nak cari parking kat situ ! Fuhh , dengan musim cuti sekolah ni ... Payah sangat haa nak cari parking. Memang ikut rezeki masing-masing la . Kadang tu , terpaksa tunggu lama demi mencari seketul parking . Ceh ayat ! Tak boleh kebaboom lagi ke. grr ! Tapi , itulah . Dalam mencari parking , kita mesti kena sabar . Mata kena tajam , peka , alert ! Semuaalah ! Sebab masing-masing mesti akan berebut nak cari parking paling dekat dengan hotel. Ada juga yang parking jauh nun di sana , tapi hotel pulak jauh . Memang kena sabar la berjalan. hihi.

Tapi apa-apa pun memang selesa lah tidur kat sini , walaupun Lyssa rasa bilik kecil tapi harga macam tak kena. Mungkin sebab musim cuti, tu yang harga tinggi tu . Tapi tak mengapa . Asalkan kita enjoy !! >.<

TerimaKasihSudiBaca..
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
December 16, 2015 at 1:33 PM delete

hehehe betoi.. tak perlu ekon.. sejuk da =)

avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
December 16, 2015 at 2:43 PM delete

Asalam Lysa...wah hotel mewah ya...tahnia ..tak nak komen blog kampungan Etuza ke dek ..hehehe...lari jauh2..gurau ja ya

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 16, 2015 at 2:58 PM delete

sejuk semulajadi lagi membahagiakan kan lyssa..hihihihi..sesekali bagai anak tunggal ya..aha..

avatar
Julia Johari
AUTHOR
December 16, 2015 at 3:48 PM delete

Selesa tgk hotel ni lyssa, memang waktu peek season agak mahal itu sebab kalau nak bercuti waktu disember kadang2 gamble je kan...janji tak mahai sgt...sis dulu pernah stay di Iris Hotel belakang hotel adik duduk ni je dik...best cameron lama dah tak pi 4 tahun dah berlalu kena pi lg kot ni hehehe

avatar
December 16, 2015 at 4:20 PM delete

Tak apalah, janji enjoy dan dapat tidur berehat..

avatar
aswaleyla
AUTHOR
December 27, 2015 at 2:44 PM delete

okey je blik. harga pon okay

avatar

Google+ Followers