INFO | 4 Alternatif Bersih Solekan

Assalamualaikum ..

Hi korang . Entri ni untuk perempuan/ wanita yang suka sangat bersolek tu tau . Lain la kalau ada kat sini antara korang yang lelaki ada yang suka bersolek juga, pakai eyeliner, maskara, eyeshadow, blusher bagai, boleh la teruskan membaca entri atau info menarik ni . hehe .

Lyssa nak tanya la korang yang perempuan kat luar sana. Korang kalau make up ke kan , korang selalu remove make up korang guna apa ? Make-up remover ? Berapa harga korang beli ? Mesti agak mahal kan ? 

Seharian penat bekerja atau padat dengan kuliah adakalanya membuatkan kita malas menanggalkan make-up . Meskipun ia bukanlah make-up yang tebal, akan tetapi ia tetap perlu dibersihkan sebelum tidur untuk mengelakkan masalah pada wajah.

Rasa malas ditambah pula dengan kehabisan pembersih solekan (makeup remover) mungkin menjadi punca utama muka dibiarkan begitu saja. Mustahil kita keluar rumah semata-mata mahu membeli penanggal solekan. Selain murah dan boleh digunakan untuk kegunaan lain, Lyssa nak senaraikan bahan alternatif lain yang boleh korang guna.

Minyak zaitun


Tahukah anda minyak zaitun yang ada di dapur boleh digunakan untuk menanggalkan solekan. Pelakon Hollywood terkenal, Emma Stone antara penggemar tegar bahan ini. Selain mudah meresap, minyak zaitun mampu memberikan kelembapan pada kulit. Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, bahan semula jadi ini boleh dijadikan ramuan utama kecantikan.

Minyak bayi



Anda sering menggunakan bahan solekan jenis kalis air? Alternatif ini juga baik untuk kulit anda. Tekstur lembut daripada minyak bayi baik untuk mengatasi kesukaran untuk membersihkan sisa solekan kalis air di wajah. Ia juga murah. Contohnya baby Johnson.

Minyak kelapa dara



Semua orang tahu kebaikan minyak kelapa dara. Ia antara bahan yang boleh anda gunakan dalam masakan dan makanan. Bukan saja mampu membersihkan sisa solekan tapi juga berupaya memerangi radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kulit. Selepas menanggalkan solekan menggunakan bahan ini, cuci wajah menggunakan pembersih muka.

Jeli petrolium



Popular dengan fungsinya melembabkan kulit dan bibir, jeli ini sangat baik digunakan sebagai pembersih solekan. Cara menggunakannya sama seperti penanggal solekan iaitu dengan meletakkan di atas tisu muka dan dilap di seluruh wajah. Contoh mudah untuk dapatkan Jeli Petrolium ini adalah Vaseline.

Selain membersih, kebaikan lain untuk memperbaiki tekstur kulit yang kasar. Dengan bahan dinyatakan di atas, ia bukan hanya bertindak sebagai pembersih, namun boleh juga digunakan untuk perkara lain.

p/s : Harap artikel dan info sebegini sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan korang yang tak pernah tahu akan hal ini. Jika ianya berguna, boleh la korang kongsikan(share) artikel ini di Facebook , Twitter atau Google+ korang ye :)


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

11 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
lyana ishak
AUTHOR
February 7, 2016 at 1:54 PM delete

hehehe . good info akan dicuba , thanks lyssa ^_^

avatar
Bai Thini
AUTHOR
February 7, 2016 at 3:49 PM delete

follow me . new blogger

avatar
nurin :D
AUTHOR
February 7, 2016 at 9:53 PM delete

assalamualaikum.saya ade jual shawl chiffon.do visit my blog
http://shestalkerboy.blogspot.my/2016/02/gegelishop.html

avatar
Nurul
AUTHOR
February 8, 2016 at 2:36 PM delete

Minyak zaitun memang bagus untuk kulit kita. kaya dengan vitamin E untuk melembapkan kulit kita.


Boleh juga juga Nutriwhite Make-Up Removal yang memang mesra kulit.



<a href=" http://hellovitamin.com/kenapa-perlu-ambil-esp-shaklee-bahagian-2/>Kenapa perlu ambil ESP Shaklee ? Bahagian 2</a>

avatar
February 8, 2016 at 4:51 PM delete

um um kita tak pakai makeup ( with reasons tak reti , tak suka and my eyes gatal2 if wear maskara T.T keshiaannn )

avatar
safira ismail
AUTHOR
February 16, 2016 at 4:12 AM delete

Tengs for the info. Skrg baru tau

avatar
Cik Kyra
AUTHOR
February 21, 2016 at 11:10 AM delete

thanks info ini... :) selalunya saya gunakan make remover Nutriwhite je.. tenyeh je muka.. terus keluar sekali blackhead n white head tu. best taw. try la...

avatar
Anonymous
AUTHOR
March 2, 2016 at 6:29 PM delete

ingin membeli barangan penjagaan kulit wajah

jom layari laman web ini:
http://www.imcoop.my/
http://www.imcoop.my/
http://www.imcoop.my/
http://www.imcoop.my/
http://www.imcoop.my/
http://www.imcoop.my/

avatar

Google+ Followers