Berjudi Sampai Tak Sedar Diserbu


Kulim: Tiga puluh individu termasuk lapan wanita ditahan ketika sedang bermain judi belangkas di bawah khemah di Padang Serai, di sini, lewat petang semalam.


Serbuan dilakukan sepasukan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar diketuai Inspektor Noor Azman Adnan, pada kira-kira 6 petang.
Dalam serbuan itu, RM29,000 tunai bersama peralatan judi dirampas bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata beberapa individu bermain judi cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.

Menurutnya, pihaknya menahan 22 lelaki dan lapan wanita berusia 18 hingga 72 tahun untuk siasatan.
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga khemah, empat kipas angin, enam lampu, kerusi, meja, dadu dan cip pelbagai warna untuk tindakan lanjut," katanya.


Surat Al-Baqarah Ayat 219يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ       
"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: 'Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya'. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: 'Yang lebih dari keperluan'. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir," – (QS.2:219)
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon