Masakan Melayu Kampung di Ummiza Cafe

.Assalamualaikum


Hai korang !

Baru-baru ni,  2 hari lepas , #KelabBloggerBenAshaari dijemput oleh pemilik Ummiza Cafe untuk buat Food Review di situ ... Pernah dengar tak Ummiza Cafe ? Siapa yang selalu follow up Blogger Ben Ashaari , mesti korang pernah dengar kan ? Sebab beliau selalu jugak update di insta dan fb nya .. Satu Restoran yang berada di Jenderam Hilir , Sepang yang mengetengahkan masakan melayu , ketimuran dan masakan kampung . 

sumber : ig kak dila

Mereka mengambil tempahan hanya untuk 300 orang ke bawah . Contohnya untuk majlis makan keluarga , pejabat , hari lahir , dan majlis ulangtahun . Kami semua pergi ke Ummiza Cafe haritu pun untuk makan tengahari . Tapi , bukan untuk lunch sahaja yang ada kat Ummiza Cafe tau ? Breakfast ada ... Untuk Catering pun ada ! Mereka ada menerima tempahan , tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan atas sebab kekurangan kakitangan .


*Tengok tu ! Kusyuk nya Lyssa ambil gambar makanan ! hehehe ~


Lauk pauk yang disediakan adalah berdasarkan menu setiap hari . Macam-macam lauk ada tau tak ? Banyak gila .. ! Semua masakan ala kampung . Memang best lah ! Nah , Lyssa senaraikan kat sini lauk apa yang ada . Banyak tau ! ...

1. Ayam masak merah
2. Ayam kicap berlada
3. Ayam masak lemak cili api
4. Ikan kembung berlada 
5. Ikan keli berlada
6. Asam pedas ikan 
7. Sambal udang petai
8. Sup cendawan
9. Gulai ayam kampung campur kentang
10. Gulai rebung
11. Gulai pucuk ubi
12. Kari daging cmpur kentang
13. Gulai siput sedut
14. Ayam goreng
15. Ulam-ulaman
16. Sambal ikan bilis
17. Kuih muih dan buah-buahan

Amacam ? Banyakkan ? Itu baru Lyssa senaraikan masakan yang ada . Belum lagi Lyssa kongsikan gambar masakan kat korang . Mesti ada yang rasa terliur gila nanti bila tengok gambar . haha . Tak sabar leteww . Jom jom kita tengok cuci mata tengok gambar masakan dari Ummiza Cafe :)
Pasti terliur !

Ayam Masak Merah


Gulai Siput Sedut / Siput Sedut Masak Lemak
  

Fuh ! Yang atas ni memang favourite Lyssa . Siput Sedut Masak Lemak . Pergh ! Tak menahan lah bila taip entri ni . Terasa lagi kat Lyssa ni siput sedut tu . Memang superb tau . Kuah dia pun memang nikmat sangat terasa !

Ayam Kicap Berlada



Asam Pedas Ikan 


Apa .. Korang ingat Asam Pedas ada kat Melaka je ke ? Ni haa Asam Pedas Ummiza Cafe Dengkil , memang sedap giler . hihi ...

Ikan Keli Berlada

Lyssa ni memang jenis tak suka makan ikan keli . Tapi haritu , sorang rakan blogger ni bagi Lyssa rasa sikit ikan ni . Pergh memang betul berlemak dan sedap tak terkatalah ikan keli ni :)
Mungkin boleh cuba lagi lain kali kat sini . hihi . 


Gulai Pucuk Ubi / Pucuk Ubi Masak Lemak 


Sambal Ikan Bilis


Ulam ulaman , Sambal Belacan , Telur Masin


Ikan Kembung Berlada


Sup Cendawan



Sambal Udang Petai


Siapa kat sini suka makan Sambal Udang Petai ? Mesti ramai gila yang menjadi feveret dengan masakan ini kan ? Lyssa makan udang dia je . Tak ambik petai , sebab memang tak makan petai . haha !

Gulai Rebung



Ikan Goreng


Gulai Ayam Kampung Bersama Kentang


Kuih Kasui


Kuih Donut


Seri Muka & Kuih Lapis



Haaa . Dah tengok ? Macam mana ? Ada yang dah meleleh ke air liur tu . hahaha . Kan Lyssa dah cakap ! Tengok gambar pun dah membuatkan korang tiba-tiba rasa lapar kan ? Sungguh menyelerakan ... Paling meleleh bila tengok gambar Siput Sedut tu kan ? Baik mengaku cepat ! haha

Apa yang Lyssa nak bagitau , masakan dari Ummiza Cafe ni semuanya best dan superohsem untuk dimakan . Lyssa dah la memang suka masakan kampung ni . Lagi-lagi bila mak Lyssa masak . Memang dah rasa macam sebijik dah masakan dari Ummiza Cafe nih . Agak-agak kalau rindu masakan mak Lyssa kat Penang tu , Lyssa tak teragak untuk datang singgah makan kat sini lagi .. !!




Ada siapa kat sini nak cuba masakan ala kampung ni ? Memang Lyssa syorkan sangat korang makan kat sini .. Pasti korang takkan menyesal ! Meh sini Lyssa bagi alamat dan contact number . Senang !


Alamat :

Ummiza Cafe

No 229 batu 29 Kampung Jenderam Hulu Dengkil Selangor


Beroperasi pada :
7.00 pagi - 3.00 petang (Isnin - Sabtu)

Tutup pada :
Hari Ahad & Cuti Awam


Untuk tempahan boleh hubungi :Puan nor - 0196682069
Ain - 01110602569


Instagram :



TerimaKasihSudiBaca ...

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

23 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Nina Mirza
AUTHOR
October 5, 2015 at 8:21 AM delete

Terbaik! Memang terasa ala-ala Masakan mak-mak..!!!

avatar
Mera Hussain
AUTHOR
October 5, 2015 at 8:40 AM delete

Jom pergi sana lagi!! Mengidam ikan keli berlada. HAhaha

avatar
Sue Izza
AUTHOR
October 5, 2015 at 9:06 AM delete

kalau nak dtg ,singgah gak umah kak sue ye hahahahha....

avatar
Nurul Faiz
AUTHOR
October 5, 2015 at 9:43 AM delete

sedap sedap menunya :)

avatar
mas saari
AUTHOR
October 5, 2015 at 10:15 AM delete

semua sedap.. nanti pasti dtg lagi!

avatar
Afidah Azmi
AUTHOR
October 5, 2015 at 12:57 PM delete

kebam mulut2 tu punya ambik gambaq..hahaha..semua lauk pauk tu nampak sedap sangat..ni yang buat akak nak p makan ni.hilang diet akak tau

avatar
boni kacak
AUTHOR
October 5, 2015 at 1:50 PM delete

lyssa!! nampak semuanya menyelerakan kan!!! ni kalau ikutkan nafsu ni, boleh gemuk hari2 ke sini

avatar
intan nasir
AUTHOR
October 5, 2015 at 1:51 PM delete

sedapnye lyssa tengok mknan dia.. teringat kat Kedah hehe... nak kena terjah nih ;)

avatar
Julia Johari
AUTHOR
October 5, 2015 at 2:19 PM delete

akak tak boleh terima hakikat masak lemak siput sedut sold out urghhhhhhhhhhhhhhhhh....kena pi awal lah cmni mkn puas2 hehehhe

avatar
October 5, 2015 at 4:48 PM delete

mmm.. lapaq....
Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

avatar
October 5, 2015 at 6:28 PM delete

dahlah sedap dan yang penting masakan mereka semua tu takder ajinomoto......

avatar
Miss Moon
AUTHOR
October 5, 2015 at 7:17 PM delete

kenapa tetiba jadi lapar balik bila tgk gambar2 lauk pauk nih..

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
October 6, 2015 at 9:40 AM delete

Jamin...terliur akak dik..bila la nak pegi ni..adoi..

avatar
October 6, 2015 at 9:40 PM delete

Wahhh mcm2 lauk, semua feveret ida. Br tgk gmbr dh terliurr ni. Hehe

avatar
October 7, 2015 at 9:57 PM delete

Masakan dan kuih muih tradisional yang sedap² semua ni..

avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
October 8, 2015 at 3:27 AM delete

Hehehe seronok tgk korang duk snap pic makanan..hehehhee..wow makanan dia nampak best semuanya..

avatar
October 8, 2015 at 11:27 AM delete

kecur air liur tengok... senarai lauk beserta gambar..perghhh...

avatar
noor ezryn
AUTHOR
October 10, 2015 at 9:15 AM delete

Tangan yang menerima lebih baik dr yg member.. Menderma sambil mnjana pendapatan..

http://www.charityid.com/promo/side-income/ezryn

avatar
Mommy Cici
AUTHOR
May 18, 2016 at 11:52 AM delete

kecur air liur tengok masakan kampung macam ni. sedapnyaaaa

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers