Akibat Bermain Mercun, Tapak Tangan Terbelah, Jari Putus !




KUALA KANGSAR, 10 Jun: Malang tidak berbau.


Seorang kanak-kanak 11 tahun terbelah tapak tangannya manakala tiga jarinya pula putus akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah dalam kejadian di sini petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu, mangsa dikatakan tidak sempat membaling mercun itu yang sudah dinyalakan menyebabkan ia meletup di tangan.

Menurut nenek kepada kanak-kanak itu, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping pada jam 9 malam.

"Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi tadi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari



"Dia masih dirawat di Hospital Taiping," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.


Neneknya juga berkata, sebelum kejadian mangsa menonton televisyen di rumah sebelum seorang rakannya dipercayai mengajaknya bermain di kawasan Pesisiran Sayong sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Katanya, orang ramai di tempat kejadian dikatakan menasihatkan mereka supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama menghasilkan bunyi yang kuat

"Tidak lama kemudian, letupan mercun kedengaran buat kali kedua dan disusuli jeritan Adam yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tangannya," katanya - Sumber

p/s : Ya Allah .. Kasihannya dengan budak umur 11 tahun ni.. Dah hilang 3 jari akibat main mercun.Tapak tangan pulak terbelah. Hmm . Bukan sekarang je .. Dulu-dulu pun memang banyak kes tak sempat baling mercun kan ? Sebab tu la adik-adik jangan nak berani sangat main mercun.. Awak tu kecil lagi.. Sedangkan abang-abang yang sekolah menengah pun ada yang pernah meletup mercun kat tangan, ni awak yang masih bersekolah rendah. Dah jadi macam ni, nak salahkan siapa lagi ? Orang ramai waktu tu dah menasihati, diri sendiri yang tetap degil nak main juga... Kepada ibu bapa atau penjaga, kalau anak-anak yang memang teringin nak main mercun atau apa sekali pun, jangan pernah terlepas pandang akan tindakan mereka ! Sentiasa awasi mereka agar perkara seperti ini tidak berlaku kepada anak-anak kalian. Bahaya tau ! >.<
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

Google+ Followers